LEH JADI TENGOK JE???

31 January 2012

Cerita Menghamparkan Sekuntum Senyuman.

Yeah! It'll be great for those yang tak tahu nak buat ape... Memang keadaan sebegitu sesuai cerita yang berunsur LUC** sedikit…

Jom Layan!

Sebaik sahaja Mona baring, dia mula merasakan otot-otot anda mula menegang. 

Mona cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi lelaki itu enggan menerima alasan Mona bahkan semakin merapatinya.

Lelaki tersebut bertanyakan adakah Mona takut. 

Tetapi dengan berani Mona menggelengkan kepala. 

Jari- jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. 

Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. 

Semakin dalam dia menusuk semakin kuat Mona mengerang. 

Tetapi lelaki tersebut masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. 

Dia merenung jauh ke dalam mata Mona dan mahu Mona percayakannya. 

Ini bukanlah kali pertama bagi lelaki. 

Dia terus tersenyum dan Mona memberi lebih ruang masuk kepadanya. 

Mona mula merayu agar dia mempercepatkannya. 

Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar Mona merasakan kesakitan yang paling minimum.

Semakin dalam tusukkannya semakin Mona merasakan tisu-tisunya koyak!

Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. 

Lelaki tersebut merenung kepada Mona dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?

Mata Mona direnangi deagan airmata tetapi Mona menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya.

Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. 

Terus keluar masuk. 

Tetapi Mona sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. 

Beberapa ketika kemudian Mona merasakan sesuatu memancut dan lelaki itu mengeluarkannya dari Mona. 

Mona terbaring dengan wajah yang pucat. 

Lelaki itu menghamparkan sekuntum senyuman kepada Mona dan mengatakan Mona adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman.

Mona hanya tersenyum tawar. 

Ini juga adalah pengalaman pertama Mona. 

Dengan senyuman yang tawar Mona pon mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut giginya yang sakit.

Argh! Cerita ending potong stim! Bangang!

***********************************
Read more >>

26 January 2012

Untung Rugi Solat.

Ruginya orang handsome tak solat, 
Nabi Yusof yang handsome pun solat...
v
v
Ruginya orang cantik tak solat, 
Saidatina Aisyah yang cantik pun solat...
v
v
Ruginya orang kaya tak solat, 
Nabi Sulaiman yang kaya pun solat...
v
v
Ruginya orang miskin tak solat, 
Nabi Muhammad yang miskin pun solat...
v
v
Ruginya budak-budak tak solat,
Hasan dan Husin budak pun solat... 
v
v
insaflah,insaflah,insaflah. 
v
v
Barang siapa yang "copy" pesanan ini maka dibalaslah kamu dengan pahala selagi masih ada orang yang membacanya.

Read more >>

25 January 2012

DiPotong Tangan Kerana Memberi Sedekah.

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T." 

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. 

Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu." 

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. 

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."


Read more >>

24 January 2012

Lawatan Ke Masjid Beijing

Bergambar kenangan di hadapan Masjid Beijing ataupun turut juga dikenali sebagai Masjid China oleh penduduk di sekitar Rantau Panjang, Kelantan.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Bergambar bersama Imam Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Berrserban berbaju belang oren/coklat)

Dari jauh ia kelihatan bumbung bagaikan sebuah Tokong atau Istana Lama di China namun jika pandangan tidak turut tersilau kepada menara yang tegak bersebelahan dengan kubah seakan-akan kopiah berlilit serban.



Read more >>

22 January 2012

Tips untuk elak kecurian, di rompak dan di rogol dalam rumah sendiri

http://1.bp.blogspot.com/-q4ea-YHTNFU/TntP8Rne4QI/AAAAAAAAAMw/j8TCRKW-SiE/s1600/bankrobber.jpg
Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.


Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.




Adakah anda penggemar kelajuan? RHB Racer ada di sini untuk anda!


Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00malam).
Read more >>

16 January 2012

Cerita Permasalahan Gaji Isteri.

Sepasang suami isteri beranak dua tinggal di bandar besar. Selama ini hanya suaminya yang bekerja dengan pendapatan sekitar RM 4,000 sebulan. Dengan nilai sebegitu, segala keperluan asas hidup di kota boleh dikatakan beres, tetapi tidak mewah. Suatu ketika si isteri yang punya kelulusan terasa ingin berkerjaya pula. Selepas berbincang dengan si suami, si isteri pun diizinkan bekerja. Pendapatannya bagus juga, mencecah RM 3,000. 

Dari segi pendapatan keluarga, pasangan ini mendapat keuntungan besar. Kalau dulunya RM 4,000, kini sudah RM 7,000 sebulan. Masalah timbul... mereka berselisih faham tentang perjalanan pendapatan RM 7,000 sebulan itu. Si suami berasa si isteri patut juga mengeluarkan sebahagian gajinya untuk menguruskan keluarga. Si isteri pula berasa gajinya tidak boleh disentuh kerana harta isteri adalah milik isteri sepenuhnya. Jadi perjalanan hidup sehari-hari mereka ada sedikit ketidakselesaan hasil meningkatnya pendapatan bulanan keluarga mereka itu. 

Saya berikan panduan lebih kurang begini... 
1. Kedua-dua orang mesti faham dan akur... bahawa segala harta si isteri termasuklah pendapatannya adalah hak milik si isteri. Maka secara umumnya si suami tidak boleh menyentuh gaji si isteri. Selesai satu perkara. 
2. Kedua-dua orang juga mesti faham dan akur... bahawa si isteri berjaya mendapat pekerjaan dan pendapatan sebegitu hanyalah dengan keizinan si suami. Atas keizinan si suami, si isteri dapat RM 3,000 sebulan. Jika si suami tidak mengizinkan, si isteri dapat gaji RM 0 sebulan. Maka, isteri yang solehah tentunya akan menghargai keizinan si suami dengan sepadannya, dan sanggup berkongsi perbelanjaan menguruskan keluarga dengan jumlah yang sepatutnya. Diizinkan memperoleh RM 3,000 berbanding RM 0, padankah si isteri mengeluarkan hanya RM 100 sebulan untuk perbelanjaan keluarga, dan menyimpan atau mengguna RM 2,900 untuk dirinya sendiri? Timbang-timbangkan. 

3. Kedua-dua orang juga mesti faham dan akur... bahawa dengan keluar bekerjanya si isteri :

a. Perbelanjaan si suami bertambah untuk membeli susu anak. Sebelum ini percuma kerana si isteri menyusukan anak sendiri di rumah. 

b. Perbelanjaan si suami bertambah untuk membayar gaji pengasuh anak-anak. Sebelum ini percuma kerana si isteri yang menjaga anak-anak. 

c. Perbelanjaan si suami bertambah untuk makan minum. Apabila kedua-dua orang bekerja, makan malam biasanya di luar (restoran) kerana si isteri penat bekerja seharian. Silap-silap sarapan dan minum petang pun di kedai. Padahal sebelum ini belanjanya rendah kerana makan di rumah. 

d. Perbelanjaan si suami bertambah untuk pengurusan dan kebersihan rumah. Terpaksa menggunakan khidmat pembantu rumah ataupun memanggil orang membersihkan rumah seminggu dua kali. Ataupun pakaian dihantar ke kedai dobi. Sebelum ini percuma. 

Maka sifirnya begini... sebelum mengizinkan si isteri mendapat RM 3,000 sebulan, si suami tidak perlu mengeluarkan wang untuk susu, pengasuh, makan minum di luar hampir setiap hari, pembantu/pembersih rumah, dobi dan lain-lain. Selepas memberikan keseronokan kepada si isteri dengan pendapatan RM 3,000 sebulan, secara automatik si suami terpaksa pula mengeluarkan wang untuk menanggung itu semua. Maksudnya kegembiraan dan kekayaan isteri ditambah oleh suami, tetapi keserabutan dan kekurangan wang pula yang ditambah oleh si isteri buat suaminya. Yang si isteri tidak mengizinkan wangnya digunakan untuk perbelanjaan keluarga, semua RM 3,000 adalah hak mutlaknya, padahal semua perbelanjaan yang disebutkan di atas tadi berpunca daripada si isteri pergi bekerja. Kalau si isteri tidak pergi bekerja, semua perbelanjaan di atas boleh dikatakan tidak wujud. 

Si suami mengeluh, kalau ditahunya dia akan menanggung beban perbelanjaan sebegitu, lebih baiklah dia tidak memberi izin kepada isterinya bekerja tempoh hari. Bukannya keluarga mereka bertambah mewah, tapi bertambah parah. Bukannya selama ini mereka tidak cukup makan minum dan tidak sempurna pengurusan keluarga, cuma mahu duit lebih kononnya untuk hidup yang lebih selesa. Ingatkan dengan bertambahnya duit, bertambah selesalah keluarga. Sebaliknya bertambah kusut dan kewangan suami bertambah sempit. Tak sampai pertengahan bulan, wang suami sudah kering. Apabila diminta dari isteri, isteri menganggapnya sebagai hutang. Aduh, malang nasib sahabatku. 

Penyelesaiannya... tidak lain adalah kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan. 

1. Si suami mesti faham dan akur bahawa harta isteri adalah milik isteri. Si suami tidak boleh pandai-pandai mengguna atau memaksa si isteri menggunakan wang itu untuk menguruskan perbelanjaan keluarga. 

2. Si isteri pula mestilah menghargai keizinan si suami untuk dirinya mendapat pendapatan sebegitu, dan faham bahawa perbelanjaan si suami menguruskan rumahtangga bertambah dengan banyaknya apabila si isteri keluar bekerja. 

Di sinilah perlunya kebijaksanaan masing-masing untuk saling menghargai hak masing-masing dan saling memberi untuk menguruskan keluarga. 

Tidak dilupakan, satu masalah penting yang terpaksa ditanggung oleh sahabat saya ini apabila isterinya keluar bekerja ialah... dosa-dosa yang dilakukan oleh si siteri di luar rumah itu turut terbeban pada dirinya kerana isteri di bawah tanggungjawab suami. Mana-mana suami pun begitu. Sudahlah perbelanjaan menguruskan keluarga semakin bertambah, dosa pun bertambah kalau si isteri tidak memelihara dirinya dengan batas-batas agama di luar rumah. 
 
time for salah
Read more >>

15 January 2012

Lawatan Ke Taman Tamadun Islam

Ni pic tahun lepas yang baru di uploadkan semasa kami ke Terengganu.

Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Terengganu adalah merupakan satu-satunya taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia  dari segi kesenian rekabentuk serta kebudayaan.

Ianya menonjolkan keunggulan islam dalam seni bina terutama didalam pembuatan masjid.





Kira-kira 21 buah monumen dibangunkan didalam taman tema ini mengikut skala 1:8 daripada saiz asal.

 Hampir 65% proses pembinaan taman tema ini mendapat sentuhan daripada kontraktor dan tenaga mahir tempatan manakala selebihnya adalah diambil daripada kepakaran tenaga luar negara. 
time for salah
Read more >>

14 January 2012

Naik Bot Penambang Ke Pasar Mundok.

 BAGAIMANA UNTUK KE MUNDOK
Rasanya telah ramai yang mengetahui jalan untuk ke Mundok ini. Rata-rata penduduk di Kelantan mengenali Mundok ini. Tapi masih ramai yang terpinga-pinga juga bila di tanya pasal Mundok ini, mereka langsung tidak kenal, malah tak pernah dengar cerita tentang Mundok ini. Meskipun mereka orang Kelantan 'jati'. Terutamanya orang Cina, mereka kebanyakannya tidak kenal akan Mundok ini, maklumlah mereka kebanyakannya tinggal di bandar dan sudah cukup keperluan hidup untuk mereka jadi mereka tidak perlu ke sana, ini mungkinlah.

Sebenarnya untuk ke sini AMAT MUDAH, TIDAK PERLU PAS LAWATAN, TIDAK PERLU PASSPORT, TAMBANGNYA CUMA RM 2.00 PERGI BALIK. MURAH BUKAN!!
 ANDA TERPAKSA MENAIKI SAMPAN UNTUK KE SANA, JANGAN KHUATIR KERANA SUNGAINYA AGAK SEMPIT SAHAJA. SEKALI TUJAH SAHAJA DAH PUN SAMPAI KE SANA...

Mundok begitu ramai dikunjungi warga Malaysia, terutama bila hari-hari cuti umum yang jatuh pada hari NAK tadi, secara anggaran kasar dalam sehari itu (hari nak), Mundok menggamit lebih 10,000 pengunjung, jadi bayangkan dengan keluasan yang tidak seberapa....tetapi pengunjungnya pula ramai...ya..memang sesak dan menyeronokkan dengan pelbagai karenah dan ragam manusia yang berkunjung ke sini.

banyak gila sampai nak gila dah tgk bebarang yg cantik2 dan murah ajer..

Apa yg ada kat mundok ni??erm mcm2 ado..narita, kain murah, perkakas dapur, macam-macam lah...semuanya murah dan harga berbeza dari Malaysia..

Ok..sape yg nak datang Kelantan, boleh la singgah kat Pasar Mundok ni..harga barang kat sini jauh lebih murah berbanding Wakaf Che Yeh, Pasir Mas dan Kota Bharu...tp risiko atas tanggungan sendiri..bkn ape, nk kesana tak perlu pasport atau border pass..cuma kena seberang ngn bot koboi ajer..so apa2 hal kena tanggung sendiri...

TP..jgn risau....abang-abang askar ramai yg duk kat tebing2 sungai Golok tuh..diaorang bertugas untuk jaga sempadan...so kira selamat la..cuma jgn SELUDUP BERAS sudah! 
time for salah
Read more >>

02 January 2012

Ada Allah Di Setiap Waktu.

♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU ♥
v
v
v
♥ Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI ♥
v
v
v
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI ♥
v
v
v
♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI ♥
v
v
v
♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA ♥
v
v
v
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA ♥
v
v
v
★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★. 

time for salah
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...