LEH JADI TENGOK JE???

30 April 2010

Persahabatan Ada Mata Dan Tangan?????

Read more >>

A Beautiful Hadith - Hadis Yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.' Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk. Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.' Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Read more >>

27 April 2010

Siapa Lagi Jahat..............

syaitan kacau manusia sahaja bukan kaumnya atau makhluk lain tapi manusia kacau manusia dan makhluk lain syaitan ingkar perintah Allah untuk sujud sekali saja tu pun dah kene laknat oleh Allah tapi manusia tak sujud pada Allah dan dia boleh buat selamber aje syaitan takut dan xsuke bila manusia buat baik tapi manusia akan kata orang yang buat baik nie kolot dan hasut utk buat jahat syaitan berani hasut manusia pun setelah minta izin dari Allah tapi manusia berani buat benda yang dah terang2 Allah larang syaitan akan lari lintang pukang bila azan dilaungkan tapi manusia boleh lepak dan tido lagi bila azan dilaungkan syaitan takut bila diancam dgn azab api neraka tapi manusia masih lagi buat jahat walaupun dah diingatkan berkali-kali Jadi insaf la kerana manusia sebenarnya lagi jahat dari syaitan yang kita kata jahat
Read more >>

22 April 2010

Menjauhkan Tikus

Guntingkan daun pandan dan letakkan di tempat di mana tikus suka berkeliaran, ini akan membantu menjauhkan tikus kerana binatang tersebut tidak suka bau daun pandan.
[Dipetik dari Pelita Brunei]
Read more >>

Mengupas Ubi Kentang

Rendam kentang dalam air garam pada sebelah malam, kemudian pada pagi esoknya kupaslah kentang itu dengan tangan. Kulit kentang dengan mudah terpisah dari isinya. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

19 April 2010

Beriadah Di Rumah Rehat Tetamu ILP Kuala Langat..

Read more >>

Tempat Pertama Di Tadika Cahaya Gemilang

Read more >>

11 April 2010

Pondok Telah Di Robohkan Bagi Beri Laluan Projek Naik Taraf Longkang Depan Rumah

Read more >>

06 April 2010

Ajar Anak Menggunakan Otak Kanan

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb. Sebab semasa tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur , ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. . macam..a..b. .c…d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai ….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas , and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku pun tengah try lagi ni…

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca…. Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak.. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak …..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong senyap Abang,,,berbanding

Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan. _

Read more >>

05 April 2010

Menjimatkan Lilin

Sebelum lilin digunakan, rendam lilin tersebut di dalam air yang dicampur dengan garam sekurang-kurangnya selama dua malam, kemudian lilin itu hendaklah dijemur hingga kering. Setelah kering bolehlah digunakan.
[Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Jalan Bandar Hilir Sesak Teruk Semasa Perasmian Middleburg Bastion

Pada mulanya, tembok Kota Melaka dibina oleh kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mengelilingi Istana Raja. Ia dibina daripada tanah dan diperkuatkan dengan batang kelapa, batang nibung dan pagar kayu. Manakala kota batu didirikan oleh Portugis (1512) mengelilingi Bukit St.Paul dan siap pada 1548. Ia diperkukuhkan selepas serangan Belanda pada 1605-06. Kota Melaka mengalami kerosakan akibat serangan pasukan bersekutu Belanda dan Johor. Ia diperkukuhkan lagi oleh Belanda selepas ia menawan Melaka pada 1641. Selain itu, beberapa bastion juga ditambah termasuk Bastion Middleburg di kuala Sungai Melaka. Hampir keseluruhan kota berkenaan dimusnah oleh Inggeris pada 1806-07 dan yg terselamat hanyalah Pintu Gerbang Santiago. Jabatan Warisan Negara sedang mengkaji kota ini dan pembinaan semula sebahagiannya sedang dilakukan. Tapak pembinaan Middleburg Bastion di tebing Sungai Melaka tidak jauh dari Tower Clock di hadapan bangunan Stadhuys. Penggunaan batu-batan laterit menjadikan kota ini begitu unik & bakal menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Bandaraya Bersejarah ini.

Read more >>

Menguatkan Gigi

Mungkin kita mengalami gigi yang mudah goyah dan gigi tersebut tidak akan tumbuh lagi. Jika anda ingin mempertahankan gigi tersebut agar tetap kuat, ambillah sedikit kapur sirih dimasukkan ke dalam segelas air panas. Selepas disaring beberapa kali hingga airnya bersih, gunakan untuk berkumur-kumur. Lakukan menjelang hendak tidur. Ulangi terus hingga gigi tidak goyah lagi.
[Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Bermain Sahiba D Hujung Minggu

Read more >>

01 April 2010

Menghilangkan Bintik Merah Di badan Akibat Cacar Air

Parutlah jagung muda dan digosok pada muka atau bahagian badan yang berbintik merah. Lakukan secara rutin dan teratur.
[Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Memudahkan Tidur

Ambil akar kelapa hijau sebanyak lima potong dan direbus dengan air sebanyak satu gelas. Akar tadi mestilah dipotong sepanjang 5cm. Kemudian tapis dan ambil airnya. Cubalah minum air rebusan tersebut lebih kurang suku cawan sebelum tidur. Insya-Allah masalah susah hendak tidur dapat diatasi. [Dipetik dari Pelita Brunei]
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...