Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua,gemuk.. Tapi tahukan anda semua
wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya
isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan
sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita,
sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni,terpaksa
makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk
anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat2
xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka
membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya,maka dialah yg
akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir.Membazir
tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni
kuat betul makan!"
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum
susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido
lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang
dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak..
Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua.
Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker,aper ker... xkan
nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting,minum air
banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).
4. Dan bagi wanita yang
berkerjaya,sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan
keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan
perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So,wanita pun
membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi
tua..
Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk
adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh
itu,hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari
sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia
sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..
No comments:
Post a Comment