LEH JADI TENGOK JE???

21 May 2010

Perempuan Yang Kalau Boleh Jangan Kahwin Dengannya

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Read more >>

20 May 2010

Mengintai Di Celah Batu

Read more >>

Up Town MITC Ayer Keroh Dilancarkan Pada Awal Mei 2010

Read more >>

3 Bulan Nak Masuk 4 Bulan

Read more >>

Perut Mual

Ketika badan kita tidak sihat kerana masuk angin misalnya, perut terasa mual dan loya hendak muntah. Untuk mengatasi masalah tersebut cuba ambil beberapa ulas bawang putih dan dihiris-hiris nipis. Kemudian dicampur dengan gula melaka atau gula kabung yang telah dihiris-hiris. Adunkan sama rata dan campurkan pula dengan air limau nipis sama rata. Minumlah (makan) adunan tadi dan rasa mual anda akan hilang. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Like Mother Like Daughter

Read more >>

Penyembuh Luka

Tumbuk bawang merah dan gula pasir hingga menjadi satu. Tampalkan ramuan tersebut pada bahagian yang luka. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Singgah Sebentar Di Kuala Kemaman Beli Kopok

Read more >>

Menyimpan Perkakas Dapur Supaya Tidak Berkarat

Perkakas-perkakas dapur seperti sudu, garpu dan sebagainya boleh berkarat kalau disimpan lama. Supaya ia tidak berkarat, sebelum menyimpan hendaklah dicuci dahulu dan dikeringkan sehingga ianya betul-betul kering. Kemudian sapukan sedikit minyak kelapa hingga rata dan bungkuslah dengan menggunakan kain atau kertas yang bersih. [Dipetik dari Pelita Brunei]
Read more >>

Kursus Di INTAN Kemaman Pada 11-13 Mei 2010

Read more >>

Menyembuhkan Demam

Ambillah segenggam daun betik. Tumbuklah hingga halus dan saring airnya dengan sehelai kain (diperah dan ambil patinya). Kemudian air pati itu diminum. Insya-Allah, dalam jangka masa 12 jam kita akan merasa perubahannya. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Program Bubur As-Syura ILP Ledang

Read more >>

17 May 2010

Cendaramata Untuk PM

Sempena Majlis sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 8 Mei 2010, ILP Ledang telah terpilih untuk merekabentuk cenderamata untuk YAB Perdana Menteri Malaysia. Rekabentuk cenderamata adalah berkonsepkan World Class Workers di mana ia terdiri daripada replika pekerja, replika logo 1 KSM, replika menara, replika tapak yang berbentuk poligon segi enam dan replika globe yang membawa makna kumpulan pekerja Malaysia yang berkelas dunia bekerjasama ke arah pertumbuhan ekonomi yang gemilang dengan mendukung dan melaksanakan prinsip-prinsip 1 Malaysia.
Penyediaan cenderamata melibatkan beberapa proses serta penglibatan semua bengkel di ILP Ledang. Antara bahan-bahan yang di gunakan adalah terdiri dari mild steel plate untuk replika pekerja, aluminium bar untuk replika menara dan replika 1 KSM, stainless steel ball untuk replika globe, brass plate untuk peta dan acrylic plate untuk replika tapak cenderamata.
Read more >>

10 May 2010

Besday Aqish Yayah ke 5 tahun Pada 08/05/2010

Read more >>

08 May 2010

Besday Bonda Durian Daun 01/05/2010 Dikelilingi Cucu-Cucunya

Read more >>

06 May 2010

Tatabahasa Dan Tanggungjawab

KITA diminta bersimpati.... Kita juga diminta meraikan..... Kita juga minta diraikan..... Tetapi kita juga diajar jangan terlalu emosi. Kerana kita kena faham bahawa setiap pokok pasti ada pangkalnya, baru kita menjadi orang berakal agar tidak menjadi keterlaluan. Inilah yang dilalui oleh kebanyakan manusia.
Jika berlaku sesuatu kejadian seperti.... meraikan sesuatu majlis atau kemalangan kecil di jalan raya ianya bukanlah tragedi. Mati minum Paraquat pun bukan tragedi. Ia sekadar kejadian yang menyedihkan. “Tragic” dalam bahasa Inggeris. Tragis kata bahasa Indonesia yang kita guna pakai. Tragedi, dalam pengertian asalnya adalah drama atau sandiwara yang kesudahannya menyayat atau menyakitkan hati umpama Uda dan Dara, Romeo dan Juliet. Peristiwa yang menyedihkan tidak semestinya tragedi. Ia boleh menjadi komedi yang menjadi bahan lawak jenaka..... Atau mungkin mempunyai rancangan yang tidak baik. Tetapi apa nak buat.... Kebanyakannya telah berlaku dan mungkin akan berlaku. Banyak istilah asing apabila diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atau diserapkan ke dalam bahasa Melayu, lain pula maksud dan pengertian yang diberikannya.. Jadi masyarakat melayu hanya menggunakannya tanpa usul dan periksa. Saya pun tidak faham, apabila perkataan “ori” khabarnya diterima pakai oleh DBP bagi membawa erti asli atau original. Emotional atau emosi sudah jadi “emo”. Bahasa Inggeris, sepanjang pengetahuan saya, tidak pula menyingkatkan original menjadi ori atau emotional menjadi emo. Yang guna ori dan emo ni remaja. Tetapi orang tua pun sudah terikut-ikut oleh rentak anak-anak. Satu Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu. Itu kata Perlembagaanlah. Tetapi kerana terbawa-bawa dengan bahasa Inggeris, maka berburuk sangka walaupun detikan dihati kecewa disangkakan “frust”. Maka ramailah yang “frust” lantas bunuh diri, memukul anak bini, membunuh suami, lari dari tanggungjawab, mengambil madat, lari dari rumah, sindir-menyindir dan macam-macam lagi. Yang akhirnya akan memecahbelahkan sesebuah organisasi. Namun ramai lulusan universiti menyangka “frust” itu adalah perkataan Inggeris untuk kecewa atau hampa. Jadi apabila di beri pada mereka kamus Oxford dan meminta mereka mencari perkataan “frust”, namun mereka terpinga-pinga kerana tidak dijumpai. Istilah sebenar Inggeris adalah “frustration”.
Read more >>

Fadhilat Bercium???

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan... .... Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan byk penyakit. Apa sj keuntungn bciuman bg kesihatan?
* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jtung makin cepat hingga 110 degupn jantung per min. * Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru. * Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi. * Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress. lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu! 1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan. Hidupnya rata2 memiliki waktu 5 thn lebih lama dr yg tdk melakukn rutin ini. 2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri. 3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah 3x per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu mhilangkan berat badan. 4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress. 5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah. 6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah Dan kolesterol. 7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut. 8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang mbantu mengurangi sakit.
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...