LEH JADI TENGOK JE???

04 June 2010

Derhaka Seorang Ayah Kepada Anak

Selalu di dengar kisah anak derhaka sama ada kepada ibu atau bapa, dan umum sudah mengetahui bahawa balasan anak derhaka ialah neraka, dan Allah S.W.T tidak pernah memungkiri janji Nya. Bagaimana pula kes penderhakaan ibubapa kepada anaknya sendiri?. Adakah ada atau wujud kes-kes sebegini? Di zaman Khalifah Umar Al-Khattab, seorang bapa datang berjumpa Saidina Umar Al-Khattab dengan katanya “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya anakku telah derhaka kepada ku”. Lalu Khalifah Umar Khattab memanggil anak yang derhaka itu dan bertanya kenapa kamu derhaka kepada ayahmu. Anak itu tanya Khalifah Umar Al-Khattab apa tanggungjawab bapa kepada anak. Maka Khalifah Umar Al-Khattab baritahu bahawa tanggungjawab bapa kepada anak itu empat perkara iaitu :- (1) Kahwin dengan wanita yang baik. (2) Menamakan anaknya dengan nama yang baik. (3) Mendidik anaknya supaya menjadi baik. (4) Mengahwinkan anaknya. Maka anak itu bagitahu Khalifah Umar Al-Khattab bahawa ke empat-empat perkara itu tidak ditunaikan oleh ayahnya. Anak itu seterusnya baritahu Khalifah Umar Al-Khattab:- (1) Ayahnya kahwin dengan pelacur yang jadi ibunya sekarang ini. (2) Ayahnya menamakannya “Kelawar Jantan”. (3) Ayahnya tidak memdidik dia. (4) Ayahnya tidak mengahwinkan dia. Maka Khalifah Umar Al-Khattab tanya bapa itu tadi “Betulkah begitu wahai bapa budak”. Bapa budak itu menundukkan kepalanya. Justeru itu, kamulah dulu yang derhaka kepada anakmu. Renung-renungkanlah wahai sekalian bapa-bapa semua. Aris Ariwatan dalam lagunya ‘Satu’ cuba menyampaikan mesej tersebut di mana setiap manusia, mempunyai peranan dan amanah tersendiri, sebagai manusia kepada Pencipta, kepada ibubapa, kepada anak-anak dan juga kepada masyarakat sekeliling. Cuba kita hayati lirik lagu itu......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...