LEH JADI TENGOK JE???

22 May 2009

Di Teluk Senangin, Lumut Perak.

Read more >>

Editor Semasa Sukan

Editor bersama Kontegen ILP Ipoh ke Sukan ILJTM di ILP Kota Baru, Kelantan.
Editor bersama Pasukan ILP Ipoh ketika menyertai Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran ILp Ipoh.
Editor bersama Pasukan ILP Ipoh sebagai tuan rumah 2002 (jersi biru) dan Pasukan All Star kakitangan ILJTM ketika Sukan ILJTM Semalaysia.(selepas perlawanan).
Editor bersama Pasukan Staff ILP Ipoh Tahun 1998 - 2001.
Editor bersama rakan semasa menyertai Sukan ILJTM Semalaysia yang pertama di ILP Gong Badak, Kuala Terengganu tahun 1996.
Read more >>

19 May 2009

Dusun Durian Utem Kampus Induk Durian Tunggal

Semasa di dusun durian Utem Kampus Induk Durian Tunggal.
Read more >>

18 May 2009

Besday Along Dan Adek

Read more >>

13 May 2009

Jamuan Hari Raya d' Pejabat Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka

Kakitangan yang berada di Pejabat Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka. Ada yang dempak, kudut, gelap, cerah, gebu, montok dan sebagainya. Pendekkata.... macam-macam ada.....Semuanya adalah kurniaan Allah Taalah.....
Read more >>

Upin Dan Ipin d' MITC Melaka

Bergambar bersama Upin dan Ipin pada Program Melaka Tourism International Show (MITS) bertarikh 06 Disember 2008 bertempat di Pusat Perdagangan Antarabangsa (MITC) Melaka.
Read more >>

Menyusuri Sungai Melaka

Pemandangan Sungai Melaka pada waktu malam disekitar Eye On Melaka.
Menyusuri Sungai Melaka bersama Isteri dan anak untuk menikmati keindahan malam disekitar Bandar Hilir.
Read more >>

Melaka River Fiesta

WE ARE PROUDLY TO ANNOUNCE!!!
COME ONE ! COME ALL ! TO "MELAKA RIVER FIESTA" FROM 30 MAY 2009 TILL 07 JUNE 2009 LOTS OF EXCITEMENT & FUN ACTIVITIES & EVENTS FOR YOU AND YOUR FAMILY DURING THE ENTIRE WEEK OF FIESTA.....
Read more >>

12 May 2009

99 Cara Menuju Kesempurnaan Iman

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat. 2. Sabar apabila mendapat kesulitan. 3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program. 4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan. 5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan. 6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan. 7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan. 8. Jangan usil dengan kekayaan orang. 9. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang. 10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan. 11. Jangan tamak kepada harta. 12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan. 13. Jangan hancur karena kezaliman. 14. Jangan goyah karena fitnah. 15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri. 16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram. 17. Jangan sakiti ayah dan ibu. 18. Jangan usir orang yang meminta-minta. 19. Jangan sakiti anak yatim. 20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar. 21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil. 22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid). 23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu. 24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid. 25. Biasakan shalat malam. 26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah. 27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat. 28. Sayangi dan santuni fakir miskin. 29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah. 30. Jangan marah berlebih-lebihan. 31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan. 32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah. 33. Berlatihlah konsentrasi pikiran. 34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi. 35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan. 36. Jangan percaya ramalan manusia. 37. Jangan terlampau takut miskin. 38. Hormatilah setiap orang. 39. Jangan terlampau takut kepada manusia. 40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala. 41. Berlakulah adil dalam segala urusan. 42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah. 43. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran. 44. Perbanyak silaturrahim. 45. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam. 46. Bicaralah secukupnya. 47. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya. 48. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu. 49. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur. 50. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin. 51. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga. 52. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan. 53. Hormatilah kepada guru dan ulama. 54. Sering-sering bershalawat kepada nabi. 55. Cintai keluarga Nabi saw. 56. Jangan terlalu banyak hutang. 57. Jangan terlampau mudah berjanji. 58. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah hidupan sementara. 59. bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna. 60. Bergaul lah dengan orang-orang soleh. 61. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar. 62. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu. 63. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita. 64. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan. 65. Sentiasa berlaku baik sesama insan dan apa jua makhluk Allah. 66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya. 67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita. 68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan. 69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan. 70. Jangan melukai hati orang lain. 71. Jangan membiasakan berkata dusta. 72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian. 73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab. 74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan. 75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita. 76. Jangan membuka aib orang lain. 77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita dan lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita. 78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana. 79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan. 80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya. 81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara. 82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain. 83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara. 84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa. 85. Hargai prestasi dan pemberian orang. 86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan. 87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan. 88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita. 89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu. 90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana. 91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita. 92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina. 93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya. 94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban. 95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan. 96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri. 97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan. 98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan. 99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;
Read more >>

Sepupu-Sepapat Beraya d' Rumah Taman Tasik Utama Tahun 2008

Saudara mara dan ahli keluarga yang berada diruangan tengah ke hadapan pintu.
Saudara mara dan ahli keluarga yang berada diruangan meja makan hingga ke ruangan rehat.
Sepupu sepapat lelaki yang hadir d' kediaman kami.
Ahli keluarga dan saudara mara yang hadir berada diruangan tengah.
Sepupu Sepapat dan ahli keluarga yang datang sekaligus serentak d' rumah.
Read more >>

Ostrish Farm Port Dickson

Pergi ke Ostrish Farm Port Dickson, Negeri Sembilan pada 15 Disember 2007.
Read more >>

11 May 2009

Teka Teki

1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman? Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik. 2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki? Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M 3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar? Answer: Kuih salah bikin. 4) Binatang ape power Karate? Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade. 5) Siape yang menemukan dompet kulit? Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye. 7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak? Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK' 8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya? Answer: Pembohong... 9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'? Answer: Usus 10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala? Answer: Kutu rambut 11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat? Answer: Neneknye si katak 12) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila? Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya' 13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik? Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan' - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan' 14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson? Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe 15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas? Answer: Tukang gali kubur 16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya? Answer: Tahi hidung 17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon? Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat... 18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang? Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape... 19) Gajah terbang dengan ape? Answer: Dengan susah payah......
Read more >>

Sambutan Berbuka Puasa d' Hotel Century Melaka pada 29/09/2008

Sambutan Berbuka Puasa d' Hotel Century Melaka pada 29/09/2008 sekeluarga bersama ayahanda Haji. Abu Kasim Bin Mohd dan bonda Hajah Saniah Binti Sagap.
Read more >>

Sambutan Hari Keluarga Jabatan Ketua Menteri Melaka Di Bukit Merah Lake Town Resort

Jabatan Ketua Menteri Melaka telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga dan bermalam di Suria Apartment Resort, Bukit Merah Lake Town, Taiping, Perak Darul Ridzuan Pada tahun 2008.
Read more >>

Negara Matahari Terbit

Read more >>

Malam Minggu d' Menara Taming Sari

Menara Taming Sari yang terletak di Bandar Hilir, Melaka. Ketinggiannya mencapai sehingga........entah lah berapa meter, saya pun tak pasti. Suasana dimalam minggu serta pandangan dari atas mungkin berbeza dengan suasana disiang hari.
Read more >>

08 May 2009

Sepasang Cahaya Mata

Dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Aliff Hafidz yang lahir pada 20 Mei 2002 dan Nur Balqis Hidayah yang lahir pada 8 Mei 2005.
Read more >>

Lawatan Ke Daimler Mercedes

Lawatan Ke Daimler Mercedes di Glenmarie bersama peserta Kursus SLDN. Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia Dan German Malaysia Institut (GMI). Peserta kursus yang menyertai adalah kakitangan awam teknikal gunasama seramai 48 orang.
Read more >>

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua pemohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...." Allahu Akbar !
Read more >>

06 May 2009

Cinta dan Bulan Kelahiran

Penilaian dari pakar yang mengkaji hubungan kasih sayang dan cinta seorang individu mengikut bulan kelahiran. Januari - Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan. - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati. - Sukar setia pada yang satu. - Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya. - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6, 8, 11. - Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini. Februari - Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan. - Amat hormat kepada pasangan. - Amat suka memikat pasangan. - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan. - Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya. - Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu). - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. - Kurang beremosi terhadap pasangannya. - Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya. - Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12. Mac - Mudah menawan hati pasangannya. - Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya. - Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati. - Sangat baik dalam menjaga perhubungan. - Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai. - Persaan cemburu yang minima. - Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya. - Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras. - Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan. - Suka menuduh melulu tanpa usul periksa. - Berprasangka terhadap pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12. - Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini. April - Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan. - Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai. - Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati. - Sentiasa ingin diberi perhatian. - Amat cemburu dalam perhubungan. - Kesetiaan teguh terhadap pasangannya. - Emosi cepat terusik dan mudah terluka. - Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk. - Romantik dan terlalu romantik. - Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai. - Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan. - Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta' seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2. - Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulanini.(Patut le Org Hindustan giler babi jiwang). Mei - Amat mudah jatuh cinta. - Baik dan jujur dalam perhubungan. - Pandai menarik hati pasangan. - Perasaan cinta yang mendalam. - Mudah untuk dipujuk. - Kurang suka untuk sentiasa bersama. - Mudah menerima cinta seseorang. - Pilihan yang tepat dalam berpasangan. - Nekad untuk menjaga hubungan yang baik. - Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control). - Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan. - Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan. - Ambil berat dalam menjaga hubungan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11. Jun - Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan. - Sukar melukai dan memahami hati pasangan. - Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih. - Cerewet dalam hubungan. - Selalu beremosi. - Mudah merajuk dan mudah di pujuk. - Cepat rasa bosan dalam percintaan. - Kurang yakin dalam perhubungan. - Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang. - Elok untuk menjadi Ibu yang baik. - Dahagakan pujian dari pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8. Julai - Amat suka didampingi pasangan. - Sukar dimengerti oleh pasangan. - Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. - Amat mudah dipujuk dan berterus terang. - Amat menghargai kesetiaan pasangan. - Mengambil berat dan mengasihi pasangan. - Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai, - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Suka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7. Ogos - Tidak serius dalam perhubungan. - Mengambil mudah dalam perhubungan - Kesetiaan di ragui. - Pandai memujuk pasangan - Suka memimpin pasangan. - Romantik, Pengasih dan Penyayang. - Kelam kabut dalam perhubungan. - Sering bertukar pasangan. - Sukar mencari pilihan yang tepat. - Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima. - Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12. - Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini September. - Bersopan dalam hubungan. - bertolak ansur terhadap pasangan. - Suka mengkritik pasangan. - Sangat prihatin terhadap pasangan. - Sangat sensitif dan emosi - Pandai memahami pasangan. - Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan. - Amat memilih pasangan. - Sukar melupakan sekiranya hati terluka. - Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11. Oktober - Amat suka berkomunikasi dengan pasangan. - Suka disayangi dan menyayangi pasangan. - Sopan terhadap pasangan. - Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan. - Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. - Sukar menerima pandangan pasangan. - Emosi yang mudah terusik. - Pengasih, Penyayang terhadap pasangan. - Cemburu dan terlalu cemburu. - Romantik. - Memahami pasangan. - Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12. - Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini. November - Banyak helah dalam menghadapi pasangan. - Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan. - Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa. - Degil dan engkar dengan pasangan. - Tidak suka dikongkong oleh pasangan. - Mudah ambil berat terhadap pasangan. - Tidak menghargai perhubungan. - Sambil lewa dalam perhubungan. - Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung. - Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan. - Kurang menghargai pasangan dan hal-hal percintaan. - Kurang bersama dengan pasangan. - Pasangan Ideal: 4, 7. Disember - Pemurah terhadap perhubungan. - Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama. - Tergesa-gesa dalam perhubungan. - Suka didampingi oleh pasangan. - Benci dikongkong. - Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki). - Suka mempengaruhi pasangan. - Curang dalam percintaan. - Kurang berkerjasama dengan pasangan. - Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru. - Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.
Read more >>

Doa Sewaktu Bersujud Dan Keistimewaannya

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...