LEH JADI TENGOK JE???

16 September 2014

3 Cara Runtuhan Tamadun.




Ketika orang China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu.

Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka. 
Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini.

Seorang orientalis berkata : kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ;

1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
-Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah.

2. Runtuhkan sistem pendidikan.
-Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar.

3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa.
-Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ulama, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka.

MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI?

Renungan bersama.


Read more >>

04 September 2014

Pembahagian Kek Ekonomi...


UNTUK RENUNGAN :Pemimpin :ketua msyarakat: tok penghulu: pengerusi koperasi: towkey bus pekerja: ketua pelancung:RAKAN2 LAIN. Mungkin ini berguna utk kita semua:

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka...Jom Terjah! 

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan
Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerjadengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada
mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.


Hebahkan kepada anak cucu, saudara mara, sahabat handai dan siapa saja BANGSA MELAYU berkenaan hak kita agar semua sedar.

Asas Perlembagaan Tanah Melayu Malaysia yang kita perlu tahu. Kontrak sosial diasaskan dari 5 hak orang Melayu dan dari situ Perlembagaan Malaysia digubal:

1. Raja Berpelembagaan

2. Agama Islam

3. Bahasa Melayu

4. Hak Istimewa Orang Melayu

5. Kerakyatan

Dari 5 ini orang Melayu berkongsi syarat ke 5 dengan orang Cina dan India. Semasa kontrak sosial dibincang antara kaum Melayu, Cina dan India, British menawarkan kepada kaum Cina dan India sekiranya mereka tidak setuju dengan kontrak tersebut mereka diberi 2 pilihan iaitu:

1. Pulang kenegara asal.

2. Berpindah ke negara Asia dibawah jajahan British.

Jadi sekiranya hak istimewa orang Melayu dipertikai, Agama Islam dihina, institusi Di Raja tidak dihormati, bahasa Melayu dipijak ertinya mereka telah melanggar syarat2 tersebut dan seharusnya Kontrak Sosial itu boleh dibatalkan. Bangsa Melayu punya hak untuk keluarkan mereka dari Negara Malaysia...

UHebahkan kepada anak cucu, saudara mara, sahabat handai dan siapa saja BANGSA MELAYU berkenaan hak kita agar semua sedar.




Read more >>

14 August 2014

Untung Jadi Doktor....

Nikmatnya jadi Doktor

Seorang wanita muda membawa bayi ke Doktor bayi karena kurang zat. Setelah tiba gilirannya, masuklah wanita itu ke bilik doktor yang muda dan tampan.

Di ruang pemeriksaan, Doktor bertanya: "Bayi ini minum susu badan atau susu botol?"

"Susu badan, doktor", jawab si wanita.

"Okey, silakan buka baju ibu", kata si doktor.

Wanita muda itupun menurut. "Saya mau periksa payudara ibu", kata doktor.

Sang doktor pun mulai memegang dan memicit-micit payudara si ibu muda tadi. Tidak keluar air susunya....

Kerana kehairanan, si doktor lalu mengisap kuat-kuat puting susu ibu itu. Tetap tidak keluar juga air susunya........

Setelah beberapa lama, Doktor itu berkata, "Patutlah bayi ini kekurangan zat. Payudara ibu tiada isinya. Air susunya langsung tidak keluar", ujar si Doktor.

Wanita muda itu pun kemudian menjawab sambil senyum simpul tersipu malu, "Saya bukan ibunya, saya amahnya Doktor."


Read more >>

Cerita Cara Pasal Inteview...

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata

Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini.

Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari.

Bagus, satu jawapan yang baik, kata CEO tadi. Kamu pula ? tanyanya kepada calon kedua.

KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip jawab calon kedua.

Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan kata CEO itu.

Bagaimana kamu pula? tanya CEO kepada calon ketiga.

Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas jawab calon ketiga.

Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu? CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT, jawab calon keempat dengan yakin sekali.

Haaa? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.
















Read more >>

07 August 2014

Ni Haaa Pingat Gangsa Yang Di Janjikan....

Read more >>

Jam Tangan Seramik Fossil Kelainan.

SERAMIK lazimnya sinonim dengan barang perhiasan rumah seperti pinggan mangkuk, pasu bunga, jubin mahupun cenderahati. Walaupun bahan berkenaan keras, rapuh dan mudah pecah, seramik mempunyai keunikan tersendiri menyebabkan material itu digunakan untuk membuat pelbagai barangan keperluan harian. 

Sungguhpun seramik dilihat sukar untuk dijaga, jenama aksesori yang tidak asing lagi, Fossil menampilkan kelainan sempena musim panas 2010 dengan menghasilkan koleksi jam tangan diperbuat daripada seramik khusus untuk lelaki dan wanita.

Eksekutif Pemasaran Authenthic Fossil Time (M) Sdn Bhd, Kelly Yip, berkata Fossil jam tangan berkenaan lebih ringan dan tidak mudah calar, tetapi memerlukan penjagaan lebih teliti berikutan ia mudah pecah membuatkan koleksi itu tampak eksklusif dan mewah.

“Penggunaan seramik hanya pada bahagian tali jam dan muka dalam jam. Menariknya, koleksi ini jenis chronograph yang sesuai untuk digayakan ke majlis rasmi saja dan eksklusif saja dengan gaya pakaian seperti blaus untuk acara rasmi.

“Sentuhan vintaj jam tangan itu, dipermodenkan tetapi masih mengekalkan sedikit keaslian tradisional vintaj. Ia sekali gus menepati cita rasa lelaki dan wanita moden yang inginkan kelainan. Keunikan harga koleksi terbaru Fossil kurang daripada harga RM1,000,” katanya ketika ditemui pada majlis Fashion Timeless di Hotel Maya, di ibu kota baru-baru ini.

Acara istimewa itu turut memperkenal pelbagai koleksi jam dan aksesori daripada jenama lain yang bernaung di bawah syarikat berkenaan iaitu Adidas, Armani Exchange, Burberry, Emporio Armani, DKNY, Marc by Marc Jacobs, Rotary serta Zodiac.

Antara lain yang menarik perhatian ialah koleksi jam tangan seramik daripada jenama mewah Burberry, selain material lain seperti keluli dan kulit pada bahagian tali jam, dan diselitkan dengan keindahan emas merah serta emas putih.

Koleksi chronograph Burberry untuk lelaki dan wanita itu juga sesuai untuk mereka yang pentingkan ciri anggun menawan, eksklusif serta nampak mewah. Lebih bergaya apabila jam tangan eksklusif itu dipakai ke majlis formal atau majlis ekslusif tertentu. Untuk koleksi istimewa seramik Burberry bermula pada harga RM4,200 dan ke atas.

Kelly berkata, menarik perhatian generasi muda ialah jenama Armani Exchange yang turut tampil dengan koleksi jam tangan terkini dengan inspirasi lebih moden.

“Koleksi lelaki memfokuskan kepada gaya kasual yang moden dan hip. Rekaannya lebih dominan dengan bekas keluli serta mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan tersendiri.

“Untuk koleksi wanita pula, gaya street-chic yang menjadi inspirasi terkini dan logo driven dengan gaya moden. Koleksi itu digabungkan dengan material lain seperti besi keluli, tali jam kulit dan cuff-type bangles. Koleksi Armani Exchange berharga antara RM499 hingga RM999 boleh didapati di semua butik AX,” katanya.

Selain itu, terdapat beberapa lagi jenama jam tangan yang turut menggunakan bahan seramik antaranya Micheal Kors yang tampak seakan plastik, tetapi diperhebatkan dengan keindahan batu swaroski. Koleksi jam tangan DKNY juga tampil dengan bahan seramik untuk musim kali ini yang tampak lebih eksklusif dengan batu kristal pada bahagian dalamnya.

Menariknya, jam tangan DKNY didatangi dengan pelbagai warna, saiz dan keunikan tersendiri.

Cara penjagaan jam tangan seramik:

1) Letakkan di dalam bekas khas jam tangan supaya tidak mudah calar. Jangan letak atau simpan di dalam bekas yang bercampur dengan koleksi jam tangan lain.

2) Sentiasa gosok atau lap tali jam dan cermin muka jam supaya sentiasa bersinar serta nampak baru.

3) Tidak menggayakan koleksi jam tangan itu untuk acara yang tidak bersesuaian. Jika bersukan, pakai jam tangan yang sesuai untuk bersukan.





Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (RM). 

 INFO: Cara Memilih Model Jam Tangan
·  Jam Chronograph
- sering digunakan untuk mengukur waktu dalam acara perlumbaan. Umumnya memiliki tiga tombol bahagian kanan. Tombol paling atas digunakan untuk mengukur detik yang dapat mengukur kecepatan sampai 1/100 detik. Kemudian tombol tengah berfungsi untuk jam dan minit, sama seperti fungsi pada jam tangan biasa, manakala tombol paling bawah pula berfungsi untuk menghentikan detik yang dinyalakan oleh tombol atas dan membalikkan posisi ke angka 12.
·  Jam Automatik
- Dikenali dengan nama self winding watch, iaitu jam tangan mekanik yang tidak memerlukan bateri untuk menggerakkan jam. Setiap gerakan si pemakai akan menggerakkan sebuah komponen rotor (bentuknya seperti piring) yang selalu berputar pada sumbuk aksis. Rotor itu menghasilkan tenaga yang kemudian disalurkan pada per untuk menyimpan tenaga sehingga jam tangan itu bergerak ketika menggayakannya. Apabila jam tangan itu tidak dipakai jam ini masih tetap hidup sehingga tenaga yang disimpan tadi habis.
·  Jam Analog
- Mempunyai tiga jarum penunjuk waktu iaitu jarum panjang untuk jam, jarum pendek untuk minit sementara dan jarum paling nipis untuk detik.
·  Jam Digital
- menunjukkan waktu dengan angka digital yang menggunakan system LCD (Liquid Crystal Display).
·  Ana-Dig
- Singkatan kepada Analog Digital. Memiliki penunjuk waktu baik secara analog mahupun secara digital.
·  Jam tangan kalis air
- Memiliki ketahanan tertentu pada kedalaman air yang berbeza-beza.
·  Jam tangan Quartz
- Jam tangan ini menggunakan mekanisme kuartza iaitu sejenis kristal quartz yang berfungsi sebagai sumber tenaga jam berkenaan. Keunggulan jam tangan quartz adalah dapat menunjuk waktu dengan tepat dan harganya agak mahal.
·  Jam tangan Sukan
- Biasanya dirancang untuk keperluan berbeza. Misalnya jenis diver untuk digunakan oleh penyelam. Contoh jam tangan diver adalah CX Swiss Military 20.000 Feet Diver, atau jam tangan untuk juru terbang yang memiliki penunjuk waktu untuk banyak negara.
·  Jam tangan mewah
- Lebih eksklusif yang diperbuat daripada material berkualiti tinggi seperti emas, platinum, berlian dan batu berharga lainnya. Untuk mengimbangi penampilan luar, biasanya jam tangan itu menggunakan mesin yang rumit dengan ratusan barang kecil (contohnya: mesin tourbillon) supaya dapat memberi kepuasan kepada pemakai daripada golongan menengah ke atas.
Read more >>

Kalau Malaysia Di Serang... Huhuhuhu

Renungan bersama...


Suatu andaian berkemungkinan berlaku di Malaysia. Tidak mustahil akan berlaku. Cuba kekawan baca dan renung2kan.... Sudahkah kita bersedia ???

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain... Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir... kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai..." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.

Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???

untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.

Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia... AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malays
ia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.
Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...
Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula...

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua... perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan. Membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti...

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silih
berganti... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah... Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara... tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menentang pintu rumah anda... anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda... sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006... diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu... Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak... anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata...

Anda menangis ketakutan...

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati.



Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...