LEH JADI TENGOK JE???

30 September 2009

Anak Buah Yang Balik Beraya D' Kampung Durian Daun

Read more >>

Berbuka Puasa D' Masjid Selat Bersama Kakitangan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka

Suasana selepas berbuka di Masjid Selat yang terletak di Bandar Hilir, Melaka bersama anak dan isteri .
Suasana selepas solat tarawih di Masjid Selat yang terletak di Bandar Hilir, Melaka bersama Kakitangan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka.
Read more >>

28 September 2009

Bunga Api Ohh Bunga Api.........Di Durian Daun Melaka

Anak-anak dan anak buah sedang bermain bunga api di halaman rumah di kampung Durian Daun Dalam, Melaka.
Read more >>

15 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mata kadang kala salah melihat.... Mulut kadang kala salah bercakap.... Hati kadang kala salah menduga..... Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada.... Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan. hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami, harapan hati bertatap langsung, cuma teks ini........... Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu taubat tertutup, mohon maaf zahir dan batin....
Read more >>

14 September 2009

Dodol..... Ohh....... Dodol......

Suasana malam semasa Program Mengacau Dodol di Kampung Durian Daun, Melaka 11 September 2009. Suasana yang meriah pada malam berkenaan turut dihadiri seramai lebih kurang 50 hingga ke 60 orang ahli belia 4B berlarutan sehingga waktu sahur.

Read more >>

Bunga Api Ohh Bunga Api.........Di Alai Melaka

Muhammad Aliff Hafidz dan Nur Balqis Hidayah bermain bunga api bersama-sama sepupunya di Alai.

Read more >>

09 September 2009

Kenali Tangan Kita......

Read more >>

08 September 2009

Bila Lelaki Menjadi Dayyus?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :- 1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.. 2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar. 3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat. 4) Membiarkan anak perempuannya ber "dating" dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya. 5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa "spoting" yang memahami. 6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah. 7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram. 8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali. 9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna. 10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya. 11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. 12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. 13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu. 14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda : من قتل دون أهله فهو شهيد Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Read more >>

07 September 2009

Berbuka Terakhir Bersama Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Read more >>

02 September 2009

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi). Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (AL Muddatsir : 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...