LEH JADI TENGOK JE???

09 September 2012

Sekitar Majlis Rakaman Pelita Raya Di Kampung Baruh Alai.

Read more >>

Cerita Si Tua Berkasih Gelap...

Rasanya ada antara anda yang pernah dengar atau yang tak pernah dengar pun ada istilah KEKASIH GELAP...

Gambar Hiasan
Cerita tentang ni pernah di dedahkan oleh sebuah rancangan TV ( NONA) suatu ketika dulu....

Ni bukan nak cerita pasal kekasih hati yang berkulit tak berapa nak cerah atau gelap. Kekasih gelap yang dimaksudkan ialah hubungan percintaan yang sorok2 camtu sebab si kekasih hati dah ada komitmen dengan keluarga dia sendiri tapi masih nak menggatal gaya ulat bulu.
 
Mesti ada antara sahabat-sahabat yang pernah terdengar tentang keadaan berkasih dengan kekasih gelap ni. Takpun sedara mara ke, sahabat taulan di pejabat ke yang pernah berkekasih gelap.

Bila dah sayang semuanya sanggupkan, tak kira le... Tua ke... Muda ke... kekasih orang ke... janda ke... tunang orang ke... suami / isteri orang ke... dah tak kisah. Jadi kekasih gelap pun tak mengapa asalkan masih berhubung, masih ada ayat2 cinta.

Yang tak bestnya berkekasih gelap ni, semuanya rahsia. Sehinggakan nama dalam Handpon pon ditebalikkan. Bermesej tengah malam. Nak share dengan kawan-kawan rapat sendiri pun tak boleh sebab takut terkantoi. So apa2 hal memang sendiri2 jelah.

Payah nak menjaga rahsia macam tu. So hubungan pun tak ke mana... Alhamdulillah jugakkan, kalau tak dah jadi perampas hak orang lain pulak. Seeloknya elakkan dari berkekasih gelap ni.

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD). 

Sakdiah, Haidkas Atau Jamaliah.
Dan yang pastinya ianya terlibat pada hampir kebanyakkan lelaki dan wanita yang sudah berkahwin... Namun mengapa berlakunya situasi ini???

Oleh itu kepada yang memiliki kekasih gelap, berhati-hatilah okeh… Kalau boleh tu tamatkanlah hubungan bersamanya, sebelum diri uolls terkantoi. Perlu dingatkan sidia menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, janganlah kita mencemari kepecayaannya terhadap kita, kelak nanti kita yang rugi “Yang dikejar tak dapat..Yang dikendong berciciran”
Read more >>

16 August 2012

Betul Ke Allah Tak Makbulkan Doa Kita?

Setiap hari kita menadah tangan berdoa memohon bermacam perkara dari Allah ta'ala. Siang malam pagi petang kita berdoa. Malah ada masa-masa kita berdoa hingga mengeluarkan air mata. Namun, mengapa doa kita masih tidak diperkenankan? Mengapa Allah tak makbulkan doa kita? Apa silapnya?


Sedangkan Allah Ta'ala telah pun berjanji melalui firmanNya di dalam Quran; 
 
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60) 
 
Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?” 
 
Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”. 
  
Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.” 
 
Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.  
  
Beliau menjawab, “Ada lapan perkara, diantaranya:
  • Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)
  • Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…) 
  • Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)
  • Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati.(Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?
  • Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)
  • Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?)
  • Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)
  • Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih') 
  • Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.) 
Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).

 “Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?” 
  
Itulah diantara sebab-sebab mengapa DOA kita tak dikabulkan oleh Allah swt. Padahal kita sangat mengharapkan doa kita dikabulkan oleh Allah swt, dan permintaan kita segera dijawab oleh-Nya.

Apa-apapun, kita TIDAK seharusnya berputus asa dalam berdoa. Yakinlah, jika kita minta pada Allah dengan penuh pengharapan, insyaAllah permintaan kita pasti diperkenankan. 
 
Justeru, marilah kita terus berdoa lagi dan lagi, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan yang dirasa hari ini, mungkin ia menjadi kemanisan pada hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu juga kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa lah bertawakal kepada Allah dan jangan sekali-kali berputus asa berdoa kepadaNya.
Read more >>

11 August 2012

9 Power Nak Sarung Kat Mesin Aku nih.


9 Power , satu penemuan baru yang dibuat oleh Human Can Research atau dikenali dengan HCR di Indonesia. 9 Power dicipta sama dengan konsep power booster yang dipasang pada bateri kenderaan demi mencantikkan arus elektrik yang dibekalkan pada enjin untuk menjadikan enjin lebih stabil. Sama juga seperti grounding kit. Iaitu ia membumikan arus elektrik berlebihan demi tujuan keselamatan dan menjadikan lampu lebih terang.

9 Power dibina menggunakan konsep yang sama. Tetapi ia jauh lebih menguntungkan. Kerana ia menjimatkan minyak. Kerana ia menstabilkan arus api yang dibekalkan oleh coil api kepada palam pencucuh. Secara tidak langsung, api yang cantik dibekalkan. Pembakaran petrol akan menjadi sempurna. Ini lah yang menyebabkan penjimatan minyak jika menggunakan 9 Power. Petrol akan membakar api yang dibekalkan. Sekiranya tanpa 9 Power. Kemungkinan besar api yang dibekalkan mungkin mempunyai percikan dan tidak sempurna untuk pembakaran. Ini adalah yang menyebabkan penggunaan minyak secara berlebihan .

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).


Bagaimana Cara Kerja 9Power?

Cara kerja 9Power yaitu menstabilkan arus elektrik yg dihasilkan oleh koil (kita tidak tahu koil tersebut tegangannya naik turun atau stabil). Nah, untuk mendapatkan pembakaran yang sempurna arus tersebut harus stabil. 9Power menghilangkan frekuensi yang liar dan mempersempit/memperfokus frekuensi arus listrik di dalam kabel busi sehingga menjadi 1 titik tembak ke busi dan api yang dihasilkan tidak menyebar melainkan menjadi 1 kesatuan yang tajam dan kuat. 9Power juga ikut mendorong arus tersebut, sehingga 9power bisa dikatakan sebagai booster dan penguat arus. Pembakaran bagus, ledakan bunga api bagus sehingga tidak ada bensin yg terbuang percuma (kami berani jamin sebesar 98% bensin terbakar sempurna – tidak ada yg 100% karena terjadi sangat cepat, motor masih baru keluar dari pabrik saja hanya sebesar 92%-95%). Kerja piston menjadi tidak berat dan berirama stabil naik turun tidak kaget-kagetan makanya kelajuan bertambah mantap!

Kini aku baru memiliki... cuma x tau bila nak pasng aje...
Read more >>

21 July 2012

Benarkah Manusia Dapat Melihat Masa Depan?


Manusia BOLEH melihat masa lalu tapi tidak BOLEH melihat kejadian masa depan. Tapi beberapa orang diketahui BOLEH melihat masa depan meskipun kadang terlihat atau terdengar aneh. Benarkah seseorang BOLEH melihat masa depan?

Kondisi seseorang yang BOLEH melihat peristiwa masa depan atau sesuatu yang belum terjadi disebut dengan extrasensory perception atau ESP. Sebahagian orang mungkin berpikir hal tersebut berawal dari mimpi yang akhirnya menjadi kenyataan atau memiliki firasat tertentu.

Seperti dikutip dari bacaan Healthland.Time, Khamis (13/1/2011) kondisi ini menimbulkan tarikan tersendiri bagi banyak orang terutama ilmuwan.

Tapi penelitian psikologi dalam skala besar menemukan hasil bahwa orang yang BOLEH melihat masa depan (extrasensory perception/ESP) adalah nyata.

ESP adalah indra khusus diluar penglihatan, pendengaran, sentuhan, penciuman dan rasa. Tidak seperti indra biasa lainnya, ESP memiliki jangkauan yang hampir tidak terbatas dan terutama dialami oleh pikiran dibanding sensasi tubuh.

Hasil ini berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Profesor Cornell. Studi ini dilakukan lebih dari satu dekad dengan melibatkan lebih dari 1000 mahasiswa. Partisipan diminta untuk menilik gambar di balik tirai yang menyembunyikan suatu foto.

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).

Istilah ESP ini diciptakan pada tahun 1934 oleh profesor JB Rhine dari Duke University, ia merupakan ilmuwan pertama yang melakukan penelitian mengenai paranormal di laboratorium universiti.

Para ahli memiliki teori bahwa ESP adalah energi yang bergerak dari satu titik ke titik lainnya. Biasanya energi ini berbentuk gelombang elektromagnetik seperti cahaya, radio dan energi X-ray.

Kajian Howstuffworks, kemampuan ESP ini merupakan gabungan dari berbagai kemampuan yang berkenaan dengan indra atau fenomenal lainnya. ESP sendiri ada beberapa jenis yaitu:
  1. Telepati, kemampuan untuk membaca pikiran orang lain.
  2. Clairvoyance, kemampuan untuk 'melihat' kejadian atau objek yang terjadi di tempat lain.
  3. Precognition, kemampuan untuk melihat masa depan.etrocognition, kemampuan untuk melihat masa lalu yang jauh.
  4. Mediumship, kemampuan untuk menyalurkan roh-roh orang yang sudah meninggal.
  5. Psikometri, kemampuan untuk membaca informasi tentang seseorang atau suatu tempat dengan menyentuh benda fisik.
  6. (ver/ir)
Read more >>

Kebudayaan Arab Dikalangan Melayu.

Ramadhan kembali lagi, sedar tak sedar cepat sungguh masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam kita merayakan aidilfitri.

Ertinya, masa terus bergerak meninggalkan kita.

Umat Islam bergembira menyambut kehadiran bulan yang mulia ini. Setiap tahun kita akan mendengar azam untuk kearah kebaikan.

Habis saja Ramadhan, kita terlupa dan kembali ke perangai lama.

Dua hari lalu, saya ke sebuah pusat membeli-belah yang lama di Shah Alam.

Terkejut apabila sebaik sahaja masuk dari pintu hadapan, sudah terlihat jualan murah Hari Raya.

Sudah pasti si penjual ini bijak dan memahami selera pengunjung.

Baju kurung, baju Melayu, songkok semuanya ada. Itu tidak mengapa kerana itu memang pakaian tradisi.

Budaya Arab

Yang turut dijual dalam jualan murah hari raya adalah jubah-jubah untuk lelaki dan perempuan.

Dari mana datangnya trend ini?

Jika anda membuat pemerhatian terhadap masyarakat kita hari ini, orang-orang Melayu sudah mula meninggalkan kebudayaan mereka.  Mereka kini mula mentransformasikan diri merea untuk menjadi orang Arab.

Jubah-jubah Arab mula popular dikalangan orang-orang Melayu yang merasakan jubah adalah pakaian Islam.

Begitu juga sanak dan saudara saya yang tidak terlepas dari fenomena ini.

Mereka-mereka ini akan terkejut jika ke pusat-pusat hiburan di Dubai apabila melihat di disko dan kelab malam juga jubah digunakan oleh orang-orang Arab sambil meminum minuman keras.

Ini semua berlaku kerana kurangnya kefahaman dan tidak tahu membezakan diantara Islam dan Arab.

Tidak hairanlah mengapa orang-orang Melayu lebih fokus dengan tajwid apabila membaca Al-Quran daripada memahami isinya.

Tidak ada bezanya dengan burung kakak tua yang boleh mengulangi percakapan manusia.

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).

Beza Islam dan Arab

Walaupun Muhammad S.A.W itu diturunkan di tanah Arab, Islam dan kebudayaan Arab itu merupakan dua hal yang berbeza.

Ini yang gagal difahami oleh majoriti orang Melayu di Malaysia.

Mereka mengerjakan Haji dan Umrah. Pulang ke tanah air membawa budaya Arab dan bukannya nilai-nilai Islam.

Sebab itu anda boleh melihat hari ini, politik Melayu itu sendiri telah bertukar ganas sepertimana yang berlaku di tanah Arab yang sudah diketahui umum keras dan ganas.

Jangan terkejut melihat ceramah politik diserang kerana di tanah Arab lebih dari itu lagi.

Jika penyakit menjadi Arab ini tidak dibendung, Malaysia akan menuju kepada kehancuran kerana politik akan menjadi lebih ganas lagi dari apa yang berlaku hari ini.

Lihatlah restoran-restoran Arab yang tumbuh bagai cendawan di seluruh Negara mengalahkan masakan-masakan tempatan.

Tidak lama lagi, hilanglah masakan Muar, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sabah dan Sarawak terlepas dari bala ini kerana kurangnya Melayu disana.

Melayu akan melupakan budaya mereka sepertimana mereka pernah melupakan sejarah awal dimana Melayu pernah menjadi Buddha dan Hindu.

Hari ini, sejarah negara tidak banyak menceritakan tentang tanah ini ketika dizaman kerajaan Buddha dan Hindu. 

Yang banyak diceritakan adalah Melaka kerana dianggap sebagai kerajaan Islam.


Semoga Ramadhan kali ini membuka fikiran umat Islam di Malaysia. Pisahkan Islam dan Arab kerana keduanya berbeza.


Beribadatlah dengan tekun sehingga dapat membuang kesombongan dalam diri supaya lebih mengenali Allah.


Nasihat ini dituju kepada diri saya terlebih dahulu barulah kepada pembaca sekalian.
Read more >>

18 July 2012

Realiti Motosikal Yamaha 135LC

Nama lain bagi LC135 pautan disini.

Ramai bersetuju yang motosikal Yamaha 135LC lebih laju daripada motosikal model lain secara amnya. Disebabkan kapasiti enjin yang besar iaitu 135cc, 135LC dikatakan oleh pemiliknya mampu memecut sehingga 160 km sejam. Lebih dasyat ada yang mengatakan sehingga 180 km sejam. Secara logiknya, motosikal kapchai standard tidak dicipta untuk memecut terlalu laju, kecuali motosikal tersebut telah diubahsuai secara intensif, itu pun masih sukar untuk mencapai kelajuan sehingga 180 km sejam.

Ini realiti sebenarnya. Meter kelajuan di mana-mana jenis atau model motosikal kapcai di negara kita telah diset lebih ringan oleh pihak pengeluar, tidak kira apa alasan sekalipun. Jika sesebuah 135LC itu mampu memecut sehingga 160 km sejam, realiti sebenarnya hanyalah setakat 120 km sejam atau 140 km sejam sahaja. Mungkin lebih rendah dari itu. Ini adalah berdasarkan pengalaman dari penulis sendiri yang pernah memiliki beberapa jenis model motosikal di samping pengalaman dari rakan-rakan lain.

Pihak pengeluar motosikal mempunyai alasan tersendiri mengapa keadaan sebegitu terjadi dan faktor keselamatan penunggang selalunya menjadi keutamaan. Jika ada mana-mana pihak yang mempertikaikan fakta tersebut, mereka boleh melakukan ujian sendiri dengan memandu kereta. Kelajuan meter yang tepat adalah dari meter mana-mana kereta kerana undang-undang telah menetapkan kereta mempunyai had laju tertentu di jalan raya utama di seluruh dunia.

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).

Jika sesebuah kereta memecut sehingga 140 km sejam atau 160 km sejam, kelajuannya amat terasa, tetapi jika sesebuah 135LC memecut pada kelajuan tersebut, tahap kelajuannya masih terasa kurang dan perlahan. Perkara yang sama terjadi pada mana-mana motosikal yang memecut sehingga 120 km sejam, realitinya kelajuan tersebut dirasakan terlalu perlahan dan tidak sepadan dengan apa yang dipaparkan di meter kelajuan.

Pengeluar motosikal sentiasa mempromosikan motosikal keluaran mereka mempunyai teknologi penjimatan petrol yang terkini, mungkin sebab itulah kelajuan sebenar motosikal mereka terpaksa dikurangkan. Bagi mengimbangi kekurangan tersebut, mereka telah menjadikan meter motosikal keluaran mereka lebih ringan dan memberikan kesan visual psikologi kepada pemiliknya. Yang penting di sini ialah keselamatan penunggang itu sendiri. Biar meter laju walaupun motosikal tidak, yang penting keselamatan penunggang terjamin.

Pernah test ngan Vulcan... meter sama semasa bersaing di jalanan...   
Read more >>

24 June 2012

4 Golongan Lelaki Penghuni Neraka.


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. 

Mereka ialah:
 

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD). 


Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!
Read more >>

16 June 2012

Benih Terbaik...



Cadangan kepada warga felda...

Cuba le cari baka ni...

Tanam 1 tapi dapat rasa lebih dari 1...

Amat sesuai serta menjimatkan tanah lagi menguntungkan...





Read more >>

9 jenis anak syaitan yg suka menghasut manusia

Umar al-Khattab r.a pernah berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan yg suka menghasut manusia melakukan kejahatan :

1. Zalituun -

Suka Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.

Kerjanya Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin -

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan -

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.

Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf -

Berkawan baik dengan kaki botol.

Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab malam & tempat yg ada minuman keras).


5. Murrah -

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.

Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud -

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim -

Duduk di pintu rumah kita. (Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah),

Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga

(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan -

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus -

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Ya Allah kami berlindung dengan MU dari syaitan yang kena rejam

Read more >>

13 June 2012

Pelbagai Jenis Pantun Yang Lawak


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kenapa kau nak jolok pakai galah,
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah hamba menumpang mandi,
Patutlah bau badan kau busuk semacam,
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Kat pasaraya tak ada hutang hutang,
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Kesian betul dengan kau ni,
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.



Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Kalau kau berani kejarlah kucing tu,
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak.

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat,
Kain aku, si pencuri yang sapu.


Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).
 
Rumah Pak Mamat di tepi sawah,
Pakai langsir berwarna biru,
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah,
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
Haloo nyonya, mau tanya sikit,
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Kalau padi tu belumlah masak,
Janganlah tuai, taklah layu-layuan.

Limau purut masak di dahan,
Batang selasih condong uratnya,
Limau purut tak boleh makan,
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu,
Pergi aje ke Kampung Pandan.

Sorong papan tarik padan,
Buah keranji dalam perahu,
Tolonglah jangan makan buah keranji tu,
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda,
Ana banyak takut jalan tutup mata,
Memanglah takut kalau jalan tutup mata,
Sebab takut terpijak lubang Indah Water.

Encik Baba jatuh dalam parit,
Cik Aminah ketawa jerit jerit,
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit,
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit.

Buai laju laju,
Sampai pokok sena,
Woii, jangan buai laju-laju,
Nanti kang tercampak kat pokok sena.

Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Cucur atap tak sedap,
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap.
Read more >>

07 June 2012

Mengapa Wanita Nampak Lebih Tua Berbanding Umurnya?

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua,gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni,terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

 
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya,maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir.Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker,aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting,minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya,sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So,wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..


 



Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu,hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...