06 November 2009
Masalah Rambut Gugur?...
Oleh JOM
mSaK
Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan ini setiap hari hingga rambut tidak gugur lagi.
Hendak Lebatkan Rambut...
Oleh JOM
mSaK
Patah-patahkan daun lidah buaya kemudian sapukan keatas kepala. Kemudian cucilah rambut anda..............
Mengalami Masalah Uban?.. Ini Tentu Banyak Berfikir.
Oleh JOM
mSaK
Rendamkan teh semalaman. Kemudian usapkan ke kepala, lakukanlah selama 30 minit sebelum anda mencuci dengan syampu.
Perjalanan Darah Tidak Lancar @ Badan Sengal-Sengal?...
Oleh JOM
mSaK
28 October 2009
Anak Demam Panas?...Masaalah ni.
Oleh JOM
mSaK
Asam jawa yang ada di dapur tu, cuba bancuhkan dengan sedikit air. Lebih pekat lebih baik. Kemudian sapukan di semua bahagian kepala dan pelipat-pelipat anggota badan. Kalau dapat diminum airnya dengan ditambah sedikit gula lebih baik. (Anak saya tak sempat tambah air dia dah jilat dulu) Tapi...Jika tidak mahu mengguna asam jawa, anda boleh gunakan lendir dari daun lidah buaya(lidah biawak tak jalan). Gunakanlah cara yang sama seperti air asam jawa tadi.Ikan Terubuk Sedap Dimakan Tapi Tulangnya!!!!
Oleh JOM
mSaK
Ikan terubuk bakar yang dimakan panas-panas, memang menyelerakan apa lagi dengan cicah air asamnya. Tapi memandangkan tulangnya yang berselirat tu, fikir dua tiga kali juga nak makan. Selalunya sebelum nak siang ikan terubuk itu saya akan pegang di bahagian insang dan ekor ikan berkenaan kemudian tarik ke arah yang bertentangan, anda akan mendengar bunyi tulang-tulang ikan itu berderap (ini bukan satu penyiksaan tau, sebab ikan tu dah mati). Kalau hendak bakar janganlah dibuang sisiknya, kering minyaknya. Selamat mencuba!!.
Menurunkan Darah Tinggi
Oleh JOM
mSaK
Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
Atau
Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
Atau
Makanlah biji buah Peria.
Atau
Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
Atau
Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
Atau
Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
Atau
Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
Atau
Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
Atau
Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Ubat Demam Kuning
Oleh JOM
mSaK
Daun sukun yang sudah tua dan kuning warnanya, direbus hingga merah seperti warna air teh. Air itu diminum setiap pagi dan petang, satu gelas selama tiga hari pada budak yang mengidap penyakit tersebut. Insya Allah penyakit yang dideritai itu akan hilang.
[Dipetik dari Variasari]
Atau
Bagi bayi yang baru lahir pula, berikannya minum susu kambing. Sehari sesudu.
Ubat Darah Tinggi
Oleh JOM
mSaK
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulah yang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan.
[Dipetik dari Variasari]
Atau
Mengamalkan meminum air ratnawali yang telah direbus.
Atau
Ambil buah durian belanda/salat yang muda lalu dibuang kulitnya dan dikisar. Ambil airnya kira-kira segelas dan minum. Yang lebihnya bolehlah disimpan di peti sejuk. Amalkan 2 kali sehari. Buatlah kira-kira 4 minggu dan lihatlahhasilnya. Insya-Allah.
[Dipetik dari Pelita Brunei]
Menghitamkan Rambut/Lambat Beruban
Oleh JOM
mSaK
Ambil hampas (sisa-sisa) teh yang tidak digunakan. Caranya setiap pagi rambut dibasahi dengan air teh dan dilakukan secara teratur. Selain rambut menjadi hitam, berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut kita lambat beruban.
[Dipetik dari Variasari]
Atau
Biji betik dikeringkan. Kemudian ditumbuk lumat sehingga halus. Campurkan dengan minyak kelapa. Setelah sebati usapkan dikepala anda.
Atau
Amalkan makan hati ayam, kambing, kerbau dan lembu.
[Dipetik dari Variasari]
26 October 2009
22 October 2009
Sakit Gigi
Oleh JOM
mSaK
Daun sirih yang sudah ditaruh minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut.
[Dipetik dari Variasari]
Atau
Bagi yang mengalami sakit gigi yang berlubang, ambillah bunga cengkeh lalu masukkan ke dalam lubang gigi yang sakit.
[Dipetik dari Pelita Brunei]
Menghilangkan Kelemumur
Oleh JOM
mSaK
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
[Dipetik dari Variasari]
Atau
Ambil kangkung muda lalu dicampurkan dengan sedikit air, sehingga mengeluarkan air lendirnya, setelah itu usapkan di atas kepala rata-rata sehingga ke kulit kepala. Selepas itu barulah dicuci seperti biasa. Dengan membiasakan amalan ini seminggu sekali, masalah kelemumur anda dapat diatasi.
[Dipetik dari Pelita Brunei]
Asma/Sesak Nafas
Oleh JOM
mSaK
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.
[Dipetik dari Variasari]
Atau
Untuk mengatasi masalah penyakit sakit dada atau sesak nafas, anda hanya perlu merebus beberapa banyak yang boleh biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa banyak kali yang boleh. Secara tidak langsung juga, ianya boleh mencairkan darah haid yang sering beku.
[Dipetik dari Variasari]
Biskut / kuih raya cepat lemau?...Takkan nak bakar lagi kut
Oleh JOM
mSaK
Sebelum menyimpan biskut/kuih raya anda ke dalam bekas, cuba taburkan sedikit gula pasir (janganlah sampai segengam wei!) ke dalam bekas berkenaan, kemudian tutup dengan tisu/kertas, barulah disusun kuih anda itu. Lepas itu tutup ketat-ketat. Kalau tak ketat, tupperware ke, tipuware ke, tin ware ke, botolware ke semua tak jalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)














