LEH JADI TENGOK JE???

30 August 2011

Salam Aidilfitri dan Hari Merdeka

Ke hadapan Ayahanda, Ibunda, Anakanda, Cucunda, Kakanda, Adinda serta
'Anda'
seperti tajuk di atas, 

Kawananda ingin mengucapkan  
 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 

&

Selamat Hari Merdeka
 
Salam Aidilfitri dan Hari Merdeka...

Ketupat Sahaja Yang akan disediakan... Rendang Sila Bawa Sendiri...
Mohon Maaf 
Sekiranya ada
Tersilap kata-kata
Terkasar bahasa
Tersepak tak sengaja
Mengutuk dengan kata-kata
Terperli-saja saja
Atau apa-apa saja 



HARAPLAH SANGAT DI AMPUNKAN!!!
 
YAAA AMPUUUNN...



HUBUNGI RAKAN DAN SANAK SAUDARA DENGAN

LINK INI

 

time for salah
Read more >>

Sticky Post : Jom tambahkan FOLLOWER!

Assalamualaikum rakan2 sekalian. 
Dalam usaha untuk meluaskan suara blog yang ditulis, 
Mari join segmen yang menarik ini, 
Marilah kita semua join ya. 
Selamat join segmen INI, 
Selamat menambah rakan2 
dan 
Selamat follow saya 
dan 
Saya follow anda semula. 


time for salah
Read more >>

28 August 2011

Hukum Dan Pengertian Faraid

Walaupun hukumnya adalah jelas WAJIB, namun realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (Laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Begitu juga mengikut laporan KWSP, lebih daripada RM70 juta wang KWSP tidak dituntut oleh waris. Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan mereka yang berhak dan layak tidak mendapat bahagian mereka. Ini juga bermakna sistem faraid tidak berjalan dengan baik pada ketika ini. Timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini? Adakah imam, ustaz, ustazah atau diri kita yang harus dipersalahkan dan seterusnya menanggung dosa????

Di samping itu begitu banyak kes berlakunya pertelingkahan dan perselisihan di kalangan umat Islam kerana merebut harta pusaka sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah di atas. Lebih malang dan amat menyedihkan ada yang menyebut bahawa ALLAH tidak adil dalam menentukan bahagian faraid.
PENGERTIAN FARAID
Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

HUKUM BERKENAAN FARAID
Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.
Di dalam surah An-Nisa' ayat 11-13 telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.
Maksud surah An-Nisa' (ayat 14):
"Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentuan-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan".
Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH, maka ALLAH akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.
Peringatan:
Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:
  • Memakan harta anak yatim
  • Memakan harta saudara-mara
  • Memakan harta Baitulmal
time for salah
Read more >>

25 August 2011

Apa Ada Dengan Buffered Earnings?


Selepas Cash Out Semakin Banyak BE...

Ok, hari ni aku nak cerita sikit bagai mana nak dapatkan duit lebih dengan Buffered Earnings. 

Seperti yang anda tahu, Nuffnang ada menyediakan perkhidmatan Buffered Earnings kepada blogger mereka. 

Buffered Earnings ini boleh dikatakan pihak pengiklanan akan membeli beberapa set unique visitor dengan Nuffnang untuk iklan mereka muncul di website – website blog yang lain. 

Sebab itulah, traffic begitu penting untuk menjana duit sampingan di internet. 

Tiada traffic, tiadalah visitor nak click iklan dalam blog anda. Bila tak ada orang click, maka tak dapatlah duit. 

Tapi ramai orang kebanyakan click iklan mereka sendiri, so berhati-hatilah korang, cara itu adalah tidak digalakan dan 100% untuk duit anda kena “ban” adalah tinggi.


time for salah
Read more >>

Aku Anak Malaysia Merdeka


Sering kali kedengaran laungan… 

“Aku Anak Malaysia” “Aku Anak Malaysia” “Aku Anak Malaysia” 
“Aku Anak Malaysia” “Aku Anak Malaysia” “Aku Anak Malaysia” “Aku Anak Malaysia” 

Lagu dendangan DR SAM “Saya Anak Malaysia” yang sering kali kedengaran bagi memupuk semangat Anak Malaysia. Biasa didengari. 

“Aku Anak Merdeka” “Aku Anak Merdeka” “Aku Anak Merdeka” “Aku Anak Merdeka” 
“Aku Anak Merdeka” “Aku Anak Merdeka” “Aku Anak Merdeka” 

Belum lagi didengari. 

Namun apabila digabungkan maka jadilah

Aku Anak Malaysia Merdeka

Jomm... semua join contest SEO Aku Anak Malaysia Merdeka.
 

ATAU

DISINI

Sambutan bulan kemerdekaan telah pun bermula, inilah masanya untuk rakyat Malaysia berbilang bangsa mempamerkan semangat patriotik dan rasa cinta kepada negara. Bukan dengan cara paksaan tetapi secara sukarela menyambut hari kelahiran Malaysia sebagai negara yang sudah merdeka... sudah MERDEKA untuk kali ke-54 tahun.. 

JOM JADI LAH ANAK MALAYSIA YANG MERDEKA. 

  1. KURAST
  2. NORHAINI
  3. SKYFUAD
  4. IKIE
  5. HANNA



time for salah
Read more >>

21 August 2011

Najrah Collection "Tudung Dan Selendang" Untuk Hari Lebaran.

Lokasi di Permatang Pasir Melaka.
Papan tanda Geleri Najrah.

Antara hasil tudung dan selendang yang dijahit sendiri di Geleri Najrah.

Kualiti tudung dan selendangnya antara yang terbaik. Boleh bandingkan hasil dan harganya dengan Ariani. Memang santekkk dan berbaloi-baloi.

time for salah
Read more >>

Di Masjid Selat Melaka Banda Hilir.

Mercu Tanda Selat Melaka.

Menangis tak mau bergambar.

Tenungan makrifat.

Semetara menunggu waktu berbuka.




time for salah
Read more >>

19 August 2011

Unta Menjadi Hakim...???

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." 

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." 

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." 

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."


Rasulullah s.a.w bersabda,
"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku." Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.
Read more >>

Himpunan Calligraphy Bismillah .. Volume 5


Read more >>

18 August 2011

Meningkatkan Traffik Blog


Bagi sesetengah blog yang kurang mendapat traffik, tentunya anda tercari-cari bagaimana cara berkesan untuk meningkatkan traffik blog anda. Terdapat banyak cara untuk meningkatkan traffik. Salah satunya disini.

Sila layari dan klik sini

Jadi sekarang, ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk kita tingkatkan traffik blog kita. Cara ini sangat mudah dan senang. Pastinya anda tidak akan kecewa dengan cara ini.

Langkah pertama teknik meningkatkan traffik blog...

Sila layari dan klik sini

Langkah seterusnya teknik meningkatkan traffik blog...

Kemudian akan terpapar satu website. Anda boleh scroll terus ke bawah jika anda tidak mahu membaca satu persatu arahan diberi untuk tingkatkan traffik blog anda. Kemudian anda akan jumpa perkataan “Sign Up For Free”. Akan terpapar sebanyak 6 Ad. 6 Ad tersebut hendaklan anda buka satu persatu sebab akan ada code kunci bagi setiap website.

Sila layari dan klik sini

Ok, lepas tu kena buat ape lagi untuk meningkatkan traffik blog...

Lepas anda dapatkan 6 code tersebut barulah anda isi borang di bawah Ad itu tadi. Dia akan hantar email pengesahan kepada anda dan satu email untuk anda log-in. Kemudian sila LOG.IN dan anda akan dapat URL anda sendiri. Kemudian anda boleh la promote URL itu di blog anda untuk menjana traffik yang tinggi. Sangat mudah tutorial ini. Jadi semoga traffik blog anda akan terus meningkat selepas ini.

Sila layari dan klik sini
.
Read more >>

Perihal Tempat Di Melaka.

Untuk pengetahuan... Melaka memang banyak tempat yang dimulakan dengan nama 'bukit'. Antaranya Bukit Baru, Bukit Senggeh, Bukit Beruang. Dari banyak-banyak bukit tu saya memilih 'Bukit Senggeh' sebagai yang paling unik kerana tak dapat nak dibayangkan camne bukit boleh senggeh... Mungkin si pencipta nama tempat ni ternampak bentuk bukit tengah tersenggeh ketika beliau sedang melepas hajat di kawasan berhampiran kot... Ha ha ha... gurau je... Selain bukit ada juga tempat yang menggunakan nama raja buah iaitu kampung aku Durian Daun (Bandar Melaka) dan Masjid Tanah. Ada 2 tempat nama sama tetapi lokasinya jauh dan juga Durian Tunggal... Durian Tunggal yang lebih unik sebab menunjukkan betapa susahnya orang dulu nak dapat durian kat tempat tu… Padang Kambing.. Ha ha ha.. Tempat ni berada di dalam kawasan Durian Tunggal... Mungkin masa dulu-dulu zaman Parameswara ianya menjadi tempat perindustrian kambing kot... Pernah ke nampak orang jual Petai kat Sungai??? Dalam zaman moden kini tak nampak lagi tapi mungkin zaman-zaman dulu kawasan Sungai Petai, Alor Gajah ni pernah menjadi tempat import dan eksport petai.. Samalah juga dengan Sungai Rambai, Jasin yang meng'import dan eksport' buah rambai keserata dunia kot.. Mungkin pelik juga kalau tengok dalam paya ada rumput.. Tapi itulah nama tempat di dua daerah yang dinamakan 'Paya Rumput'. Mungkin dulu banyak rumput dikawasan paya sehingga menjadi tempat pembiakan lembu kot.. Ada lagi kawasan di Negeri Melaka yang popular dan kawasan perindustrian selain Ayer Keroh ialah Batu Berendam.. Apa yang menarik sangat batu yang direndam??? Kalau kuih badak berendam tu sedaplah... Tapi itulah antara tempat yang agak ramai orang dan bakal menjadi tempat singgahnya Kapal Terbang Boeing dan Airbus... Huhuhuhu.. Nasiblah sapa duduk kat sana… Mesti banyak pencemaran bunyi… Lagi kawasan sempadan antara negeri Melaka dan Negeri Sembilan.. Ops bukan Tampin ye... Tapi nama ni kureng elok didengar iaitu 'Batang Melaka'... Huhuhuhuhu. Tak nak komen bebanyak... Malu pun ada… Kemenangan untuk tempat pertama sudah pastinya jatuh kepada 'Kandang', Ayer Molek, Melaka... Huhuhuhuhu... Insan mana yang baik hati ntah yang bagi nama kampung kandang... Bayangkan kalau ada kawan bertanya 'Eh S, ko tinggal mana?'. Mesti tersipu-sipu si S nak beritau nama kampungnya kan... huuuuu... jangan marah... sekadar gurauan...
time for salah
Read more >>

15 August 2011

Minyak Dan Zaitun...

Minyak Zaitun

Di sediaan 2 jenis, satu dalam bentuk minyak (asal) kedua pula dalam bentuk soft gel. Minyak Zaitun untuk kegunaan makan / ubat ialah dari jenis extra virgin olive oil. Ciri istimewa dalam Minyak Zaitun HPA ialah kerana ia dari negara para ambia’ (Syiria).

Minyak berkualiti tinggi sangat diperlukan terutama untuk masalah saraf seperti kebas-kebas di hujung jari. Keistimewaan Minyak Zaitun sangat dirasai kerana ia di sebut Allah berkali-kali dalam Al- Quran. Dos yang mencukup untuk sekali pengambilan ialah 3 sudu besar / 3 kali sehari.

Darah tinggi, ketumbuhan di payu dara dan buasir antara penyakit yang sangat berkesan dengan terapi Minyak Zaitun. Satu lagi Minyak Zaitun sangat baik juga untuk program detox (pembuangan racun dihati) InsyaAllah.

Minyak Zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan Minyak Zaitun untuk kesihatan.

Antara kandungan Minyak Zaitun adalah fenol, sterol, pigmen dan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.
Buah Zaitun di pokok.


Bunga Zaitun sedang mengembang.
Daun Zaitun.
Pokok Zaitun sederhana tua.
Pokok Zaitun tua.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
·         Membantu mengatasi masalah darah tinggi
·         Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
·         Merendahkan tahap kolestrol berbahaya
·         Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
(pembuluh darah tersumbat dan sempit) 
·         Mengurangkan risiko serangan kanser
·         Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
·         Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
·         Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik           (khasnya bagi kanak-kanak) 
·         Menyihatkan kulit dan rambut
·         Antioksidan - Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
·         Membekal vitamin E
·         Kegunaan massage terapi



time for salah
Read more >>

13 August 2011

Pehhh... Jenuh Nak Abiskan Kupon Ni....






Kentuky Fried Chiken, Ayamas Dan Pizza Hut.

Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...