Sempena Majlis sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 8 Mei 2010, ILP Ledang telah terpilih untuk merekabentuk cenderamata untuk YAB Perdana Menteri Malaysia. Rekabentuk cenderamata adalah berkonsepkan World Class Workers di mana ia terdiri daripada replika pekerja, replika logo 1 KSM, replika menara, replika tapak yang berbentuk poligon segi enam dan replika globe yang membawa makna kumpulan pekerja Malaysia yang berkelas dunia bekerjasama ke arah pertumbuhan ekonomi yang gemilang dengan mendukung dan melaksanakan prinsip-prinsip 1 Malaysia.
Penyediaan cenderamata melibatkan beberapa proses serta penglibatan semua bengkel di ILP Ledang. Antara bahan-bahan yang di gunakan adalah terdiri dari mild steel plate untuk replika pekerja, aluminium bar untuk replika menara dan replika 1 KSM, stainless steel ball untuk replika globe, brass plate untuk peta dan acrylic plate untuk replika tapak cenderamata.
No comments:
Post a Comment