LEH JADI TENGOK JE???

19 June 2010

Bermain Dam Ular Di Durian Daun

Read more >>

18 June 2010

Sekitar Sukan Malaysia Ke 13 Di Arena Silat

Read more >>

Training Lukisan Peperiksaan Pertengahan Tahun Darjah 2

Read more >>

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
Read more >>

07 June 2010

Ayahanda, Bonda Dan Acu Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci Menunaikan Umrah

Read more >>

04 June 2010

Derhaka Seorang Ayah Kepada Anak

Selalu di dengar kisah anak derhaka sama ada kepada ibu atau bapa, dan umum sudah mengetahui bahawa balasan anak derhaka ialah neraka, dan Allah S.W.T tidak pernah memungkiri janji Nya. Bagaimana pula kes penderhakaan ibubapa kepada anaknya sendiri?. Adakah ada atau wujud kes-kes sebegini? Di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, seorang bapa datang berjumpa Saidina Umar Al-Khattab dengan katanya “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya anakku telah derhaka kepada ku”. Lalu Khalifah Umar Khattab memanggil anak yang derhaka itu dan bertanya kenapa kamu derhaka kepada ayahmu. Anak itu tanya Khalifah Umar Al-Khattab apa tanggungjawab bapa kepada anak. Maka Khalifah Umar Al-Khattab baritahu bahawa tanggungjawab bapa kepada anak itu empat perkara iaitu :- (1) Kahwin dengan wanita yang baik. (2) Menamakan anaknya dengan nama yang baik. (3) Mendidik anaknya supaya menjadi baik. (4) Mengahwinkan anaknya. Maka anak itu bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab bahawa ke empat-empat perkara itu tidak ditunaikan oleh ayahnya. Anak itu seterusnya baritahu Khalifah Umar Al-Khattab:- (1) Ayahnya kahwin dengan pelacur yang jadi ibunya sekarang ini. (2) Ayahnya menamakannya “Kelawar Jantan”. (3) Ayahnya tidak memdidik dia. (4) Ayahnya tidak mengahwinkan dia. Maka Khalifah Umar Al-Khattab tanya bapa itu tadi “Betulkah begitu wahai bapa budak”. Bapa budak itu menundukkan kepalanya. Justeru itu, kamulah dulu yang derhaka kepada anakmu. Renung-renungkanlah wahai sekalian bapa-bapa semua. Aris Ariwatan dalam lagunya ‘Satu’ cuba menyampaikan mesej tersebut di mana setiap manusia, mempunyai peranan dan amanah tersendiri, sebagai manusia kepada Pencipta, kepada ibubapa, kepada anak-anak dan juga kepada masyarakat sekeliling. Cuba kita hayati lirik lagu itu......
Read more >>

01 June 2010

Kenduri Kesyukuran Ayah & Bonda Durian Daun Sebelum Menunaikan Umrah

Read more >>

Personaliti Diri Anda

Cuba jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapakah diri anda sebenarnya.. Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan.. analisis nye selepas ini Situasi: Anda sedang berada di dalam hutan........ (1) Nyatakan dengan siapa anda berjalan? Sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan......... (2) Nyatakan apakah haiwan itu? (3) Apakah tindakan anda terhadap haiwan itu? (Biarkan dan pandang je / lari dari haiwan itu / dapatkan haiwan itu) Kemudian anda teruskan perjalanan.. Tiba-tiba ternampak segugus anak kunci (4) Nyatakan bilangan kunci itu (Dari 1-10 anak kunci) Anda teruskan lagi perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. Pada fikiran anda.. (5) Adakah rumah itu berpagar? (6) Pintu rumah tu terbuka atau tertutup? Anda pun masuk ke rumah itu lalu pergi ke ruang tamu dan ternampak sebuah meja. (7) Apakah bentuk meja itu? (Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga) Diatas meja ada sebuah pasu... (8) Berapa banyak air dalam pasu itu? (Penuh / Setengah / Kosong) (9) Pasu itu diperbuat daripada apa? (Kaca / Seramik / Tanah Liat) (Logam / Plastik / Kayu) Anda teruskan lagi perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh. (10) Berapakah laju air itu? (1-10 : 1-perlahan 10-paling laju) Anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. (11) Apa ukuran kotak itu? (Kecil / Sederhana / Besar) (12) Kotak itu diperbuat daripada? (Cupboard / Kertas / Kayu / Logam) Tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan. (13) jambatan diperbuat daripada apa? (Logam / Kayu / Rotan) Di seberang jambatan, ada seekor kuda. (14) Apakah warna kuda itu? (Putih / Kelabu / Coklat / Hitam) (15) Apa yang kuda lakukan? (Diam dan Tenang / Menggigit Rumput / Berlari) (16)TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan: (i) Lari dan bersembunyi di dalam peti? (ii) Lari dan bersembunyi di bawah jambatan? (iii) Lari ke kuda, naik dan terus pergi? Berikut adalah tafsiran: (1) Dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda. (2) Haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar (3) Tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah (4) Kunci 1 - Kamu punya satu teman baik dalam hidup anda 2-5 - Anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda 6-10 - Anda punya banyak teman baik (5) Rumah berpagar : Close-minded tidak berpagar : Open minded (6) Pintu Terbuka : Senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain Tertutup : Tak suka bercerita dan rela memendam nye (7) Meja Bulat / Oval - Teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya Persegi - Anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja Segitiga - Kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda (8) Pasu Kosong - Cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi. Setengah penuh - Apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai. Penuh - Hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu! (9) Kaca / Tanah Liat / Seramik - Kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh Logam / Plastik / Kayu - Kuat dalam hidup anda (10) Air Terjun 0 - Tidak ada dorongan seksual sama sekali 1-4 - Ghairah seks rendah 5 - Ghairah seks sederhana 6-9 - Ghairah seks tinggi 10 - Ghairah seks sangat tinggi ... (11) Saiz Kotak: Kecil - Ego rendah Menengah - Ego sederhana Besar - Ego tinggi (12) Material Peti: Cupboard / Kertas / Kayu (non-bersinar) - Rendah hati kepribadian Logam - Bangga diri (13) Adapun Material Jambatan: Jambatan Logam - Punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda. Jambatan Kayu - Hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda. Rotan - Anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman (14) Warna Kuda: Putih - Pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda. Kelabu / Coklat - Pasangan anda sederhana di hati. Hitam - Pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk. (15) Tindakan Kuda: Diam dan tenang / menggigit rumput - Pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati. Berlari-lari - Pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal (16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini. Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ... Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan: (i) Lari dan bersembunyi di dalam peti? (ii) Lari dan bersembunyi di bawah jambatan? (iii) Lari ke kuda, naik dan pergi? Apa yang akan anda pilih? Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini: Tornado - Masalah dalam hidup anda peti - Anda Jambatan - Kawan-kawan anda Kuda - Pasangan (i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah. (ii) Atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah. (iii) Atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah. Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...