LEH JADI TENGOK JE???

18 August 2011

Perihal Tempat Di Melaka.

Untuk pengetahuan... Melaka memang banyak tempat yang dimulakan dengan nama 'bukit'. Antaranya Bukit Baru, Bukit Senggeh, Bukit Beruang. Dari banyak-banyak bukit tu saya memilih 'Bukit Senggeh' sebagai yang paling unik kerana tak dapat nak dibayangkan camne bukit boleh senggeh... Mungkin si pencipta nama tempat ni ternampak bentuk bukit tengah tersenggeh ketika beliau sedang melepas hajat di kawasan berhampiran kot... Ha ha ha... gurau je... Selain bukit ada juga tempat yang menggunakan nama raja buah iaitu kampung aku Durian Daun (Bandar Melaka) dan Masjid Tanah. Ada 2 tempat nama sama tetapi lokasinya jauh dan juga Durian Tunggal... Durian Tunggal yang lebih unik sebab menunjukkan betapa susahnya orang dulu nak dapat durian kat tempat tu… Padang Kambing.. Ha ha ha.. Tempat ni berada di dalam kawasan Durian Tunggal... Mungkin masa dulu-dulu zaman Parameswara ianya menjadi tempat perindustrian kambing kot... Pernah ke nampak orang jual Petai kat Sungai??? Dalam zaman moden kini tak nampak lagi tapi mungkin zaman-zaman dulu kawasan Sungai Petai, Alor Gajah ni pernah menjadi tempat import dan eksport petai.. Samalah juga dengan Sungai Rambai, Jasin yang meng'import dan eksport' buah rambai keserata dunia kot.. Mungkin pelik juga kalau tengok dalam paya ada rumput.. Tapi itulah nama tempat di dua daerah yang dinamakan 'Paya Rumput'. Mungkin dulu banyak rumput dikawasan paya sehingga menjadi tempat pembiakan lembu kot.. Ada lagi kawasan di Negeri Melaka yang popular dan kawasan perindustrian selain Ayer Keroh ialah Batu Berendam.. Apa yang menarik sangat batu yang direndam??? Kalau kuih badak berendam tu sedaplah... Tapi itulah antara tempat yang agak ramai orang dan bakal menjadi tempat singgahnya Kapal Terbang Boeing dan Airbus... Huhuhuhu.. Nasiblah sapa duduk kat sana… Mesti banyak pencemaran bunyi… Lagi kawasan sempadan antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan.. Ops bukan Tampin ye... Tapi nama ni kureng elok didengar iaitu 'Batang Melaka'... Huhuhuhuhu. Tak nak komen bebanyak... Malu pun ada… Kemenangan untuk tempat pertama sudah pastinya jatuh kepada 'Kandang', Ayer Molek, Melaka... Huhuhuhuhu... Insan mana yang baik hati ntah yang bagi nama kampung kandang... Bayangkan kalau ada kawan bertanya 'Eh S, ko tinggal mana?'. Mesti tersipu-sipu si S nak beritau nama kampungnya kan... huuuuu... jangan marah... sekadar gurauan...
time for salah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...