LEH JADI TENGOK JE???

28 April 2011

Pokok Sempadan Di Tebang...

Tindakan kontraktor sebuah projek membina hotel di Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini menebang beberapa batang pokok berusia ratusan tahun amat dikesali Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Ahli Majlisnya, Mohd. Yusof Abu Hassan berkata, pokok-pokok yang mempunyai nilai sejarah itu sepatutnya dilindungi dan dipulihara bersesuaian dengan kedudukannya di Zon Penampan Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008. “Saya kesal dengan perbuatan syarikat kontraktor yang menebang lima batang pokok di tanah lapang di antara Jalan Merdeka dan Jalan Parameswara berhampiran Hotel Equatorial di sini kerana ia dilakukan secara haram. “Salah satu batang pokok yang ditebang itu dikenali sebagai angsana berusia ratusan tahun yang menjadi tanda sempadan laut sebelum Banda Hilir ditambak antara yang telah ditebang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam. Mohd. Yusof memberitahu, tindakan menebang pokok terbabit oleh syarikat kontraktor swasta itu tidak pernah mendapat sebarang kelulusan daripada Jabatan Perancang Bandar, MBMB,” ujarnya
.

1 comment:

  1. Tak guna! Argh! geram tol! Tu pokok angsana tu payah nak hidup! Beratus tahun punya lama nk hidup, tak sampai satu jam dah kena tebang..

    Sama macam Penjara Pudu, tempat skit punya fotogenetik..haii..ape nk buat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...