LEH JADI TENGOK JE???

21 July 2012

Benarkah Manusia Dapat Melihat Masa Depan?


Manusia BOLEH melihat masa lalu tapi tidak BOLEH melihat kejadian masa depan. Tapi beberapa orang diketahui BOLEH melihat masa depan meskipun kadang terlihat atau terdengar aneh. Benarkah seseorang BOLEH melihat masa depan?

Kondisi seseorang yang BOLEH melihat peristiwa masa depan atau sesuatu yang belum terjadi disebut dengan extrasensory perception atau ESP. Sebahagian orang mungkin berpikir hal tersebut berawal dari mimpi yang akhirnya menjadi kenyataan atau memiliki firasat tertentu.

Seperti dikutip dari bacaan Healthland.Time, Khamis (13/1/2011) kondisi ini menimbulkan tarikan tersendiri bagi banyak orang terutama ilmuwan.

Tapi penelitian psikologi dalam skala besar menemukan hasil bahwa orang yang BOLEH melihat masa depan (extrasensory perception/ESP) adalah nyata.

ESP adalah indra khusus diluar penglihatan, pendengaran, sentuhan, penciuman dan rasa. Tidak seperti indra biasa lainnya, ESP memiliki jangkauan yang hampir tidak terbatas dan terutama dialami oleh pikiran dibanding sensasi tubuh.

Hasil ini berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Profesor Cornell. Studi ini dilakukan lebih dari satu dekad dengan melibatkan lebih dari 1000 mahasiswa. Partisipan diminta untuk menilik gambar di balik tirai yang menyembunyikan suatu foto.

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).

Istilah ESP ini diciptakan pada tahun 1934 oleh profesor JB Rhine dari Duke University, ia merupakan ilmuwan pertama yang melakukan penelitian mengenai paranormal di laboratorium universiti.

Para ahli memiliki teori bahwa ESP adalah energi yang bergerak dari satu titik ke titik lainnya. Biasanya energi ini berbentuk gelombang elektromagnetik seperti cahaya, radio dan energi X-ray.

Kajian Howstuffworks, kemampuan ESP ini merupakan gabungan dari berbagai kemampuan yang berkenaan dengan indra atau fenomenal lainnya. ESP sendiri ada beberapa jenis yaitu:
  1. Telepati, kemampuan untuk membaca pikiran orang lain.
  2. Clairvoyance, kemampuan untuk 'melihat' kejadian atau objek yang terjadi di tempat lain.
  3. Precognition, kemampuan untuk melihat masa depan.etrocognition, kemampuan untuk melihat masa lalu yang jauh.
  4. Mediumship, kemampuan untuk menyalurkan roh-roh orang yang sudah meninggal.
  5. Psikometri, kemampuan untuk membaca informasi tentang seseorang atau suatu tempat dengan menyentuh benda fisik.
  6. (ver/ir)
Read more >>

Kebudayaan Arab Dikalangan Melayu.

Ramadhan kembali lagi, sedar tak sedar cepat sungguh masa berlalu. Rasanya seperti baru semalam kita merayakan aidilfitri.

Ertinya, masa terus bergerak meninggalkan kita.

Umat Islam bergembira menyambut kehadiran bulan yang mulia ini. Setiap tahun kita akan mendengar azam untuk kearah kebaikan.

Habis saja Ramadhan, kita terlupa dan kembali ke perangai lama.

Dua hari lalu, saya ke sebuah pusat membeli-belah yang lama di Shah Alam.

Terkejut apabila sebaik sahaja masuk dari pintu hadapan, sudah terlihat jualan murah Hari Raya.

Sudah pasti si penjual ini bijak dan memahami selera pengunjung.

Baju kurung, baju Melayu, songkok semuanya ada. Itu tidak mengapa kerana itu memang pakaian tradisi.

Budaya Arab

Yang turut dijual dalam jualan murah hari raya adalah jubah-jubah untuk lelaki dan perempuan.

Dari mana datangnya trend ini?

Jika anda membuat pemerhatian terhadap masyarakat kita hari ini, orang-orang Melayu sudah mula meninggalkan kebudayaan mereka.  Mereka kini mula mentransformasikan diri merea untuk menjadi orang Arab.

Jubah-jubah Arab mula popular dikalangan orang-orang Melayu yang merasakan jubah adalah pakaian Islam.

Begitu juga sanak dan saudara saya yang tidak terlepas dari fenomena ini.

Mereka-mereka ini akan terkejut jika ke pusat-pusat hiburan di Dubai apabila melihat di disko dan kelab malam juga jubah digunakan oleh orang-orang Arab sambil meminum minuman keras.

Ini semua berlaku kerana kurangnya kefahaman dan tidak tahu membezakan diantara Islam dan Arab.

Tidak hairanlah mengapa orang-orang Melayu lebih fokus dengan tajwid apabila membaca Al-Quran daripada memahami isinya.

Tidak ada bezanya dengan burung kakak tua yang boleh mengulangi percakapan manusia.

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).

Beza Islam dan Arab

Walaupun Muhammad S.A.W itu diturunkan di tanah Arab, Islam dan kebudayaan Arab itu merupakan dua hal yang berbeza.

Ini yang gagal difahami oleh majoriti orang Melayu di Malaysia.

Mereka mengerjakan Haji dan Umrah. Pulang ke tanah air membawa budaya Arab dan bukannya nilai-nilai Islam.

Sebab itu anda boleh melihat hari ini, politik Melayu itu sendiri telah bertukar ganas sepertimana yang berlaku di tanah Arab yang sudah diketahui umum keras dan ganas.

Jangan terkejut melihat ceramah politik diserang kerana di tanah Arab lebih dari itu lagi.

Jika penyakit menjadi Arab ini tidak dibendung, Malaysia akan menuju kepada kehancuran kerana politik akan menjadi lebih ganas lagi dari apa yang berlaku hari ini.

Lihatlah restoran-restoran Arab yang tumbuh bagai cendawan di seluruh Negara mengalahkan masakan-masakan tempatan.

Tidak lama lagi, hilanglah masakan Muar, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sabah dan Sarawak terlepas dari bala ini kerana kurangnya Melayu disana.

Melayu akan melupakan budaya mereka sepertimana mereka pernah melupakan sejarah awal dimana Melayu pernah menjadi Buddha dan Hindu.

Hari ini, sejarah negara tidak banyak menceritakan tentang tanah ini ketika dizaman kerajaan Buddha dan Hindu. 

Yang banyak diceritakan adalah Melaka kerana dianggap sebagai kerajaan Islam.


Semoga Ramadhan kali ini membuka fikiran umat Islam di Malaysia. Pisahkan Islam dan Arab kerana keduanya berbeza.


Beribadatlah dengan tekun sehingga dapat membuang kesombongan dalam diri supaya lebih mengenali Allah.


Nasihat ini dituju kepada diri saya terlebih dahulu barulah kepada pembaca sekalian.
Read more >>

18 July 2012

Realiti Motosikal Yamaha 135LC

Nama lain bagi LC135 pautan disini.

Ramai bersetuju yang motosikal Yamaha 135LC lebih laju daripada motosikal model lain secara amnya. Disebabkan kapasiti enjin yang besar iaitu 135cc, 135LC dikatakan oleh pemiliknya mampu memecut sehingga 160 km sejam. Lebih dasyat ada yang mengatakan sehingga 180 km sejam. Secara logiknya, motosikal kapchai standard tidak dicipta untuk memecut terlalu laju, kecuali motosikal tersebut telah diubahsuai secara intensif, itu pun masih sukar untuk mencapai kelajuan sehingga 180 km sejam.

Ini realiti sebenarnya. Meter kelajuan di mana-mana jenis atau model motosikal kapcai di negara kita telah diset lebih ringan oleh pihak pengeluar, tidak kira apa alasan sekalipun. Jika sesebuah 135LC itu mampu memecut sehingga 160 km sejam, realiti sebenarnya hanyalah setakat 120 km sejam atau 140 km sejam sahaja. Mungkin lebih rendah dari itu. Ini adalah berdasarkan pengalaman dari penulis sendiri yang pernah memiliki beberapa jenis model motosikal di samping pengalaman dari rakan-rakan lain.

Pihak pengeluar motosikal mempunyai alasan tersendiri mengapa keadaan sebegitu terjadi dan faktor keselamatan penunggang selalunya menjadi keutamaan. Jika ada mana-mana pihak yang mempertikaikan fakta tersebut, mereka boleh melakukan ujian sendiri dengan memandu kereta. Kelajuan meter yang tepat adalah dari meter mana-mana kereta kerana undang-undang telah menetapkan kereta mempunyai had laju tertentu di jalan raya utama di seluruh dunia.

Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD).

Jika sesebuah kereta memecut sehingga 140 km sejam atau 160 km sejam, kelajuannya amat terasa, tetapi jika sesebuah 135LC memecut pada kelajuan tersebut, tahap kelajuannya masih terasa kurang dan perlahan. Perkara yang sama terjadi pada mana-mana motosikal yang memecut sehingga 120 km sejam, realitinya kelajuan tersebut dirasakan terlalu perlahan dan tidak sepadan dengan apa yang dipaparkan di meter kelajuan.

Pengeluar motosikal sentiasa mempromosikan motosikal keluaran mereka mempunyai teknologi penjimatan petrol yang terkini, mungkin sebab itulah kelajuan sebenar motosikal mereka terpaksa dikurangkan. Bagi mengimbangi kekurangan tersebut, mereka telah menjadikan meter motosikal keluaran mereka lebih ringan dan memberikan kesan visual psikologi kepada pemiliknya. Yang penting di sini ialah keselamatan penunggang itu sendiri. Biar meter laju walaupun motosikal tidak, yang penting keselamatan penunggang terjamin.

Pernah test ngan Vulcan... meter sama semasa bersaing di jalanan...   
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...