LEH JADI TENGOK JE???
Showing posts with label KEAGAMAAN. Show all posts
Showing posts with label KEAGAMAAN. Show all posts

07 August 2014

Kalau Malaysia Di Serang... Huhuhuhu

Renungan bersama...


Suatu andaian berkemungkinan berlaku di Malaysia. Tidak mustahil akan berlaku. Cuba kekawan baca dan renung2kan.... Sudahkah kita bersedia ???

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain... Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir... kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai..." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.

Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???

untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.

Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia... AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malays
ia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.
Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...
Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula...

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua... perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan. Membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti...

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silih
berganti... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah... Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara... tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menentang pintu rumah anda... anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda... sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006... diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu... Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak... anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata...

Anda menangis ketakutan...

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati.



Read more >>

17 January 2013

Adakah Kita Ini Penganut Islam Yang Lembik, Terlalu Bertolak Ansur Dan Terlalu Baik Hati!

Coretan tahun baru. pelbagai cerita dan pelbagai kerenah gelagat. Apabila orang kata kita lembik tentu kita marah. Silap-silap, orang yang kata itu tak pasal-pasal makan penangan atau penerajang, kalau kita ini jenis yang panas baran atau pemarah. Kalau kita ini jenis yang tak panas baran pun, paling-paling tidak akan merah muka dan berdesing lubang telinga juga kalau ada yang kata kita ini lembik. Lembik itu mungkin bahasa yang agak kasar sedikit berbanding ungkapan yang lebih lembut, ‘terlalu baik sangat’ atau ‘terlalu bertolak ansur’. Terlalu baik sangat itu pun dalam erti kata sebenarnya adalah lembik juga. Terlebih baik atau baik yang melampau-lampau itu pun sebenarnya adalah salah. Terlebih baik itulah yang akan menjadikan kita lembik dan lemah. Apabila dah lembik dan lemah, maka mudahlah kita ditindas dan dipijak-pijak. Ditolak secara beransur-ansur dan dilenyek sesuka hati.

Tapi begitulah hakikatnya apabila bercakap tentang umat Islam di Malaysia yang rata-ratanya Melayu ini. Kita sebenarnya hanya ramai pada bilangannya saja, tapi seperti buih. Banyak, tapi tak ada kualiti. Tak kuat dan tak gagah. Sekali dilambung ombak, buih itu akan pecah berderai dan hancur berkecai. Kita sebenarnya terlalu bertolak ansur sangat, sampai dah jadi terlebih baik, atau dah sampai ke tahap lembik. Tak bermaya. Lemah semangat. Orang melampau-lampau terhadap bangsa kita pun, kita diam. Kita buat tak endah dan tak ambil pusing. Orang dah hampir pijak-pijak kita pun, kita hanya tengok-tengok dan duduk diam juga. Agama kita dihina-hina pun, kita masih diam tersengih-sengih juga.

 
Itulah menunjukkan betapa lemah dan lembiknya kita ini. Sudah banyak sebenarnya berlaku di depan mata kita, di dalam negara kita yang bernama Malaysia ini. Yang agama rasminya adalah Islam dan bahasa kebangsaannya adalah bahasa Melayu (BM), bukan bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia tidak tepat. Istilah yang sebenar dan tepat adalah bahasa Melayu. Biarlah PM popularkan 1Malaysia pun, tapi kita janganlah sampai terikut-ikut mengaitkan permasalahan BM dengan 1Malaysia. Kita tak marah PM mempopularkan 1Malaysia tapi 1Malaysia adalah satu hal yang lain dan bahasa Melayu adalah satu perkara yang lain. Kerana terikut-ikut dengan perkataan 1Malaysia yang masyhur, maka kita pun tukar bahasa Melayu jadi bahasa Malaysia; jangan. Bahasa Melayu tetap bahasa Melayu. Sampai bila-bila pun bahasa Melayu akan kekal sebagai bahasa Melayu.

Tentang lemahnya kita memperjuangkan bahasa Melayu kita ini, itu satu hal. Hal yang juga tersangat penting, malah lebih penting ialah agama kita yang berbangsa Melayu – iaitu Islam. ISLAM – ramai, malah majoriti rakyat Malaysia di kad pengenalannya ditulis kalimah ini, perkataan ini. Tapi, ramai juga yang Islamnya hanya di kad pengenalan itu sajalah. Islamnya hanya pada 5 huruf itu sajalah, tapi tuan punya yang memiliki kad pengenalan itu, tak berapa nak Islam pun. Malah ramai juga yang tak Islam langsung pun, perangai, tingkah laku dan keseluruhan hidupnya – dan yang Islam, cuma kad pengenalannya sajalah.

Kerana lembik dan lemahnya kitalah, orang-orang kafir yang senegara dengan kita ini mudah melenyek-lenyek kita. Dilanyak-lanyaknya agama kita dengan sewenang-wenangnya. Perkara ini sudah banyak dan acap kali pun berlaku dalam negara kita ini, tapi kita ini, kerana terlalu baik dan lembik inilah, masih juga tersenyum tersengih macam biasa juga, seperti tak ada apa-apa yang berlaku pada agama dan bangsa kita. Bila orang melampau-lampau terhadap bangsa kita dan pijak-pijak agama kita, kita hanya buat tak tahu saja.

Orang yang begitu banyak membela bangsa Melayu Islam yang lembik, terlampau bertolak ansur dan terlampau baik ini antaranya ialah Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Ramai yang maklum tentang hal ini. Sekian banyak tulisannya sebelum ini yang mendedahkan perangai jahat bangsanya sendiri yang bukan Islam dan membangkitkan semangat bangsa Melayu Islam agar sedar diri dan bertindak berani. Kalau sebelum ini beliau menjadi kolumnis akhbar Mingguan Malaysia, kini beliau menulis pula setiap minggu (pada hari isnin) dalam akhbar Sinar Harian. Kalau dah jemu membaca akhbar pro kerajaan yang asyik mencari kesalahan pembangkang dan jemu membaca akhbar pembangkang yang asyik nak kata yang kerajaan buat semua tak betul, ada baiknya membaca akhbar Sinar Harian, lebih-lebih lagi tulisan Dr. Ridhuan Tee dalam kolumnya ini.

Beliau nampaknya tidak memihak dan membuat teguran seimbang. Kerajaan dan juga pembangkang, kedua-dua belah pihak ditegur oleh pendakwah dan sarjana Islam terkenal ini. Antara rencana yang berjudul Apabila Penzina Menghina Islam (Rujuk: Sinar Harian, 12 Disember 2011), Dr. Ridhuan menegaskan tentang pentingnya kita umat Islam bersatu tanpa mengira parti dan idealogi, sama-sama berganding bahu mempertahankan agama Islam yang suci ini daripada dihenyak-henyak oleh puak-puak ultra kiasu termasuklah ultra kiasu yang ada dalam Barisan Nasional.

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (RM). 

Dr. Ridhuan membuat teguran terhadap semua pihak termasuklah juga pihak Barisan Nasional sendiri yang ada dalam kerajaan. Kerana puak-puak ini juga ramai dalam Barisan Nasional. Mereka sebenarnya bukan lagi menghina Pas tapi kita kena sedar dan faham bahawa mereka sebenarnya telah menghina Islam, menghina Al-Quran dan menghina hukum Allah. Antara lain tulis Dr. Ridhuan, “Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.”
Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD). 

Tulis beliau lagi dalam perenggan yang lain, “Penzina ini juga berkata, sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa. Penzina ini juga meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti Nujum Pak Belalang. Kenapa negara China yang mengamal sistem komunis yang nampak lebih zalim tidak dikritik. Adakah pelabur lari daripada negara China? Apa yang saya tahu, semakin ramai yang melabur di negara komunis itu.” Dengan tegas Dr. Ridhuan meneruskan lagi, “Saya amat hairan kenapa kita sengaja memejamkan mata dengan strategi untuk ‘menghapuskan’ identiti Islam dan Melayu ini.”

Sebagai mengakhiri tulisan ini, elok saya petik sebaris ayat Dr. Ridhuan untuk sama-sama kita renungi dan fikirkan bersama, dengan sungguh-sungguh, “Sampai bila-bila pun ultra kiasu yang berada dalam Pakatan dan Barisan tidak akan menerima Islam, kecuali Umno dan Pas bersatu.”
Read more >>

11 November 2012

Iman Semut VS Iman Manusia.


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan
bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).

Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" . Wallahulam.
Read more >>

16 August 2012

Betul Ke Allah Tak Makbulkan Doa Kita?

Setiap hari kita menadah tangan berdoa memohon bermacam perkara dari Allah ta'ala. Siang malam pagi petang kita berdoa. Malah ada masa-masa kita berdoa hingga mengeluarkan air mata. Namun, mengapa doa kita masih tidak diperkenankan? Mengapa Allah tak makbulkan doa kita? Apa silapnya?


Sedangkan Allah Ta'ala telah pun berjanji melalui firmanNya di dalam Quran; 
 
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60) 
 
Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?” 
 
Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”. 
  
Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.” 
 
Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.  
  
Beliau menjawab, “Ada lapan perkara, diantaranya:
  • Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)
  • Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…) 
  • Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)
  • Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati.(Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?
  • Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)
  • Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?)
  • Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)
  • Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih') 
  • Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.) 
Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).

 “Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?” 
  
Itulah diantara sebab-sebab mengapa DOA kita tak dikabulkan oleh Allah swt. Padahal kita sangat mengharapkan doa kita dikabulkan oleh Allah swt, dan permintaan kita segera dijawab oleh-Nya.

Apa-apapun, kita TIDAK seharusnya berputus asa dalam berdoa. Yakinlah, jika kita minta pada Allah dengan penuh pengharapan, insyaAllah permintaan kita pasti diperkenankan. 
 
Justeru, marilah kita terus berdoa lagi dan lagi, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan yang dirasa hari ini, mungkin ia menjadi kemanisan pada hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu juga kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa lah bertawakal kepada Allah dan jangan sekali-kali berputus asa berdoa kepadaNya.
Read more >>

21 July 2012

Kebudayaan Arab Dikalangan Melayu.

Ramadhan kembali lagi, sedar tak sedar cepat sungguh masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam kita merayakan aidilfitri.

Ertinya, masa terus bergerak meninggalkan kita.

Umat Islam bergembira menyambut kehadiran bulan yang mulia ini. Setiap tahun kita akan mendengar azam untuk kearah kebaikan.

Habis saja Ramadhan, kita terlupa dan kembali ke perangai lama.

Dua hari lalu, saya ke sebuah pusat membeli-belah yang lama di Shah Alam.

Terkejut apabila sebaik sahaja masuk dari pintu hadapan, sudah terlihat jualan murah Hari Raya.

Sudah pasti si penjual ini bijak dan memahami selera pengunjung.

Baju kurung, baju Melayu, songkok semuanya ada. Itu tidak mengapa kerana itu memang pakaian tradisi.

Budaya Arab

Yang turut dijual dalam jualan murah hari raya adalah jubah-jubah untuk lelaki dan perempuan.

Dari mana datangnya trend ini?

Jika anda membuat pemerhatian terhadap masyarakat kita hari ini, orang-orang Melayu sudah mula meninggalkan kebudayaan mereka.  Mereka kini mula mentransformasikan diri merea untuk menjadi orang Arab.

Jubah-jubah Arab mula popular dikalangan orang-orang Melayu yang merasakan jubah adalah pakaian Islam.

Begitu juga sanak dan saudara saya yang tidak terlepas dari fenomena ini.

Mereka-mereka ini akan terkejut jika ke pusat-pusat hiburan di Dubai apabila melihat di disko dan kelab malam juga jubah digunakan oleh orang-orang Arab sambil meminum minuman keras.

Ini semua berlaku kerana kurangnya kefahaman dan tidak tahu membezakan diantara Islam dan Arab.

Tidak hairanlah mengapa orang-orang Melayu lebih fokus dengan tajwid apabila membaca Al-Quran daripada memahami isinya.

Tidak ada bezanya dengan burung kakak tua yang boleh mengulangi percakapan manusia.

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).

Beza Islam dan Arab

Walaupun Muhammad S.A.W itu diturunkan di tanah Arab, Islam dan kebudayaan Arab itu merupakan dua hal yang berbeza.

Ini yang gagal difahami oleh majoriti orang Melayu di Malaysia.

Mereka mengerjakan Haji dan Umrah. Pulang ke tanah air membawa budaya Arab dan bukannya nilai-nilai Islam.

Sebab itu anda boleh melihat hari ini, politik Melayu itu sendiri telah bertukar ganas sepertimana yang berlaku di tanah Arab yang sudah diketahui umum keras dan ganas.

Jangan terkejut melihat ceramah politik diserang kerana di tanah Arab lebih dari itu lagi.

Jika penyakit menjadi Arab ini tidak dibendung, Malaysia akan menuju kepada kehancuran kerana politik akan menjadi lebih ganas lagi dari apa yang berlaku hari ini.

Lihatlah restoran-restoran Arab yang tumbuh bagai cendawan di seluruh Negara mengalahkan masakan-masakan tempatan.

Tidak lama lagi, hilanglah masakan Muar, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sabah dan Sarawak terlepas dari bala ini kerana kurangnya Melayu disana.

Melayu akan melupakan budaya mereka sepertimana mereka pernah melupakan sejarah awal dimana Melayu pernah menjadi Buddha dan Hindu.

Hari ini, sejarah negara tidak banyak menceritakan tentang tanah ini ketika dizaman kerajaan Buddha dan Hindu. 

Yang banyak diceritakan adalah Melaka kerana dianggap sebagai kerajaan Islam.


Semoga Ramadhan kali ini membuka fikiran umat Islam di Malaysia. Pisahkan Islam dan Arab kerana keduanya berbeza.


Beribadatlah dengan tekun sehingga dapat membuang kesombongan dalam diri supaya lebih mengenali Allah.


Nasihat ini dituju kepada diri saya terlebih dahulu barulah kepada pembaca sekalian.
Read more >>

24 June 2012

4 Golongan Lelaki Penghuni Neraka.


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. 

Mereka ialah:
 

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD). 


Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!
Read more >>

16 June 2012

9 jenis anak syaitan yg suka menghasut manusia

Umar al-Khattab r.a pernah berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan yg suka menghasut manusia melakukan kejahatan :

1. Zalituun -

Suka Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.

Kerjanya Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin -

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan -

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.

Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf -

Berkawan baik dengan kaki botol.

Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab malam & tempat yg ada minuman keras).


5. Murrah -

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.

Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud -

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim -

Duduk di pintu rumah kita. (Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah),

Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga

(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan -

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus -

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Ya Allah kami berlindung dengan MU dari syaitan yang kena rejam

Read more >>

27 April 2012

I Am A Servant...



Aku seorang hamba...
layakkah aku bersikap angkuh dan sombong dengan kekayaan, 
kebijaksanaan yang dipinjamkan sedangkan aku hanya seorang hamba?
layakkah aku bersikap meninggi diri dan berasa lebih mulia serta lebih baik 
sedangkan aku hanya seorang hamba?
layakkah aku berasa marah keatas sesuatu yang bukan milikku, 
sedangkan aku hanya seorang hamba?

sedarlah wahai diri, kehidup
an di dunia bukanlah untuk dibangga-banggakan
kerana diriku hanyalah seorang hamba
harta kekayaan, wang yang melimpah ruah, anak-anak yang ramai, 
rumah yang selesa, kereta yang mewah, 
pangkat yang besar, dan apa sahaja yang dirasakan hak kepunyaan aku
semuanya bukan hak milikku dan tidak layak pun untuk aku memilikinya
hatta diriku sendiri, bukanlah milik sesiapapun
dan juga, bukanlah milikku
kerana...

aku hanyalah seorang hamba
hamba kepada Al-Khaliq, Pencipta bagi alam semesta
Yang Maha Kaya lebih dari yang kaya raya di dunia
Yang Maha Kuat, lebih dari yang paling kuat di dunia
Yang Maha Berkuasa, lebih dari yang paling berkuasa di dunia
ALLAH swt

Astaghfirullah!
Istighfarlah wahai diri
Sedarlah wahai diri
Sedarkah wahai diri
Sedarlah wahai diri...

Read more >>

22 February 2012

Tahukah Anda ? Manfaat dr Sujud dalam Sholat 5 Waktu.


Manfaat dr Sujud dalam Sholat 5 Waktu.. Tahukah Anda ?
Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, yaitu dahi, hidung, kedua telapak tangan, lutut, dan kedua ujung kaki (jari2 kaki). 
Sujud adalah merendahkan diri, memuji اللّه سبحانه وتعالى & meminta segala macam pinta kpd اللّه سبحانه وتعالى .. Sekaligus, mengikis sifat sombong, ria, takabur, dll. Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University, telah menjadi muallaf, krn mendapati fakta ttg manfaat sujud bagi kesihatan. 
Dalam kajiannya ditemukan ada bbrp urat syaraf di dlm otak manusia yg tdk dimasuki darah dan urat ini baru bisa dimasuki darah pada sa'at manusia sujud. Tetapi urat syaraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Yaitu, pada waktu2 sholat yg telah ditetapkan (waktu subuh, zuhur, ashar, maghrib, 'Isya). Subhanallah. So, siapa yg tidak sholat maka urat ini tidak menerima darah shg otaknya tdk berfungsi secara normal. 
Maka tdk hairan, timbul macam2 gejala sosial masyarakat saat ini. Kerana letak otak di atas jantung, maka kata Alm. Prof Hembing: jantung, hanya mampu membekalkan 20% darah ke otak manusia, jadi dibantu dengan sujud yg lebih lama agar menambah kekuatan aliran darah ke otak. (Kalau begitu sesuai apa yg disuruh Nabi Muhammad SAW, supaya kita sujud lama-lama di rakaat terakhir, sambil banyak meminta semua keinginan kita). Manfa'at sujud lama2 ini, untuk menolak pening, dan migrain, menyegarkan otak, menajamkan akal fikiran (peka), melegakan sistem pernapasan, membetulkan pundi peranakan yg jatuh, memperbaiki kedudukan bayi songsang, dll. Otak merupakan pusat pengatur dari seluruh kegiatan manusia, di dalamnya tdpt banyak sekali urat2 saraf, yg bertugas masing2. 
Bentuknya seperti orang sujud... Subhanallah....

Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...