LEH JADI TENGOK JE???

21 July 2012

Kebudayaan Arab Dikalangan Melayu.

Ramadhan kembali lagi, sedar tak sedar cepat sungguh masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam kita merayakan aidilfitri.

Ertinya, masa terus bergerak meninggalkan kita.

Umat Islam bergembira menyambut kehadiran bulan yang mulia ini. Setiap tahun kita akan mendengar azam untuk kearah kebaikan.

Habis saja Ramadhan, kita terlupa dan kembali ke perangai lama.

Dua hari lalu, saya ke sebuah pusat membeli-belah yang lama di Shah Alam.

Terkejut apabila sebaik sahaja masuk dari pintu hadapan, sudah terlihat jualan murah Hari Raya.

Sudah pasti si penjual ini bijak dan memahami selera pengunjung.

Baju kurung, baju Melayu, songkok semuanya ada. Itu tidak mengapa kerana itu memang pakaian tradisi.

Budaya Arab

Yang turut dijual dalam jualan murah hari raya adalah jubah-jubah untuk lelaki dan perempuan.

Dari mana datangnya trend ini?

Jika anda membuat pemerhatian terhadap masyarakat kita hari ini, orang-orang Melayu sudah mula meninggalkan kebudayaan mereka.  Mereka kini mula mentransformasikan diri merea untuk menjadi orang Arab.

Jubah-jubah Arab mula popular dikalangan orang-orang Melayu yang merasakan jubah adalah pakaian Islam.

Begitu juga sanak dan saudara saya yang tidak terlepas dari fenomena ini.

Mereka-mereka ini akan terkejut jika ke pusat-pusat hiburan di Dubai apabila melihat di disko dan kelab malam juga jubah digunakan oleh orang-orang Arab sambil meminum minuman keras.

Ini semua berlaku kerana kurangnya kefahaman dan tidak tahu membezakan diantara Islam dan Arab.

Tidak hairanlah mengapa orang-orang Melayu lebih fokus dengan tajwid apabila membaca Al-Quran daripada memahami isinya.

Tidak ada bezanya dengan burung kakak tua yang boleh mengulangi percakapan manusia.

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).

Beza Islam dan Arab

Walaupun Muhammad S.A.W itu diturunkan di tanah Arab, Islam dan kebudayaan Arab itu merupakan dua hal yang berbeza.

Ini yang gagal difahami oleh majoriti orang Melayu di Malaysia.

Mereka mengerjakan Haji dan Umrah. Pulang ke tanah air membawa budaya Arab dan bukannya nilai-nilai Islam.

Sebab itu anda boleh melihat hari ini, politik Melayu itu sendiri telah bertukar ganas sepertimana yang berlaku di tanah Arab yang sudah diketahui umum keras dan ganas.

Jangan terkejut melihat ceramah politik diserang kerana di tanah Arab lebih dari itu lagi.

Jika penyakit menjadi Arab ini tidak dibendung, Malaysia akan menuju kepada kehancuran kerana politik akan menjadi lebih ganas lagi dari apa yang berlaku hari ini.

Lihatlah restoran-restoran Arab yang tumbuh bagai cendawan di seluruh Negara mengalahkan masakan-masakan tempatan.

Tidak lama lagi, hilanglah masakan Muar, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sabah dan Sarawak terlepas dari bala ini kerana kurangnya Melayu disana.

Melayu akan melupakan budaya mereka sepertimana mereka pernah melupakan sejarah awal dimana Melayu pernah menjadi Buddha dan Hindu.

Hari ini, sejarah negara tidak banyak menceritakan tentang tanah ini ketika dizaman kerajaan Buddha dan Hindu. 

Yang banyak diceritakan adalah Melaka kerana dianggap sebagai kerajaan Islam.


Semoga Ramadhan kali ini membuka fikiran umat Islam di Malaysia. Pisahkan Islam dan Arab kerana keduanya berbeza.


Beribadatlah dengan tekun sehingga dapat membuang kesombongan dalam diri supaya lebih mengenali Allah.


Nasihat ini dituju kepada diri saya terlebih dahulu barulah kepada pembaca sekalian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...