LEH JADI TENGOK JE???

26 March 2011

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Lima jenis bentuk Gangguan Seksual: 1. Gangguan Secara Lisan: contohnya: kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual. 2. Gangguan Secara Isyarat/Bukan Lisan: contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan. 3. Gangguan Visual: contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah. 4. Gangguan Psikologi: contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan. 5. Gangguan Fizikal: contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual. Petua Untuk Menghindari Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1. Bekerja secara professional, kita perlu dapat membezakan mana hal-hal yang bersifat pribadi dan umum serta apa yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan di tempat kerja. 2. Mengelak ‘Stay-Back’, bekerja sendirian selepas waktu kerja sehingga malam hari. Sekiranya terpaksa, pastikan kehadiran kita diketahui oleh orang lain. 3. Berpakaian yang sopan sesuai dengan suasana tempat kita bekerja. Kita perlu dapat membezakan antara pakaian menjolok mata dengan yang menyejukkan mata. 4. Berperilaku dan berbicara sopan ketika berkomunikasi dengan rakan sekerja. 5. Bersikap ramah dan bersahabat, keramahan bukan bermakna kita bertutur dengan cara menggoda dan kita perlu menghindari gaya bicara manja dan genit. 6. Jika kita mengetahui ada rakan sekerja yang cenderung ke arah melakukan gangguan seksual baik dari gaya percakapannya mahupun secara tingkahlakunya; maka adalah lebih baik berkomunikasi dengannya hanya untuk tujuan pekerjaan sahaja. 7. Menghindari berdua-duaan dengan rakan lelaki di tempat yang sepi.. 8. Jika kita merasa ada gurau-senda atau jenaka yang sudah menjurus ke arah lucah, adalah perlu kita menyatakan ketidaksukaan kita terhadap jenaka tersebut. 9. Jika kita merasa ada rakan sekerja yang melakukan gangguan seksual di tempat kerja, kita perlu melaporkan kelakuannya kepada pihak atasan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...