LEH JADI TENGOK JE???

28 October 2009

Hi-Tea Pejabat Tanah Dan Galian Melaka Di Ancasa Hotel

Read more >>

Ubat Darah Tinggi

Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulah yang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan. [Dipetik dari Variasari] Atau Mengamalkan meminum air ratnawali yang telah direbus. Atau Ambil buah durian belanda/salat yang muda lalu dibuang kulitnya dan dikisar. Ambil airnya kira-kira segelas dan minum. Yang lebihnya bolehlah disimpan di peti sejuk. Amalkan 2 kali sehari. Buatlah kira-kira 4 minggu dan lihatlahhasilnya. Insya-Allah. [Dipetik dari Pelita Brunei]
Read more >>

Menghitamkan Rambut/Lambat Beruban

Ambil hampas (sisa-sisa) teh yang tidak digunakan. Caranya setiap pagi rambut dibasahi dengan air teh dan dilakukan secara teratur. Selain rambut menjadi hitam, berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut kita lambat beruban. [Dipetik dari Variasari] Atau Biji betik dikeringkan. Kemudian ditumbuk lumat sehingga halus. Campurkan dengan minyak kelapa. Setelah sebati usapkan dikepala anda. Atau Amalkan makan hati ayam, kambing, kerbau dan lembu. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

26 October 2009

Pahlawan Walk Banda Hilir

Read more >>

22 October 2009

Sakit Gigi

Daun sirih yang sudah ditaruh minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut. [Dipetik dari Variasari] Atau Bagi yang mengalami sakit gigi yang berlubang, ambillah bunga cengkeh lalu masukkan ke dalam lubang gigi yang sakit. [Dipetik dari Pelita Brunei]
Read more >>

Menghilangkan Kelemumur

Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa. [Dipetik dari Variasari] Atau Ambil kangkung muda lalu dicampurkan dengan sedikit air, sehingga mengeluarkan air lendirnya, setelah itu usapkan di atas kepala rata-rata sehingga ke kulit kepala. Selepas itu barulah dicuci seperti biasa. Dengan membiasakan amalan ini seminggu sekali, masalah kelemumur anda dapat diatasi. [Dipetik dari Pelita Brunei]
Read more >>

Asma/Sesak Nafas

Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini. [Dipetik dari Variasari] Atau Untuk mengatasi masalah penyakit sakit dada atau sesak nafas, anda hanya perlu merebus beberapa banyak yang boleh biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa banyak kali yang boleh. Secara tidak langsung juga, ianya boleh mencairkan darah haid yang sering beku. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Biskut / kuih raya cepat lemau?...Takkan nak bakar lagi kut

Sebelum menyimpan biskut/kuih raya anda ke dalam bekas, cuba taburkan sedikit gula pasir (janganlah sampai segengam wei!) ke dalam bekas berkenaan, kemudian tutup dengan tisu/kertas, barulah disusun kuih anda itu. Lepas itu tutup ketat-ketat. Kalau tak ketat, tupperware ke, tipuware ke, tin ware ke, botolware ke semua tak jalan.
Read more >>

21 October 2009

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Pejabat Tanah Dan Galian Melaka

Read more >>

16 October 2009

Manusia Berhadapan Dengan 6 Persimpangan

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..." Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan." Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
Read more >>

Cahaya Mata Dan Cahaya Matahari Terbenam

Gambar dua cahaya mata diambil pada waktu senja bercahayakan matahari terbenam ditepi pantai sekitar Melaka...Cuba teka dimana yek????
Read more >>

14 October 2009

Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik 2005

Saje bergambar dengan piala ni....... Bukan aku yang terima anugerah ni tetapi anak sepupu yang menerimanya. Gambar diambil semasa berhari raya dirumahnya tempohari.
Read more >>

13 October 2009

Kamar-Kamar Di Syurga

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia. "Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat. "Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya." "Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
Read more >>

Gunting Rambut Hari Raya

Read more >>

Majlis Sambutan Hari Raya Kompleks Wisma Negeri

Majlis Sambutan Hari Raya anjuran bersama diantara pejabat yang ada dikompleks ini. Antaranya ialah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri, Pejabat Daerah Melaka Tengah, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Pengairan Dan Salairan Negeri, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Perbadanan Hang Tuah Jaya. Diadakan dihadapan Kompleks Wisma Negeri Melaka, Ayer Keroh.

Gambar kenangan kakitangan di bahagian Unit Hasil, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Melaka semasa majlis ini.
Read more >>

08 October 2009

Anjing-Anjing Neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan : · Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu / muslimin. · Bacalah Al-Qur'an. · Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. · Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. · Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. · Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. · Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. · Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. · Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. · Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya." Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
Read more >>

07 October 2009

Cahaya Mataku D' Pagi Hari Raya

Read more >>

06 October 2009

Kenapa Wanita Cepat Tua & Cepat Gemuk???????

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk... Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis.. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2. 2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!" 3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. Kalau yang dengar pun buat2 tido lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA. 4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua... Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

Read more >>

05 October 2009

Awas Si Pemakai Cincin

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad SAW. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari... 1] Jari Manis 2] Jari Kelingking(anak jari) dan jangan memakai pada jari 1] Jari Tengah 2] Jari Telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ianya adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...