LEH JADI TENGOK JE???

27 February 2011

Lelaki Kacak VS Lelaki X Kacak

Kalau lelaki kacak pendiam. Perempuan akan cakap.......... woow, cool giler... kalau lelaki tak kacak pendiam. Perempuan akan cakap........ eh perasan bagus... Kalau lelaki kacak berbuat jahat Perempuan akan kata......... nobody's perfect Kalau lelaki tak kacak berbuat jahat Perempuan akan cakap.......... memang.... muka pun macam pecah rumah! Kalau lelaki kacak menolong perempuan yg diganggu Perempuan akan cakap........ wah.. machonya.. macam hero filem! Kalau lelaki tak kacak menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata........... entah2 kawan dia... Kalau lelaki kacak dapat perempuan cantik Perempuan akan kata......... sepadan sangat... Kalau lelaki tak kacak dapat perempuan cantik Perempuan akan kata.......... mesti kena bomoh perempuan tuh! Kalau lelaki kacak ditinggal kekasih Perempuan akan kata.......... jangan sedih, kan saya ada.. Kalau lelaki tak kacak ditinggal kekasih Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)... kalau lelaki kacak penyayang binatang perempuan akan cakap........... perasaannya halus... penuh kasih sayang kalau lelaki tak kacak penyayang binatang perempuan akan cakap............ sesama keluarga memang harus menyayangi... kalau lelaki kacak bawa BMW perempuan akan cakap........ matching... hebat luar dalam kalau lelaki tak kacak bawa BMW perempuan akan cakap........ bang, bosnya mana?... kalau lelaki kacak tak mau bergambar perempuan akan cakap......... pasti takut kalau2 gambarnya tersebar kalau lelaki tak kacak tak mau bergambar perempuan akan kata.......... tak sanggup melihat hasilnya ya?... kalau lelaki kacak menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap......... ini barulah lelaki gentlemen kalau lelaki tak kacak menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap........... naluri pembantu, memang begitu.... kalau lelaki kacak bersedih hati perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on kalau lelaki tak kacak bersedih hati perempuan akan kata.......... kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Read more >>

21 February 2011

Mengucap............................

Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut di ungkapkan. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya, mudah-mudahan ingat, walau lamat-lamat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa "Kata-kata Sufi: Aku mencari lima perkara dan mendapatkannya dalam lima perkara: Pertama; aku mencari keberkatan dalam mengejar keperluan hidup. Aku menemuinya dalam mengerjakan solat Dhuha. Kedua; aku mencari penerang bagi alam kubur. Aku menemuinya dalam solat malam. Ketiga; aku mencari jawapan untuk menjawab soalan Munkar dan Nankir. Aku menemuinya dalam membaca al-Quran. Keempat; aku mencari alat untuk berpaut ketika meniti Titian Siratal Mustaqin. Aku menemuinya dalam amalan berpuasa dna bersedekah. Dan kelima; aku mencari naungan Arasy. Dan aku menemuinya dengan cara mengasingkan diri dan beribadat kepada Allah.
Read more >>

Kampung Morten Di Waktu Malam

Read more >>

20 February 2011

Secebis Nasihat Untuk Wanita


Untuk membentuk bibir yang menawan, Ucapkan kata-kata kebaikan

Untuk mendapatkan mata yang indah, Carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, Berkongsilah makanan dengan mereka yang kelaparan

Untuk mendapatkan rambut yang indah Mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari

Untuk mendapatkan susuk tubuh yang indah, Berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, Dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain, Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk
kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah ketepikan seseorang dari hati anda

Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, Ingatlah senantiasa, Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, Akan senantiasa ada tangan terulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, Anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan,
Satu untuk menolong diri anda sendiri, Dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, Bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia,Dimana cinta dapat berkembang

Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, Tetapi kecantikan yang murni, terpancar padajiwanya, Yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dancinta yang dia berikan Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Read more >>

Hentian Dataran Hang Tuah

Read more >>

17 February 2011

Pahlawan Neraka

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu. "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya." "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang." Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.
Read more >>

16 February 2011

Singgah Di Pekan Rabu

Read more >>

10 February 2011

Makanan Dari Hasil Tilik

Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan hariannya kepadanya sebagai tuan. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Abu Bakar. Hambanya berkata, "Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa, tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian ?" Abu Bakar menjawab, "Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku di mana kamu mendapat makanan ini ?" Hamba menjawab, "Sebelum aku memeluk Islam, aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepadaku. Mereka berjanji membayarnya apabila sahaja memperolehi. Aku berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini." Mendengar kata-kata hambanya, Abu Bakar memekik, "Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku." Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini diterima dan dilaksanakannya sehingga makanan itu dimuntahkan keluar. Kata seorang pemerhati, "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu. Kamu telah bersusah-payah kerana makanan yang sedikit." "Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwaku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata, "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."
Read more >>

08 February 2011

Dalam Kenangan

Read more >>

07 February 2011

Santai Je.............

Read more >>

05 February 2011

01 February 2011

Naik Lagi......................

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan. Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu. Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...