LEH JADI TENGOK JE???

28 October 2009

Praktis Lukisan Tahun 1

Bertemakan motif daun dan bunga untuk nak membuat kertas pembalut hadiah....alaaa pepaham le baru darjah 1. Sedang membuat lukisan sambil diperhatikan oleh adiknya.
Read more >>

Anak Demam Panas?...Masaalah ni.

Asam jawa yang ada di dapur tu, cuba bancuhkan dengan sedikit air. Lebih pekat lebih baik. Kemudian sapukan di semua bahagian kepala dan pelipat-pelipat anggota badan. Kalau dapat diminum airnya dengan ditambah sedikit gula lebih baik. (Anak saya tak sempat tambah air dia dah jilat dulu) Tapi...Jika tidak mahu mengguna asam jawa, anda boleh gunakan lendir dari daun lidah buaya(lidah biawak tak jalan). Gunakanlah cara yang sama seperti air asam jawa tadi.
Read more >>

Ikan Terubuk Sedap Dimakan Tapi Tulangnya!!!!

Ikan terubuk bakar yang dimakan panas-panas, memang menyelerakan apa lagi dengan cicah air asamnya. Tapi memandangkan tulangnya yang berselirat tu, fikir dua tiga kali juga nak makan. Selalunya sebelum nak siang ikan terubuk itu saya akan pegang di bahagian insang dan ekor ikan berkenaan kemudian tarik ke arah yang bertentangan, anda akan mendengar bunyi tulang-tulang ikan itu berderap (ini bukan satu penyiksaan tau, sebab ikan tu dah mati). Kalau hendak bakar janganlah dibuang sisiknya, kering minyaknya. Selamat mencuba!!.
Read more >>

Air Pancut Pasar Besar Lama

Read more >>

Menurunkan Darah Tinggi

Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita. Atau Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati. Atau Makanlah biji buah Peria. Atau Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam. Atau Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak. Atau Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya. Atau Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang. Atau Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus. Atau Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Read more >>

Ubat Demam Kuning

Daun sukun yang sudah tua dan kuning warnanya, direbus hingga merah seperti warna air teh. Air itu diminum setiap pagi dan petang, satu gelas selama tiga hari pada budak yang mengidap penyakit tersebut. Insya Allah penyakit yang dideritai itu akan hilang. [Dipetik dari Variasari] Atau Bagi bayi yang baru lahir pula, berikannya minum susu kambing. Sehari sesudu.
Read more >>

Hi-Tea Pejabat Tanah Dan Galian Melaka Di Ancasa Hotel

Read more >>

Ubat Darah Tinggi

Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulah yang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan. [Dipetik dari Variasari] Atau Mengamalkan meminum air ratnawali yang telah direbus. Atau Ambil buah durian belanda/salat yang muda lalu dibuang kulitnya dan dikisar. Ambil airnya kira-kira segelas dan minum. Yang lebihnya bolehlah disimpan di peti sejuk. Amalkan 2 kali sehari. Buatlah kira-kira 4 minggu dan lihatlahhasilnya. Insya-Allah. [Dipetik dari Pelita Brunei]
Read more >>

Menghitamkan Rambut/Lambat Beruban

Ambil hampas (sisa-sisa) teh yang tidak digunakan. Caranya setiap pagi rambut dibasahi dengan air teh dan dilakukan secara teratur. Selain rambut menjadi hitam, berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut kita lambat beruban. [Dipetik dari Variasari] Atau Biji betik dikeringkan. Kemudian ditumbuk lumat sehingga halus. Campurkan dengan minyak kelapa. Setelah sebati usapkan dikepala anda. Atau Amalkan makan hati ayam, kambing, kerbau dan lembu. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

26 October 2009

Pahlawan Walk Banda Hilir

Read more >>

22 October 2009

Sakit Gigi

Daun sirih yang sudah ditaruh minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut. [Dipetik dari Variasari] Atau Bagi yang mengalami sakit gigi yang berlubang, ambillah bunga cengkeh lalu masukkan ke dalam lubang gigi yang sakit. [Dipetik dari Pelita Brunei]
Read more >>

Menghilangkan Kelemumur

Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa. [Dipetik dari Variasari] Atau Ambil kangkung muda lalu dicampurkan dengan sedikit air, sehingga mengeluarkan air lendirnya, setelah itu usapkan di atas kepala rata-rata sehingga ke kulit kepala. Selepas itu barulah dicuci seperti biasa. Dengan membiasakan amalan ini seminggu sekali, masalah kelemumur anda dapat diatasi. [Dipetik dari Pelita Brunei]
Read more >>

Asma/Sesak Nafas

Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini. [Dipetik dari Variasari] Atau Untuk mengatasi masalah penyakit sakit dada atau sesak nafas, anda hanya perlu merebus beberapa banyak yang boleh biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa banyak kali yang boleh. Secara tidak langsung juga, ianya boleh mencairkan darah haid yang sering beku. [Dipetik dari Variasari]
Read more >>

Biskut / kuih raya cepat lemau?...Takkan nak bakar lagi kut

Sebelum menyimpan biskut/kuih raya anda ke dalam bekas, cuba taburkan sedikit gula pasir (janganlah sampai segengam wei!) ke dalam bekas berkenaan, kemudian tutup dengan tisu/kertas, barulah disusun kuih anda itu. Lepas itu tutup ketat-ketat. Kalau tak ketat, tupperware ke, tipuware ke, tin ware ke, botolware ke semua tak jalan.
Read more >>

21 October 2009

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Pejabat Tanah Dan Galian Melaka

Read more >>

16 October 2009

Manusia Berhadapan Dengan 6 Persimpangan

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..." Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan." Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
Read more >>

Cahaya Mata Dan Cahaya Matahari Terbenam

Gambar dua cahaya mata diambil pada waktu senja bercahayakan matahari terbenam ditepi pantai sekitar Melaka...Cuba teka dimana yek????
Read more >>

14 October 2009

Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik 2005

Saje bergambar dengan piala ni....... Bukan aku yang terima anugerah ni tetapi anak sepupu yang menerimanya. Gambar diambil semasa berhari raya dirumahnya tempohari.
Read more >>

13 October 2009

Kamar-Kamar Di Syurga

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia. "Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat. "Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya." "Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
Read more >>

Gunting Rambut Hari Raya

Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...