LEH JADI TENGOK JE???

30 June 2009

Honey Moon D' Sarawak dan Singgah Sebentar D' kalimantan Barat

Membeli serba sedikit buah tangan semasa memasuki sempadan Kalimantan - Sarawak.
Semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak untuk berangkat balik ke Semenanjung.
Read more >>

Sekeluarga Bergambar

Sekeluarga bergambar kenangan bersama Ayahanda Hj. Abu Kasim dan Hjh Saniah selepas selesai kenduri doa selamat di rumah adik (berbaju hitam belang putih) . Cuma ketidakhadiran adik sekeluarga sahaja iaitu yang bertugas di PDRM Kok Lanas, Kelantan.
Read more >>

25 June 2009

Kelebihan Minyak Lavender

KES I
Pernah tak kita travel dan dah sampai tempat yang di tuju.
Bila cuba nak tidur (waktu malam) kita tak boleh tidur. Keluh resah macam ada benda tak kena. Puas pusing keliling tapi tak mahu tidur. Walaupun kita dah penat driving berjam-jam tapi masih tak mahu lena ataupun terlelap. Ini selalu terjadi kalau kita pergi tidur di environment yang baru atau tempat kita pergi buat program seperti Perhimpunan Musim Sejuk atau Musim Panas. Yang peliknya ianya berlaku pada malam pertama dan kedua sahaja...kemudian kita boleh tidur macam biasa, kejut pun payah nak bangun.

KES II
Kadang-kadang apabila kita travel...tengah kita syok di buai mimpi, kita di jaga oleh kanak kanak menangis. Buatlah apa-apa pun tapi si anak kecil masih menangis hingga ibu dia pun dah malu dan hampir give up nak pujuk. So apa solution untuk kedua kes ini......Saudara dan saudari sekelian mungkin telah mendengar atau membaca kaedah aromatheraphy. Yang paling mudah adalah apabila kita berdepan dengan masaalah ini ialah dengan menghidu minyak LAVENDER. Ianya boleh menyegarkan pemikiran kita dan boleh dapat menidurkan kita. Tapi AWAS minyak ini mungkin sensitif pada kulit, so jangan bagi kena kulit, so... letakkan pada tisu dan cium. Untuk masalah kes II mudah aje...sapu minyak pada kolar baju kita dan mintak dukung budak itu...insyaalah dia akan tertidur..tak tahulah medical Dr yang ada dalam net ini mungkin mempunyai pemikiran yang lain tentang teknik ini. So... kat mana nak dapatkan minyak ini. Ianya boleh dibeli kat kedai yang menjual natural product atau kat pharmacy.


Sebenarnya orang tua-tua kita dah banyak guna teknik aromatheraphy ini. Contohnya dalam banyak minyak urut kat malaysia umpamanya kita ada terbaca kandungannya adalah minyak kayu putih... ini sebenarnya adalah minyak eucalyptus.Dimasa yang lain kita biasa menyapu VICKS kat dada anak-anak bila selsema. Kandungan utama VICKS ini adalah eucalyptus...bukan itu sahaja minyak CAP KAPAK pun mempunyai kandungan yang sama...ini bermakna instead nak cari brand tu kalau kita tak dapat kita boleh dapatkan kat kedai natural shop. Dan mungkin para medical Dr boleh menjawab ini... kita berikan yang orang yang arif untuk menjawab.....


Mungkin di lain masa saya boleh menulis tentang sejarah aromatheraphy ini... Next insyaallah saya akan bagi petua untuk menyegarkan dan menghilang rasa mengantuk especially waktu tengahari lepas makan... Adakah minyak yang boleh di gunakan untuk menghilang rasa mengantuk pada waktu tengahari atau minyak yang "refreshing"????


Selalunya ketika cuaca panas macam sekarang di hemisphere utara pada waktu tengahari bila sudah makan kita akan merasa mengantuk...especially for those yang makan heavy lunch macam nasi...atau pada waktu petang kita rasa lembik...(tak larat atau tak bermaya atau rasa longlai...jadi macamana nak refresh kan diri....Teknik nya mudah aje iaitu dengan meletakkan atau menghidu minyak "BASIL".
Ada dua cara yang kita bolehlaku kan...

  • Mandi berendam dengan air yang telah dititik dengan minyak ini. Mungkin di BODYSHOP kita boleh beli bebuli bubble bath yang mengandungi minyak ini. Tapi kalau tiada mungkin dimasa yang lain saya terpaksa terang kan resipinya bagi sesiapa yang berminat. Sebab minyak-minyak ini kadang sensitif bagi kulit dan menimbulkkan 'rashes'

  • Kita letak pada kolar baju atau renjiskan pada tisu. Minyak ini sesuai di gunakan sebagai air freshner di bilik pejabat dan kat dalam kereta...tambah-tambah apabila kita rasa mengantuk driving...kerana ianya dapat menyegarkan (Refresh). Selamat mencuba. Aromatherapy telah diterima sebagai perubatan alternative di Britain. Ia merupakan kaedah yang relatively selamat. Walaupuntidak banyak kajian saintifik yang di publish dalam medical journals mengenai kesan dan kesan sampingannya, ia bebas di jalankan walaupun di hospital-hospital NHS di negara ini.Antara cara ia bertindak ialah dengan merangsang saraf melalui deria bau di hidung dan saraf sensori di paru-paru. Iamerangsang tindakbalas di otak untuk mengeluarkan pelbagai bahan kimia natural antara yang paling poten ialah "endorphin" (Endogenous Morphine). Endorphine mempunyai kekuatan berlipat kali ganda dari morphine yang disuntik. Tak hairanlah jika seseorang akan merasa segar, tenang dan boleh melupakan masalah kehidupan sehingga terlena.Ana ingin memesan agar kita tak terlalu ghairah. Kalau guna sekali sekala Alhamdulillah. Tapi kalu selalu, takut ketagih. Tentu saudara-saudari pernah dengar orang ketagih minyak cap kapak, Vicks dan sebagainya. Sebab itu ia lebih di recommend kepada orang yang sedang recover dari penyakit sebagai langkah sementara.Hanya sebagai pendapat.
Read more >>

22 June 2009

Virus Telefon Bimbit

SATU ketika dulu jika memiliki sebuah telefon bimbit sudah dianggap gah walaupun ia bersaiz besar dan berat kerana peranti berkenaan mahal untuk dimiliki. Apabila teknologi semakin berkembang, telefon bimbit membanjiri pasaran umpama cendawan yang tumbuh melata, malah ia ditampilkan dengan pelbagai bentuk, aplikasi, saiz, berat dan warna yang bersesuaian dengan kemajuan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pastinya ramai yang tersenyum dengan perubahan alat telekomunikasi hari ini yang dipelopori organisasi terkemuka dalam perindustrian seperti Sony Ericsson yang bermula pada 2001 apabila mengeluarkan telefon pintarnya yang pertama melalui siri P, jenama Nokia menerusi siri N, diikuti pelbagai jenama lain lagi termasuk HTC dan yang terbaru iPhone. Ledakan teknologi memberi kesan positif kepada masyarakat kerana perkembangan itu bertindak sebagai pemacu ke arah kemunculan teknologi telefon bimbit yang semakin memenuhi pasaran negara, namun senario berkenaan turut dikaitkan dengan kehadiran virus dan penggodam atau penceroboh komputer. Ia wujud dengan sifatnya yang menyerang ribuan komputer menerusi penyebaran pelbagai jenis virus yang mampu mendatangkan kerosakan kepada sistem pemproses komputer. Kini telefon pintar menjadi tarikan penggodam yang sama ada sengaja menyebarkan virus atau cuba mencuri maklumat di telefon dan mensasarkan ruang telekomunikasi untuk menyebarkan kerosakan dari satu telefon ke satu yang lain. Virus pertama yang dikesan dikenali sebagai SymbOS Cabir dari Czech Republic dan Slovakia pada 2004. Cabir dihantar ke syarikat perisian keselamatan Kaspersky Lab di Rusia dan dianggap sebagai 'bukti' bahawa virus boleh ditulis dan disebarkan menerusi telefon bimbit. Ia dibina untuk telefon bimbit yang menggunakan aplikasi Symbian Series 60 dan bertindak menerusi Bluetooth (dalam lingkungan 30 meter) dengan menghantar dirinya sendiri yang menyamar sebagai fail keselamatan. Selepas penerima memasang fail terbabit, perkataan 'Caribe' akan terpamer di telefon bimbit. Sekiranya telefon yang dijangkiti itu aktif, Cabir akan melancarkan dirinya sendiri dan mengimbas frekuensi untuk menghantar dirinya ke telefon bimbit yang lain. Proses imbasan ini yang melemahkan tenaga bateri telefon yang dijangkiti. Selain Bluetooth, telefon bimbit turut dijangkiti menerusi inframerah, penukaran kad memori, SMS, MMS, GPRS dan pindah turun menerusi 'over-the-air-programming' (OTA) iaitu cara terbaru memindah turun perisian ke telefon bimbit. Hampir 400 virus telefon bimbit dikesan dan dijangkakan meningkat dengan kedatangan teknologi telefon pintar. Masyarakat hari ini berlumba-lumba ingin memiliki telefon pintar kerana dibekalkan dengan pelbagai alternatif untuk berhubung seperti WiFi, Bluetooth, port USB, CD/DVD dan slot memori kad 'flash' bagi memudahkan pemindahan data yang pelbagai. Pengarah Teknikal Kaspersky Lab APAC, Nathan Wang, berkata pengguna harus berhati-hati jika ingin muat turun atau naik pelbagai data seperti klip video, gambar dan nada dering kerana cara penyebaran dan jangkitan virus ini adalah sama seperti melalui komputer. "Pada 2005, virus pertama yang menyerang menerusi Mobile Messaging System (MMS) dikenali sebagai CommWarrior menerusi aplikasi Symbian Series 60. Podloso pula dikesan sebagai virus pertama yang menyerang iPod pada 2007. "Statistik 2007 menunjukkan virus telefon bimbit berkembang pantas hingga 110,000 telefon bimbit dijangkiti virus. Manakala trojan Viver menjangkiti hampir 500 telefon bimbit dalam sehari. "Berdasarkan penyedia perkhidmatan Vimpelcom, Kaspersky Mobile Security berjaya menghentikan hampir 1000 MMS yang dijangkiti dalam sehari," katanya. Menurut Nathan, pengguna mempunyai banyak maklumat peribadi di dalam telefon berbanding e-mel maka tidak menghairankan jika penularan virus merebak lebih banyak di kalangan pengguna telefon bimbit berteknologi pintar yang mempunyai aplikasi terbaru menyerupai komputer peribadi. "Pengguna telefon bimbit suka menyimpan pelbagai data penting menerusi Short Messaging System (SMS) atau MMS seperti maklumat akaun bank dan butiran peribadi kerana mudah untuk dirujuk jika terlupa. "Ia menjadi tarikan penggodam untuk memasuki telefon pengguna seterusnya menggunakan data terbabit untuk kepentingan sendiri. "Laporan daripada media turut mempengaruhi pemikiran pengguna yang beranggapan virus hanya menyerang komputer dan tiada penekanan mengenai kecurian data telefon bimbit. "Berita mengenai serangan virus di telefon bimbit agak kurang diperkatakan. Justeru, ia perlu ditekankan agar pengguna sentiasa berhati-hati dengan serangan virus yang tiada kesudahan," katanya. Atas dasar ini Kaspersky memperkenalkan Kaspersky Mobile Security 8.0 (KMS) sebagai langkah keselamatan bagi semua telefon bimbit yang bertindak melindungi ancaman virus yang mampu mencuri dan memadam maklumat, menyalin senarai nombor telefon, membeku serta memusnahkan fungsi telefon. Program yang mesra pengguna ini menawarkan perlindungan masa nyata bagi melindungi telefon bimbit daripada semua sumber iaitu MMS, SMS, Bluetooth, kad memori flash, data sync dan Wi-Fi. Seperti mana jangkitan di komputer, pengguna diberi pilihan untuk membiarkan, kuarantin atau membuang fail yang dijangkiti. Kad memori dan memori dalaman akan diimbas untuk dilindungi daripada sebarang virus. Sementara untuk menghentikan spam, pengguna perlu menentukan sumber yang diperoleh sama ada mahu menerimanya atau tidak. Sekiranya pengguna pernah menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali atau mendapat spam, bolehlah menempatkan nombor terbabit di kalangan senarai hitam. Menurut Nathan, selain bertindak sebagai antivirus Kaspersky merupakan satu-satunya perisian keselamatan yang turut menawarkan perlindungan antikecurian. Sama ada telefon bimbit hilang secara tidak sengaja atau ia dicuri, pastinya pemilik telefon berhadapan dengan risiko kerana maklumatnya kini terdedah. "Tiga pertahanan untuk antikecurian telefon membabitkan SMS Block, SMS Clean dan Subscriber Identity Module Watch (SIM Watch). "Sekiranya telefon didapati hilang, pemilik telefon boleh menghantar SMS tersembunyi yang memberi arahan kepada telefonnya untuk menghalang data daripada diakses ataupun terus menyingkirkan data daripada memori dalaman dan kad memori," katanya. SIM Watch berperanan dengan menghantar isyarat ke nombor telefon baru apabila pencuri menukarkan kad sim asal dengan yang baru di telefon bimbit yang dicuri. Secara automatik, telefon terbabit akan menghantar nombor telefon baru kepada pemiliknya tanpa pengetahuan si pencuri. SMS Find pula membolehkan pemilik asal mengesan lokasi telefon bimbitnya melalui SMS yang diterima yang menggunakan aplikasi Global Positioning System (GPS). Selepas menghantar SMS ke telefon bimbit yang hilang, pemilik akan disambungkan ke peta Google dengan koordinat yang tepat. Menarik dan berbaloi dengan adanya antikecurian yang disediakan dalam KMS. Ini bermakna pengguna dan pencuri akan saling berhati-hati sama ada untuk menjaga telefon bimbit atau jika berniat mencuri telefon bimbit kerana pastinya berhadapan dengan hukuman dan undang-undang. KMS sememangnya direka memenuhi platform telefon bimbit dan secara praktikalnya amat sesuai untuk kedua-dua jenis sistem pemproses, Symbian dan Windows Mobile. Interaksinya amat mudah untuk digunakan, tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar, malahan tidak mengganggu bateri telefon bimbit. Sama seperti mengendalikan jadual mengimbas virus di komputer, pengguna mudah mengendalikan jadual imbasan mengikut masanya sendiri ataupun secara automatik. Imbasan ini meliputi semua objek, direktori, sektor dan keseluruhan cakera dan mempunyai pilihan untuk membuang atau kuarantin virus terbabit. Manakala, hasil tindakan dan imbasan akan disimpan dan dilaporkan dalam log aktiviti. Pengguna juga digalakkan untuk mengemaskini pangkalan data antivirus termasuk menerusi penyelarasan dengan komputer bagi membolehkan ia mengemaskini program dan bertindak ke atas virus dengan berkesan. Komponen terbaru seperti 'parental control' membolehkan ibu bapa mengehadkan mesej terima dan hantar di telefon bimbit anak-anak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Ibu bapa juga boleh menggunakan SMS Find untuk mengetahui lokasi anak mereka. Kita tidak mampu mempertikaikan kebolehan antispam yang dibekalkan menerusi KMS 8.0 ini. Sistem saringan spam mampu menghalang mesej dan panggilan telefon yang tidak dikenal pasti, malah menyelamatkan pengguna daripada penipuan iklan. Versi ini membolehkan pengguna membuat penyaringan panggilan dan mesej menerusi mod senarai putih (menerima panggilan dan mesej daripada nombor sedia ada) dan senarai hitam (menerima panggilan dan mesej daripada nombor yang tiada dalam senarai putih). Fungsi firewall turut dikemas kini antara langkah keselamatan untuk mengelakkan serangan penggodam dan cecacing mobil yang merebak menerusi penyambungan Bluetooth dan Wi-Fi. Lambakan telefon bimbit pintar bakal menjadi perhatian pengguna hari ini namun kawalan keselamatan dalam telefon yang harus diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kecurian dan kerugian. Tidak salah jika kita berhati-hati sekarang daripada menyesal di kemudian hari.
Read more >>

16 June 2009

Pelajar Teknologi Plastik 1/2009 I.L.P Ledang

Semester 2 sesi 1/2009
Semester 4 sesi 1/2009
Semester 3 sesi 1/2009
Semester 1 sesi 1/2009
Read more >>

11 June 2009

TANDA- TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. TANDA 7 HARI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. TANDA 1 HARI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you. Saling berpesan2lah sesama kita........ .
Read more >>

03 June 2009

Kisah Neraka Jahanam

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa. Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah." Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...