LEH JADI TENGOK JE???

27 August 2009

Kenali H1N1

Apa Itu H1n1?
Viral novel influenza type a h1n1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu “selsema burung h5n1” yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan Virus Swine Flu “yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja” dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan dan manusia. Semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dari manusia kepada manusia. Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah viurs yang ‘air born’, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 - 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan Sistem Pengudaraan ‘air ventilation’ yang baik...akan bebas dari virus tersebut.
Apa Yang Perlu Tahu Tentang Asal-Usul Virus Ini
Sebenarnya telah terdapat ‘outbrake’ di US sebelum terjadi ‘outbrake’ di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan ‘outbrake’ ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetuslah outbrake di Mexico. Virologi Virus H1N1
‘Incubation period’ yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat-lewatnya pada hari ke - 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk. Cara
Serangan Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.
Siapa Yang Berisiko ·Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
·Perempuan yang mengandung
·Orang yang ada astmatic
·Orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani pembedahan yang besar, kanak yang belum cukup suntikan imunisasi dan golongan yang rendah tahap imuniti eg. Hiv ext.) * kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan di atas. Simptom / Tanda – Tanda Hari per1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya. Hari ke2 - Selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)Hari ke3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas.Hari ke4 - Sakit dada yg teruk........jumpa doktor dngan segera.......Hari ke5 & lebih - Lung collapse @ koma Langkah2 Kawalan 1. Golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'.
4. Jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan).
5. Jika kurang sihat dan ada ili ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn Hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).
6. Untuk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7. Jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan Rawatan.
8. Jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' sahaja. Dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia dan mengambil masa 6 jam untuk ‘run test’ kpd 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. Sama2lah kita berdoa kpd allah s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin……..Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari kem. Kesihatan m'sia Di pan pasific klia pada 01.08.2009.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...