LEH JADI TENGOK JE???

09 November 2010

Ciri-Ciri Seorang Sahabat Yang Baik

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; (Umpamanya di Pejabat atau hanya melihat yang berkopiah atau berjanggut je.....)
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; (Umpamanya di Pejabat)
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; (Bukannya menambahkan kekusutan yang tak sepatutnya)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; (Bukannya meminta keizinan tetapi sekadar memberitau aje)
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; (Bukan menyusahkan lagi)
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; (Bukan hanya dengan nada suara yang tinggi)
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
 
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...