Homestay
Program homestay mula diperkenalkan di peringkat nasional pada tahun
1995 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
Homestay merupakan di antara cabang-cabang pelancongan desa yang dapat
memperkenalkan aktiviti sukan, permainan dan kebudayaan tradisional
masyarakat Malaysia.
Definisi Homestay
Homestay adalah gabungan perkataan Bahasa Inggeris iaitu home dan stay.
Dalam Bahasa Inggeris perkataan home membawa maksud rumah manakala stay
bererti tinggal.
Melalui konsep homestay ini, pelancong akan tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan seterusnya berpeluang mengecapi cara hidup seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan Malaysia secara langsung.
Konsep Program Tinggal Bersama adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru untuk pelancong dalam industri pelancongan negara Malaysia.
Program homestay berbeza konsep kemudahan penginapan sederhana yang lain di mana pelancong tidak tinggal bersama dengan keluarga.

Homestays In Melaka
Homestay Kampung Morten,
Melaka.
Homestay Kampung Tambak Paya, Melaka.
Homestay Kampung
Pulai Merlimau, Melaka.
Homestay Kampung Parit Penghulu Jasin, Melaka.
Homestay Kampung Seri Tanjung Alor Gajah, Melaka.
Homestay Kampung Ayer Limau, Masjid
Tanah, Melaka.
Syarat-Syarat Penyertaan
- Lokasi rumah
- Di kawasan yang sesuai dari segi perhubungan dan pengangkutan.
- Bebas dari pencemaran alam.
- Dapat memaparkan cara hidup masyarakat di Malaysia.
- Kemudahan asas
- Keluasan rumah yang sesuai.
- Mempunyai bilik berasingan sekurang-kurangnya tiga bilik.
- Bilik mandi, tandas, ruang makan, ruang tamu yang bersih dan selesa.
- Menyediakan makan minum yang selamat dan lain-lain keperluan tetamu.
- Kebersihan
- Persekitaran rumah yang bebas dari sampah dan pembiakan haiwan pembawa penyakit.
- Sistem kumbahan dan perparitan yang baik.
- Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia
- Mengikuti kursus Asas Pelancongan Desa anjuran INFRA/Kementerian Pelancongan Malaysia.
- Lulus pemeriksaan rumah oleh KPL, PBT, KK, Tourism Malaysia, Persatuan Homestay Malaysia, JKKK/Penyelaras Homestay.
No comments:
Post a Comment