LEH JADI TENGOK JE???

13 October 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Kompleks Wisma Negeri

Majlis Sambutan Hari Raya anjuran bersama diantara pejabat yang ada dikompleks ini. Antaranya ialah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri, Pejabat Daerah Melaka Tengah, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Pengairan Dan Salairan Negeri, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Perbadanan Hang Tuah Jaya. Diadakan dihadapan Kompleks Wisma Negeri Melaka, Ayer Keroh.

Gambar kenangan kakitangan di bahagian Unit Hasil, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Melaka semasa majlis ini.
Read more >>

08 October 2009

Anjing-Anjing Neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan : · Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu / muslimin. · Bacalah Al-Qur'an. · Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. · Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. · Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. · Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. · Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. · Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. · Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. · Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya." Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
Read more >>

07 October 2009

Cahaya Mataku D' Pagi Hari Raya

Read more >>

06 October 2009

Kenapa Wanita Cepat Tua & Cepat Gemuk???????

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk... Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis.. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2. 2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!" 3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. Kalau yang dengar pun buat2 tido lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA. 4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua... Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

Read more >>

05 October 2009

Awas Si Pemakai Cincin

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad SAW. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari... 1] Jari Manis 2] Jari Kelingking(anak jari) dan jangan memakai pada jari 1] Jari Tengah 2] Jari Telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ianya adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Read more >>

30 September 2009

Anak Buah Yang Balik Beraya D' Kampung Durian Daun

Read more >>

Berbuka Puasa D' Masjid Selat Bersama Kakitangan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka

Suasana selepas berbuka di Masjid Selat yang terletak di Bandar Hilir, Melaka bersama anak dan isteri .
Suasana selepas solat tarawih di Masjid Selat yang terletak di Bandar Hilir, Melaka bersama Kakitangan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka.
Read more >>

28 September 2009

Bunga Api Ohh Bunga Api.........Di Durian Daun Melaka

Anak-anak dan anak buah sedang bermain bunga api di halaman rumah di kampung Durian Daun Dalam, Melaka.
Read more >>

15 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mata kadang kala salah melihat.... Mulut kadang kala salah bercakap.... Hati kadang kala salah menduga..... Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada.... Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan. hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami, harapan hati bertatap langsung, cuma teks ini........... Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu taubat tertutup, mohon maaf zahir dan batin....
Read more >>

14 September 2009

Dodol..... Ohh....... Dodol......

Suasana malam semasa Program Mengacau Dodol di Kampung Durian Daun, Melaka 11 September 2009. Suasana yang meriah pada malam berkenaan turut dihadiri seramai lebih kurang 50 hingga ke 60 orang ahli belia 4B berlarutan sehingga waktu sahur.

Read more >>

Bunga Api Ohh Bunga Api.........Di Alai Melaka

Muhammad Aliff Hafidz dan Nur Balqis Hidayah bermain bunga api bersama-sama sepupunya di Alai.

Read more >>

09 September 2009

Kenali Tangan Kita......

Read more >>

08 September 2009

Bila Lelaki Menjadi Dayyus?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :- 1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.. 2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar. 3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat. 4) Membiarkan anak perempuannya ber "dating" dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya. 5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa "spoting" yang memahami. 6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah. 7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram. 8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali. 9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna. 10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya. 11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. 12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. 13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu. 14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda : من قتل دون أهله فهو شهيد Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Read more >>

07 September 2009

02 September 2009

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi). Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (AL Muddatsir : 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Read more >>

27 August 2009

Kenali H1N1

Apa Itu H1n1?
Viral novel influenza type a h1n1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu “selsema burung h5n1” yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan Virus Swine Flu “yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja” dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan dan manusia. Semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dari manusia kepada manusia. Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah viurs yang ‘air born’, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 - 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan Sistem Pengudaraan ‘air ventilation’ yang baik...akan bebas dari virus tersebut.
Apa Yang Perlu Tahu Tentang Asal-Usul Virus Ini
Sebenarnya telah terdapat ‘outbrake’ di US sebelum terjadi ‘outbrake’ di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan ‘outbrake’ ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetuslah outbrake di Mexico. Virologi Virus H1N1
‘Incubation period’ yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat-lewatnya pada hari ke - 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk. Cara
Serangan Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.
Siapa Yang Berisiko ·Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
·Perempuan yang mengandung
·Orang yang ada astmatic
·Orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani pembedahan yang besar, kanak yang belum cukup suntikan imunisasi dan golongan yang rendah tahap imuniti eg. Hiv ext.) * kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan di atas. Simptom / Tanda – Tanda Hari per1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya. Hari ke2 - Selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)Hari ke3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas.Hari ke4 - Sakit dada yg teruk........jumpa doktor dngan segera.......Hari ke5 & lebih - Lung collapse @ koma Langkah2 Kawalan 1. Golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'.
4. Jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan).
5. Jika kurang sihat dan ada ili ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn Hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).
6. Untuk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7. Jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan Rawatan.
8. Jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' sahaja. Dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia dan mengambil masa 6 jam untuk ‘run test’ kpd 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. Sama2lah kita berdoa kpd allah s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin……..Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari kem. Kesihatan m'sia Di pan pasific klia pada 01.08.2009.
Read more >>

25 August 2009

Mertua Menjalani Ibadah Umrah Dari 12 Ogos - 26 Ogos 2009

Read more >>

11 August 2009

Kursus Plastic Mould Design

Semasa makan di Johnny's Summit
Selepas tamat kelas
Read more >>

07 August 2009

Rahsia Bantal

Memeluk Bantal Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan. Menggunakan Banyak Bantal Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. Tidur Dengan Satu Bantal Mereka bukan jenis mengada-ngada & boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata2. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha. Tidur tanpa Bantal Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. Tidak punya bantal Kasihan betul... pergi kedai belilah satu...........
Read more >>

27 July 2009

Majlis Akikah Dan Cukur Jambul Anak Buah

Majlis berlangsung d' Taman Paya Mas pada Ahad 26 Julai 2009. Anak buah yang bernama Muhamad Zakuan Rayyan Bin Mohd Marwan.
Read more >>

Minggu Silaturahim Institut Latihan Perindustrian Ledang Sesi 2/2009

Read more >>

Bbq D' Rumah Mertua Beralamat D' Km 7.6

Menjamu selera dengan hidangan bbq.

Mertua sedang melayan kerenah cucu-cucunya.

Mari bersama-sama membakar sehingga hangitttttt.

Bbq yang berlangsung di rumah mertua pada hari Sabtu 18 Julai 2009 di Lot 304-A sempena sambutan ulang tahun bonda mertua yang ke 63 tahun. Acara bermula selepas Solat Maghrib dan selesai pada jam 11 malam. Pelbagai hidangan seperti ikan, udang, sotong, ayam dan kambing. Suasana sememangnya meriah kerana semua ahli keluarga iaitu Ameer Hamzah Bin Hj. Ikhlas sekeluarga (Sulong), Zulfidar Binti Hj. Ikhlas sekeluarga (Kedua) dan Hirda Izyanti Binti Hj. Ikhlas sekeluarga (Bongsu) turut hadir. Turut dijemput jiran terhampir, sepupu sepapat terdekat antaranya ialah saudara Shuib Bin Harun sekeluarga, saudari Norazlin Binti Hj. Taib sekeluarga dan saudara Akramuddin Bin Abd Aziz sekelurga iaitu setiausaha 2 Umno Bahagian Kota Melaka.

Read more >>

03 July 2009

Pepaham Sendiri

Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...