LEH JADI TENGOK JE???

27 April 2012

I Am A Servant...



Aku seorang hamba...
layakkah aku bersikap angkuh dan sombong dengan kekayaan, 
kebijaksanaan yang dipinjamkan sedangkan aku hanya seorang hamba?
layakkah aku bersikap meninggi diri dan berasa lebih mulia serta lebih baik 
sedangkan aku hanya seorang hamba?
layakkah aku berasa marah keatas sesuatu yang bukan milikku, 
sedangkan aku hanya seorang hamba?

sedarlah wahai diri, kehidup
an di dunia bukanlah untuk dibangga-banggakan
kerana diriku hanyalah seorang hamba
harta kekayaan, wang yang melimpah ruah, anak-anak yang ramai, 
rumah yang selesa, kereta yang mewah, 
pangkat yang besar, dan apa sahaja yang dirasakan hak kepunyaan aku
semuanya bukan hak milikku dan tidak layak pun untuk aku memilikinya
hatta diriku sendiri, bukanlah milik sesiapapun
dan juga, bukanlah milikku
kerana...

aku hanyalah seorang hamba
hamba kepada Al-Khaliq, Pencipta bagi alam semesta
Yang Maha Kaya lebih dari yang kaya raya di dunia
Yang Maha Kuat, lebih dari yang paling kuat di dunia
Yang Maha Berkuasa, lebih dari yang paling berkuasa di dunia
ALLAH swt

Astaghfirullah!
Istighfarlah wahai diri
Sedarlah wahai diri
Sedarkah wahai diri
Sedarlah wahai diri...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...