SERAMIK lazimnya sinonim dengan barang perhiasan rumah
seperti pinggan mangkuk, pasu bunga, jubin mahupun cenderahati. Walaupun bahan
berkenaan keras, rapuh dan mudah pecah, seramik mempunyai keunikan tersendiri
menyebabkan material itu digunakan untuk membuat pelbagai barangan keperluan
harian.
Sungguhpun seramik dilihat sukar untuk dijaga, jenama aksesori yang tidak asing lagi, Fossil menampilkan kelainan sempena musim panas 2010 dengan menghasilkan koleksi jam tangan diperbuat daripada seramik khusus untuk lelaki dan wanita.
Eksekutif Pemasaran Authenthic Fossil Time (M) Sdn Bhd, Kelly Yip, berkata Fossil jam tangan berkenaan lebih ringan dan tidak mudah calar, tetapi memerlukan penjagaan lebih teliti berikutan ia mudah pecah membuatkan koleksi itu tampak eksklusif dan mewah.
“Penggunaan seramik hanya pada bahagian tali jam dan muka dalam jam. Menariknya, koleksi ini jenis chronograph yang sesuai untuk digayakan ke majlis rasmi saja dan eksklusif saja dengan gaya pakaian seperti blaus untuk acara rasmi.
“Sentuhan vintaj jam tangan itu, dipermodenkan tetapi masih mengekalkan sedikit keaslian tradisional vintaj. Ia sekali gus menepati cita rasa lelaki dan wanita moden yang inginkan kelainan. Keunikan harga koleksi terbaru Fossil kurang daripada harga RM1,000,” katanya ketika ditemui pada majlis Fashion Timeless di Hotel Maya, di ibu kota baru-baru ini.
Acara istimewa itu turut memperkenal pelbagai koleksi jam dan aksesori daripada jenama lain yang bernaung di bawah syarikat berkenaan iaitu Adidas, Armani Exchange, Burberry, Emporio Armani, DKNY, Marc by Marc Jacobs, Rotary serta Zodiac.
Antara lain yang menarik perhatian ialah koleksi jam tangan seramik daripada jenama mewah Burberry, selain material lain seperti keluli dan kulit pada bahagian tali jam, dan diselitkan dengan keindahan emas merah serta emas putih.
Koleksi chronograph Burberry untuk lelaki dan wanita itu juga sesuai untuk mereka yang pentingkan ciri anggun menawan, eksklusif serta nampak mewah. Lebih bergaya apabila jam tangan eksklusif itu dipakai ke majlis formal atau majlis ekslusif tertentu. Untuk koleksi istimewa seramik Burberry bermula pada harga RM4,200 dan ke atas.
Kelly berkata, menarik perhatian generasi muda ialah jenama Armani Exchange yang turut tampil dengan koleksi jam tangan terkini dengan inspirasi lebih moden.
“Koleksi lelaki memfokuskan kepada gaya kasual yang moden dan hip. Rekaannya lebih dominan dengan bekas keluli serta mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan tersendiri.
“Untuk koleksi wanita pula, gaya street-chic yang menjadi inspirasi terkini dan logo driven dengan gaya moden. Koleksi itu digabungkan dengan material lain seperti besi keluli, tali jam kulit dan cuff-type bangles. Koleksi Armani Exchange berharga antara RM499 hingga RM999 boleh didapati di semua butik AX,” katanya.
Selain itu, terdapat beberapa lagi jenama jam tangan yang turut menggunakan bahan seramik antaranya Micheal Kors yang tampak seakan plastik, tetapi diperhebatkan dengan keindahan batu swaroski. Koleksi jam tangan DKNY juga tampil dengan bahan seramik untuk musim kali ini yang tampak lebih eksklusif dengan batu kristal pada bahagian dalamnya.
Menariknya, jam tangan DKNY didatangi dengan pelbagai warna, saiz dan keunikan tersendiri.
Cara penjagaan jam tangan seramik:
1) Letakkan di dalam bekas khas jam tangan supaya tidak mudah calar. Jangan letak atau simpan di dalam bekas yang bercampur dengan koleksi jam tangan lain.
2) Sentiasa gosok atau lap tali jam dan cermin muka jam supaya sentiasa bersinar serta nampak baru.
3) Tidak menggayakan koleksi jam tangan itu untuk acara yang tidak bersesuaian. Jika bersukan, pakai jam tangan yang sesuai untuk bersukan.
Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (RM).
INFO: Cara Memilih Model Jam Tangan
· Jam Chronograph
- sering digunakan untuk mengukur waktu dalam acara perlumbaan. Umumnya memiliki tiga tombol bahagian kanan. Tombol paling atas digunakan untuk mengukur detik yang dapat mengukur kecepatan sampai 1/100 detik. Kemudian tombol tengah berfungsi untuk jam dan minit, sama seperti fungsi pada jam tangan biasa, manakala tombol paling bawah pula berfungsi untuk menghentikan detik yang dinyalakan oleh tombol atas dan membalikkan posisi ke angka 12.

· Jam Automatik
- Dikenali dengan nama self winding watch, iaitu jam tangan mekanik yang tidak memerlukan bateri untuk menggerakkan jam. Setiap gerakan si pemakai akan menggerakkan sebuah komponen rotor (bentuknya seperti piring) yang selalu berputar pada sumbuk aksis. Rotor itu menghasilkan tenaga yang kemudian disalurkan pada per untuk menyimpan tenaga sehingga jam tangan itu bergerak ketika menggayakannya. Apabila jam tangan itu tidak dipakai jam ini masih tetap hidup sehingga tenaga yang disimpan tadi habis.

· Jam Analog
- Mempunyai tiga jarum penunjuk waktu iaitu jarum panjang untuk jam, jarum pendek untuk minit sementara dan jarum paling nipis untuk detik.
- Mempunyai tiga jarum penunjuk waktu iaitu jarum panjang untuk jam, jarum pendek untuk minit sementara dan jarum paling nipis untuk detik.
· Jam Digital
- menunjukkan waktu dengan angka digital yang menggunakan system LCD (Liquid Crystal Display).
- menunjukkan waktu dengan angka digital yang menggunakan system LCD (Liquid Crystal Display).
· Ana-Dig
- Singkatan kepada Analog Digital. Memiliki penunjuk waktu baik secara analog mahupun secara digital.
- Singkatan kepada Analog Digital. Memiliki penunjuk waktu baik secara analog mahupun secara digital.
· Jam tangan kalis
air
- Memiliki ketahanan tertentu pada kedalaman air yang berbeza-beza.
- Memiliki ketahanan tertentu pada kedalaman air yang berbeza-beza.
· Jam tangan Quartz
- Jam tangan ini menggunakan mekanisme kuartza iaitu sejenis kristal quartz yang berfungsi sebagai sumber tenaga jam berkenaan. Keunggulan jam tangan quartz adalah dapat menunjuk waktu dengan tepat dan harganya agak mahal.

· Jam tangan Sukan
- Biasanya dirancang untuk keperluan berbeza. Misalnya jenis diver untuk digunakan oleh penyelam. Contoh jam tangan diver adalah CX Swiss Military 20.000 Feet Diver, atau jam tangan untuk juru terbang yang memiliki penunjuk waktu untuk banyak negara.

· Jam tangan mewah
- Lebih eksklusif yang diperbuat daripada material berkualiti tinggi seperti emas, platinum, berlian dan batu berharga lainnya. Untuk mengimbangi penampilan luar, biasanya jam tangan itu menggunakan mesin yang rumit dengan ratusan barang kecil (contohnya: mesin tourbillon) supaya dapat memberi kepuasan kepada pemakai daripada golongan menengah ke atas.

No comments:
Post a Comment