LEH JADI TENGOK JE???

08 March 2010

Majlis Pertunangan Sepupu D' USJ Subang

Read more >>

Majlis Perkahwinan Sepupu D' Pulai

Read more >>

Menghilangkan Bau Petai

Sesudah makan petai, segera cari beras kunyah hingga lumat, tidak perlu ditelan. Bau petai yang semerbak itu akan lenyap dari mulut. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Menghilangkan Bau Durian

Selesai makan durian, kulitnya jangan dibuang. Taruhkan air pada kulit sebelah dalam. Kemudian air itu digunakan untuk membasuh tangan atau minum sahaja air tersebut. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Rehat Seketika.....Tengok Betul-Betul.....

Read more >>

Helikopter Control

Baru je main 3 bulan.....abish dak telokop...... Al maklum le buatan china.....
Read more >>

Menghalau Pijat

Jika anda makan durian, kulitnya jangan dibuang. Letakkan di bahagian bawah katil atau tempat yang dijangka ada pijat. Bagi sesiapa yang tidak tahan dengan bau durian bolehlah digantikan dengan kulit limau manis. Insya-Allah setelah 4-5 hari, anda akan dapat melihat banyaknya pijat yang mati. Sebahagian lagi tentu lari dari sarangnya kerana tidak tahan dengan bau durian dan kulit limau. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Menghaluskan Kulit

Untuk mendapatkan kulit yang halus, ambil 5-6 daun petai cina. Kemudian ramas hingga keluar airnya. Setelah itu digosokkan pada seluruh badan ketika mandi. Biarkan selama seminit dan bersihkan badan dengan air. Lakukan 2 hingga 3 kali dalam seminggu. Jika badan anda terasa gatal, jangan teruskan kerana ia tidak sesuai dengan jenis kulit anda. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Melebatkan Rambut

Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam jantan. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Kincir Angin Dari Kipas Syiling Rosak

Kipas yang rosak jangan dibuang..... Buang motornya aje yang berat tu.....telah diwarnakan dan bilahnya dipotong pendek supaya dapat mengurangkan beratnya...
Read more >>

Menghalau Nyamuk

Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Mengelakkan Beras Berkutu

Ada tiga cara, iaitu dengan menyimpan beberapa pelepah daun limau purut; dengan menyimpan beberapa pelepah daun buah belimbing yang dibersihkan dahulu dan dikeringkan; atau dengan menyimpan tiga atau enam biji lada kering. [Dipetik dari Pelita Brunei]
Read more >>

Memilih Ikan Yang Baik

Antara petua memilih ikan yang baik ialah :- [a] Mata ikan terang, warna hitam pada bola matanya tidak bercampur warna lendir. [b] Sisik ikan tidak banyak yang gugur. [c] Bila badan ikan itu ditekan dengan jari, daging ikan itu kembali seperti kedudukan semula/asal. [d] Tidak terdapat luka pada badan ikan tersebut. [e] Warna insang/insangnya masih dilapisi lendir asli. [f] Badannya tidak berbau. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Kembung Perut atau Senudung

Sirih dan pinang digunyah halus lalu disemburkan ke perut anak anda sambil membarutkannya. Ini diamalkan setiap malam ketika anak itu masih kecil lagi. [Dipetik dari Pelita Brunei]
Read more >>

Hilangkan Gatal Gigitan Nyamuk

Ambil sebatang rokok, buangkan kertas pembalut tembakaunya. Campurkan tembakau tersebut dengan air, ramas dan sapukan pada bahagian yang gatal digigit nyamuk atau binatang kecil. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Hidung Bayi Tersumbat

Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garam itu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akan tidur nyenyak dan tidak meragam. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

04 March 2010

Class Mate Aku - Kenit Artworking Di Pahlawan Walk

Hasil lukisannya.
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...