LEH JADI TENGOK JE???

29 December 2011

Rahsia Psikologi Warna


Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

time for salah
Read more >>

27 December 2011

Persediaan Buku Di Sekolah C.I.J 2 Melaka.

VISI
SKCIJ2 KEKAL SEBAGAI SEKOLAH CEMERLANG DAN MENJADI SEKOLAH TERBILANG DI NEGERI MELAKA MENJELANG 2012
MISI
MEMBERI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KEPADA MURID UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG MAMPU MEMENUHI ASPIRASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Warna Biru
Lambang watak sekolah iaitu ‘Tekun & Rajin Berusaha’
Warna Putih
Lambang kesucian daan kejujuran terhadap Tuhan, jiran tetangga dan diri sendiri
Warna Kuning
Lambang cahaya gemilang yang memandu ke jalan yang benar
3 orang guru mubaligh dari Congregation Infant Jesus tiba di Melaka untuk memulakan Sekolah Convent of the Holy Infant Jesus (CHIJ).Bermula dengan 26 orang murid di sebuah rumah atap di Bandar Hilir.
1879
Pertubuhan Agama Kristian membeli sebidang tanah yang kini menjadi tapak sekolah ini.
1952
Sekolah ini dibahagikan kepada 2; sekolah menengah dan sekolah rendah. Sekolah menengah berpindah ke bangunan baru.
1964
Bermula CHIJ 1 dan CHIJ 2. Sister John Bosco adalah Guru Besar pertama Sekolah Rendah Kebangsaan CHIJ2

time for salah
Read more >>

Cabutan Bertuah Di Malam Majlis 1 Komuniti Dian Daun... Huhuhu.

Read more >>

Beriadah Malam Di Putrajaya... Huhuhu...

Read more >>

Mini Konvo Cahaya Gemilang Di Dewan Demang Husin.

Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...