LEH JADI TENGOK JE???

06 April 2011

Ada Pam... ??? Paham Tak... ??? Tak Paham...

Nak cakap pasal bahasa sket... Secara peribada saya nk cuba nilai loghat yang saya boleh la pakai (at least boleh la cakap sesikit) 1. Kecek Klate - Memang tak bleh.. hahak Ramai geng orang klate gak. 2. Cakak Ganu - Loghat dah ok, mungkin istilah tertentu tak tau. Ramai geng orang terenganu. 3. Cakap Utagha - Ramai member orang utagha lagipun bahasa yang paling senang nk ikut. Mungkin istilah tertentu yang jarang di pakai je tak tahu. 4. Cakap KL - no hal punyer. 5. Klakar Srawak - setakat borak2 boleh la. Bagi saya bahasa sarawak bukan di kategorikan loghat tetapi bahasa. Sebab vocab dia memang byk tak sama (cthnya Klakar = cakap, sik = tidak, auk = ya, memang berlainan). Kayu pengukur bahasa yang selalu digunakan ialah “Ular Melingkar Atas Pagar” saya rasa mungkin masih raleven. Cuba kita kaji, * Melaka - Ulau Melingkau Atas Pagau. * Utara - Ulaq Melingkaq atas pagaq. * Kelantan - Ula melika atah paga. * Terengganu - Ulo melika atah pago. * Sarawak - Saya blank... heheh... Sekadar infomasi je... kalu salah tulun betulkan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...