22 November 2009
19 November 2009
Di Gigit Kala Jengking
Oleh JOM
mSaK
Tumbuk lada hingga halus lalu dicampurkan dengan minyak kelapa secukupnya. Setelah itu ditampalkan pada tempat yang terkena gigitan kalajengking tersebut. Memang pada mulanya tidak terdapat sebarang reaksi, kecuali rasa panas dari lada tersebut. Insya Allah lima minit kemudian denyutnya akan berkurangan dan akan terhenti terus dalam masa lima belas minit.
13 November 2009
Kita Selalu Bertanya....................Dan Al-Quran Sudah Menjawabnya..................
Oleh JOM
mSaK
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
12 November 2009
06 November 2009
Batuk
Oleh JOM
mSaK
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Kemudian embunkan nasi tersebut selama semalaman. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
Rambut Kelimumur?
Oleh JOM
mSaK
Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci.
Masalah Rambut Gugur?...
Oleh JOM
mSaK
Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan ini setiap hari hingga rambut tidak gugur lagi.
Hendak Lebatkan Rambut...
Oleh JOM
mSaK
Patah-patahkan daun lidah buaya kemudian sapukan keatas kepala. Kemudian cucilah rambut anda..............
Mengalami Masalah Uban?.. Ini Tentu Banyak Berfikir.
Oleh JOM
mSaK
Rendamkan teh semalaman. Kemudian usapkan ke kepala, lakukanlah selama 30 minit sebelum anda mencuci dengan syampu.
Perjalanan Darah Tidak Lancar @ Badan Sengal-Sengal?...
Oleh JOM
mSaK
28 October 2009
Anak Demam Panas?...Masaalah ni.
Oleh JOM
mSaK
Asam jawa yang ada di dapur tu, cuba bancuhkan dengan sedikit air. Lebih pekat lebih baik. Kemudian sapukan di semua bahagian kepala dan pelipat-pelipat anggota badan. Kalau dapat diminum airnya dengan ditambah sedikit gula lebih baik. (Anak saya tak sempat tambah air dia dah jilat dulu) Tapi...Jika tidak mahu mengguna asam jawa, anda boleh gunakan lendir dari daun lidah buaya(lidah biawak tak jalan). Gunakanlah cara yang sama seperti air asam jawa tadi.Ikan Terubuk Sedap Dimakan Tapi Tulangnya!!!!
Oleh JOM
mSaK
Ikan terubuk bakar yang dimakan panas-panas, memang menyelerakan apa lagi dengan cicah air asamnya. Tapi memandangkan tulangnya yang berselirat tu, fikir dua tiga kali juga nak makan. Selalunya sebelum nak siang ikan terubuk itu saya akan pegang di bahagian insang dan ekor ikan berkenaan kemudian tarik ke arah yang bertentangan, anda akan mendengar bunyi tulang-tulang ikan itu berderap (ini bukan satu penyiksaan tau, sebab ikan tu dah mati). Kalau hendak bakar janganlah dibuang sisiknya, kering minyaknya. Selamat mencuba!!.
Menurunkan Darah Tinggi
Oleh JOM
mSaK
Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
Atau
Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
Atau
Makanlah biji buah Peria.
Atau
Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
Atau
Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
Atau
Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
Atau
Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
Atau
Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
Atau
Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Ubat Demam Kuning
Oleh JOM
mSaK
Daun sukun yang sudah tua dan kuning warnanya, direbus hingga merah seperti warna air teh. Air itu diminum setiap pagi dan petang, satu gelas selama tiga hari pada budak yang mengidap penyakit tersebut. Insya Allah penyakit yang dideritai itu akan hilang.
[Dipetik dari Variasari]
Atau
Bagi bayi yang baru lahir pula, berikannya minum susu kambing. Sehari sesudu.
Subscribe to:
Posts (Atom)























