LEH JADI TENGOK JE???

25 June 2009

Kelebihan Minyak Lavender

KES I
Pernah tak kita travel dan dah sampai tempat yang di tuju.
Bila cuba nak tidur (waktu malam) kita tak boleh tidur. Keluh resah macam ada benda tak kena. Puas pusing keliling tapi tak mahu tidur. Walaupun kita dah penat driving berjam-jam tapi masih tak mahu lena ataupun terlelap. Ini selalu terjadi kalau kita pergi tidur di environment yang baru atau tempat kita pergi buat program seperti Perhimpunan Musim Sejuk atau Musim Panas. Yang peliknya ianya berlaku pada malam pertama dan kedua sahaja...kemudian kita boleh tidur macam biasa, kejut pun payah nak bangun.

KES II
Kadang-kadang apabila kita travel...tengah kita syok di buai mimpi, kita di jaga oleh kanak kanak menangis. Buatlah apa-apa pun tapi si anak kecil masih menangis hingga ibu dia pun dah malu dan hampir give up nak pujuk. So apa solution untuk kedua kes ini......Saudara dan saudari sekelian mungkin telah mendengar atau membaca kaedah aromatheraphy. Yang paling mudah adalah apabila kita berdepan dengan masaalah ini ialah dengan menghidu minyak LAVENDER. Ianya boleh menyegarkan pemikiran kita dan boleh dapat menidurkan kita. Tapi AWAS minyak ini mungkin sensitif pada kulit, so jangan bagi kena kulit, so... letakkan pada tisu dan cium. Untuk masalah kes II mudah aje...sapu minyak pada kolar baju kita dan mintak dukung budak itu...insyaalah dia akan tertidur..tak tahulah medical Dr yang ada dalam net ini mungkin mempunyai pemikiran yang lain tentang teknik ini. So... kat mana nak dapatkan minyak ini. Ianya boleh dibeli kat kedai yang menjual natural product atau kat pharmacy.


Sebenarnya orang tua-tua kita dah banyak guna teknik aromatheraphy ini. Contohnya dalam banyak minyak urut kat malaysia umpamanya kita ada terbaca kandungannya adalah minyak kayu putih... ini sebenarnya adalah minyak eucalyptus.Dimasa yang lain kita biasa menyapu VICKS kat dada anak-anak bila selsema. Kandungan utama VICKS ini adalah eucalyptus...bukan itu sahaja minyak CAP KAPAK pun mempunyai kandungan yang sama...ini bermakna instead nak cari brand tu kalau kita tak dapat kita boleh dapatkan kat kedai natural shop. Dan mungkin para medical Dr boleh menjawab ini... kita berikan yang orang yang arif untuk menjawab.....


Mungkin di lain masa saya boleh menulis tentang sejarah aromatheraphy ini... Next insyaallah saya akan bagi petua untuk menyegarkan dan menghilang rasa mengantuk especially waktu tengahari lepas makan... Adakah minyak yang boleh di gunakan untuk menghilang rasa mengantuk pada waktu tengahari atau minyak yang "refreshing"????


Selalunya ketika cuaca panas macam sekarang di hemisphere utara pada waktu tengahari bila sudah makan kita akan merasa mengantuk...especially for those yang makan heavy lunch macam nasi...atau pada waktu petang kita rasa lembik...(tak larat atau tak bermaya atau rasa longlai...jadi macamana nak refresh kan diri....Teknik nya mudah aje iaitu dengan meletakkan atau menghidu minyak "BASIL".
Ada dua cara yang kita bolehlaku kan...

  • Mandi berendam dengan air yang telah dititik dengan minyak ini. Mungkin di BODYSHOP kita boleh beli bebuli bubble bath yang mengandungi minyak ini. Tapi kalau tiada mungkin dimasa yang lain saya terpaksa terang kan resipinya bagi sesiapa yang berminat. Sebab minyak-minyak ini kadang sensitif bagi kulit dan menimbulkkan 'rashes'

  • Kita letak pada kolar baju atau renjiskan pada tisu. Minyak ini sesuai di gunakan sebagai air freshner di bilik pejabat dan kat dalam kereta...tambah-tambah apabila kita rasa mengantuk driving...kerana ianya dapat menyegarkan (Refresh). Selamat mencuba. Aromatherapy telah diterima sebagai perubatan alternative di Britain. Ia merupakan kaedah yang relatively selamat. Walaupuntidak banyak kajian saintifik yang di publish dalam medical journals mengenai kesan dan kesan sampingannya, ia bebas di jalankan walaupun di hospital-hospital NHS di negara ini.Antara cara ia bertindak ialah dengan merangsang saraf melalui deria bau di hidung dan saraf sensori di paru-paru. Iamerangsang tindakbalas di otak untuk mengeluarkan pelbagai bahan kimia natural antara yang paling poten ialah "endorphin" (Endogenous Morphine). Endorphine mempunyai kekuatan berlipat kali ganda dari morphine yang disuntik. Tak hairanlah jika seseorang akan merasa segar, tenang dan boleh melupakan masalah kehidupan sehingga terlena.Ana ingin memesan agar kita tak terlalu ghairah. Kalau guna sekali sekala Alhamdulillah. Tapi kalu selalu, takut ketagih. Tentu saudara-saudari pernah dengar orang ketagih minyak cap kapak, Vicks dan sebagainya. Sebab itu ia lebih di recommend kepada orang yang sedang recover dari penyakit sebagai langkah sementara.Hanya sebagai pendapat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...