Melalui pembacaan saya, di zaman Rasulullah seorang wanita yang bernama Atiqa merupakan seorang wanita yang dikhabarkan oleh Rasulullah kepada puterinya, Fatimah sebagai berakhlak tersangat mulia sehingga membuatkan Fatimah teringin mengetahui bagaimana mulianya wanita itu.
Lalu Fatimah mengunjungi Atiqa.
Kali pertama mengunjungi Atiqa, Fatimah tidak dibenarkan memasuki rumahnya malah diminta pulang saja sebab suami Atika tidak ada dan keizinannya pun tidak diperolehi. Atiqa berjanji akan memberitahu hal itu kepada suaminya.
Kali kedua, Fatimah membawa seorang anaknya Hussein@Hasan. Beliau juga tidak dibenarkan masuk kerana keizinan suami hanyalah untuk Fatimah seorang dan bukan bersama anaknya.
Kali ketiga barulah Fatimah dibenarkan masuk. Beliau mendapati wanita itu menyediakan air minuman dan rotan sambil menunggu kepulangan suaminya.
Apabila si suami balik, Fatimah mendapati dia menyambutnya dengan begitu baik sekali.
Memberi minum sehingga sehingga hilang dahaga dan dia menyelak kainnya untuk tatapan suami. Bertanya pada suaminya sama ada inginkan dirinya.
Fatimah tertanya-tanya apa guna rotan itu, katanya itulah bagi suaminya merotan dirinya jika layanan diberikan tidak memuaskannya.
No comments:
Post a Comment