26 June 2011
17 June 2011
16 June 2011
Di Serang Oleh Penyerang Yang Handal...
Oleh JOM
mSaK
MANA PERGINYA GRED F YANG BERLAMBAK DI JABATAN KERAJAAN...
- SabahTourism.com
- ASEAN connect
- Bomba
- Perbendaharaan Malaysia
- Parlimen Malaysia
- JobsMalaysia
- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
- Majlis Sukan Negara
Mengurangkan Stres Anda Dan Mempersiapkan Diri Untuk Peperiksaan Besar.
Oleh JOM
mSaK
PMR dan SPM hanya sekitar sudut! Kemudahan stres anda dan mempersiapkan ujian dengan Astro Tutor.
Tidak boleh berhenti menyemak anda untuk walaupun anda SPM Ujian di sekitar sudut? Nah, anda sekarang mempunyai alasan untuk log on ke Facebook. Cari komuniti satu bumbung untuk semua pelajar SPM untuk meringankan stres mereka dan mempersiapkan untuk ujian besar. Menjadi sebahagian daripada masyarakat; berkongsi cerita dan bahkan troubleshooting anda belajar.
Merasa gugup Ujian PMR mendatang? Anda pasti tidak sendirian. Langsung melalui lingkaran ini bersama-sama dengan menjadi sebahagian dari masyarakat. cerita pengalaman anda dan bahkan tips belajar dan menonton keluar lebih banyak untuk datang!
PMR is right around the corner! KLIK SINI
12 June 2011
Wasiat Raja Tanah Melayu
Oleh JOM
mSaK
Bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli yang maha Mulia Sembilan pemerintah dari empat “Negeri Melayu Bersekutu” dan Lima “Negeri Melayu Tidak Bersekutu” telah memberikan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembetukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU.
1 KAMI namakan dan kami panggil akan Dia, Bumi yang kamu pijak dan Langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
2. KAMI isytiharkan dan KAMI simpan untuk kamu dan KAMI benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu selain gunung ganang, tasik, hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama- sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu KAMI serta harta milik kamu, KAMI tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.
4. KAMI kekalkan dan KAMI jamin Kerajaan dan KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini.
5. KAMI isytihar ISLAM adalah Agama Persekutuan.
6. KAMI tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
7. KAMI amanahkan dan KAMI pertanggungjawabkan kepada RAJA RAJA MELAYU untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan kepentingan sah kaum kaum lain.
07 June 2011
Lima Belas Bukti Keimanan
Oleh JOM
mSaK
Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"
Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"
Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"
Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."
Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"
Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."
Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."
Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."
05 June 2011
Derhaka Semasa Solat
Oleh JOM
mSaK
SOLAT wajib di lakukan mengikut hukum dan syarat-syarat yang telah di tetapkan syariat,di samping itu ia wajib di lakukan dengan khusyuk, tawadhuk dan rasa penuh kehambaan kepada Allah.
Jika tidak ada perkara ini di dalam diri ketika melakukan SOLAT maka sesorang itu tidak akan rasa ia sedang menyembah Allah.Maka sudah tentu dia tidak akan rasa bertuhan.Apabila tidak ada rasa bertuhan maka dia tidak rasa dia itu hamba.
Ibadah orang seperti ini hanya akan menambahkan dosa terhadap dirinya sendiri.Dan tidak dapat melahirkan peribadi orang yang merendah diri dan berkasih sayang.Tetapi apa yang akan lahir ialah sifat sombong, riak dan ingin di puji, rasa diri ahli ibadah dan bersih dan sebenarnya tidak akan melahirkan rasa takut pun kepada Tuhan.
SOLAT yang sepatutnya menjadi penghubung di antara diri seseorang hamba dan Khaliqnya sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba dengan Tuhan nya.
Dosa seperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak sedar atau tidak rasa dia berdosa kepada Allah.Akhirnya dia mati dalam su’ul khatimah kerana selama ini dia rasa dia berbuat baik bukan berbuat dosa dan derhaka.Rupa rupanya dia melakukan dosa di atas saluran yang baik.Melakukan dosa sedangkan dia dalam solat.Membuat dosa dan derhaka dalam ketaatan.Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka.
Mereka sangka ibadah mereka memusnahkan mazmumah tapi cara ibadah mereka sebenarnya menyuburkan nya.
“SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLAH ORANG ORANG YANG BERIMAN (YAITU) ORANG YANG KUSYUK DALAM SOLATNYA” – AL MUKMINUN AYAT 1-2
.
Subscribe to:
Posts (Atom)