Ramai bersetuju yang motosikal Yamaha 135LC lebih laju daripada motosikal model lain secara amnya. Disebabkan kapasiti enjin yang besar iaitu 135cc, 135LC dikatakan oleh pemiliknya mampu memecut sehingga 160 km sejam. Lebih dasyat ada yang mengatakan sehingga 180 km sejam. Secara logiknya, motosikal kapchai standard tidak dicipta untuk memecut terlalu laju, kecuali motosikal tersebut telah diubahsuai secara intensif, itu pun masih sukar untuk mencapai kelajuan sehingga 180 km sejam.
Ini realiti sebenarnya. Meter kelajuan di mana-mana jenis atau model motosikal kapcai di negara kita telah diset lebih ringan oleh pihak pengeluar, tidak kira apa alasan sekalipun. Jika sesebuah 135LC itu mampu memecut sehingga 160 km sejam, realiti sebenarnya hanyalah setakat 120 km sejam atau 140 km sejam sahaja. Mungkin lebih rendah dari itu. Ini adalah berdasarkan pengalaman dari penulis sendiri yang pernah memiliki beberapa jenis model motosikal di samping pengalaman dari rakan-rakan lain.
Pihak pengeluar motosikal mempunyai alasan tersendiri mengapa keadaan sebegitu terjadi dan faktor keselamatan penunggang selalunya menjadi keutamaan. Jika ada mana-mana pihak yang mempertikaikan fakta tersebut, mereka boleh melakukan ujian sendiri dengan memandu kereta. Kelajuan meter yang tepat adalah dari meter mana-mana kereta kerana undang-undang telah menetapkan kereta mempunyai had laju tertentu di jalan raya utama di seluruh dunia.
Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).
Jika
sesebuah kereta memecut sehingga 140 km sejam atau 160 km sejam,
kelajuannya amat terasa, tetapi jika sesebuah 135LC memecut pada
kelajuan tersebut, tahap kelajuannya masih terasa kurang dan perlahan.
Perkara yang sama terjadi pada mana-mana motosikal yang memecut sehingga
120 km sejam, realitinya kelajuan tersebut dirasakan terlalu perlahan
dan tidak sepadan dengan apa yang dipaparkan di meter kelajuan.
Pengeluar
motosikal sentiasa mempromosikan motosikal keluaran mereka mempunyai
teknologi penjimatan petrol yang terkini, mungkin sebab itulah kelajuan
sebenar motosikal mereka terpaksa dikurangkan. Bagi mengimbangi
kekurangan tersebut, mereka telah menjadikan meter motosikal keluaran
mereka lebih ringan dan memberikan kesan visual psikologi kepada
pemiliknya. Yang penting di sini ialah keselamatan penunggang itu
sendiri. Biar meter laju walaupun motosikal tidak, yang penting
keselamatan penunggang terjamin.
Pernah test ngan Vulcan... meter sama semasa bersaing di jalanan...
No comments:
Post a Comment