15 February 2013
11 February 2013
Beca! Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau!
Oleh JOM
mSaK
Beca! Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau!
Beca merupakan kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca.
Beca di Malaysia, dalam rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914
apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman
Upton. Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Terdapat
juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang.
Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang.
Rekod beca terawal adalah apabila ia digunakan di Singapura
pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda
tiga Taman Upton. Bagaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui
jalan yang sempit dan berliku-liku berbanding lanca yang ditarik manusia. Oleh sebab kerana itu, batch beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan bawa ke Jawa.
Hanya pada akhir 1920-an beca kembali diperkenalkan di Singapura dan
kegunaannya meningkat dengan kedatangan migran China yang mendapati
membawa beca memberikan pendapatan yang baik. Beca kemudian menjadi
semakin popular di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan seluruh Asia.
03 February 2013
Pati Delima Gulshan.
Oleh JOM
mSaK

Tahukah anda bahawa buah delima mempunyai khasiat yang jarang diketahui oleh kebanyakan orang? Ia adalah buah syurga dan diberitakan di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali. Hanya 3 jenis buah sahaja yang disebutkan di dalam Al-Quran iaitu Buah Delima, Buah Kurma, Buah Zaitun dan Buah Thin. Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).
MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness' menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung) kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.
Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.
Antara Khasiat Buah Delima ialah:
- Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
- Melawan penyakit gout
- Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
- Merawat ‘sinus’
- Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
- Meningkatkan tenaga
- Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
- Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
- Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
- Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
- Mengatasi masalah penyakit buasir
- Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
- Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
- Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
- Menormalkan fungsi hati
- Menstabilkan peredaran darah
- Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
- Mencuci darah kotor
- Antioksida yang tinggi
- Menstabilkan paras kolesterol
- Mencegah penyakit jantung
- Mencegah penyakit barah
- Merangsang tenaga batin
Jika kita lihat pada khasiat buah delima banyak penyakit yang boleh dirawat melaluinya. Amalan minum pati delima setiap hari insyaallah akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.
Jika anda ingin mendapatkan pati buah delima yang diambil dari 100% perahan buah delima tulen . Ia adalah pati delima gulsan yang diimport dari Turkey.
TESTIMONI PENGGUNA
KULIT CERAH
Saya baru minum 1/2botol pati delima, tiba-tiba malam tadi hubby tegur, dia kata nape muka saya nampak lebih cerah...hehe penangan pati delima kot.. - Ani, Pasir gudang
LAWAS BUANG AIR
akak, sejak minum pati delima ni, sy buang air besar mmg lawas, tak perlu lagi nk minum yogurt setiap hari untuk kasi lawas..seronok sgt.. - Suria, Seremban
BADAN BERTENAGA
Akak rasa sekarang ni badan bertenaga, kalau tak..bila petang aje mata asyik rasa ngantuk nk tidur..memang boleh jadikan amalan..buang air besar pun lawas - Haliza, Kota tinggi
PERUT KEMPIS
kak shaini, saya sejak bersalin, badan naik..ni saya amalkan pati delima, rasanya perut saya makin kempis..badan rasa ringan - nurul, singapore
KESUBURAN
Saya amalkan Pati Delima ni 2 bulan, alhamdulillah rezeki saya menyusul (setelah cuba berusaha hampir setahun, sampailah ade kawan syorkan ambik pati delima) sebab ia menguat dan menyuburkan rahim. Murah pun murah. Boleh teruskan minum samada tgh period, mengandung. Sebab kalau mengandung bagus untuk kulit and perkembangan baby.- nieta shairi, Kuching
RAWAT KEPUTIHAN

saya mkn pati delima ni untuk rawat keputihan, lps seminggu mkn, keputihan keluar banyak..naik risau juga tp lepas seminggu kemudian, keputihan yang keluar dah semakin kurang..mungkin ni cara ia merawat..sekarang dah tak perlu pakai pantiliner..alhamdulillah..- nilda, pasir gudang
RAWAT RESDUNG
saya ada masalah resdung yang agak serius, pagi2 mesti bersin-bersin..hidung selalu gatal..saya try minum pati delima+sapu minyak jerslin kat hidung 3-4x sehari..lps 2 hari muka saya rasa gatal-gatal..tapi saya teruskan aje minum pati delima n sapu jerslin..2hari kemudian dah takde rasa gatal..tiap pagi juga dah tak bersin..alhamdulillah syukur..- masni, muar.
BADAN BERTENAGA DAN ELAK SELSEMA
Ibu sya berumur 56tahun..katanya bila dia amal pati delima, badan rasa bertenaga, dulu kerap kena selsema ni dah lama xkena selsema..kiranya mmg sesuailah untuk dihadiahkan kat ibu tersayang, biar ibu sentiasa sihat..alhamdulillah - sha, kelantan.
RAWAT DENGKUR
suami mengalami masalah dengkur yang serius sampai anak-anak pun tegur..jadi kak shaini mencadangkan sy kasi suami PATI DELIMA ni..saya siap suapkan suami 1 sudu setiap pagi n malam sebelum tidur..kalau tak,mau dia nk minum sndiri..dan alhamdulillah baru kasi 4hari, dengkurnya tu dah semakin kurang..syukur sesangat..- Aini, Kuala Krai.
PERUT KEMPIS DAN STABILKAN HAID
Kak Ya baru minum 3hari pati delima ni dah nampak perut kempis..rasa kenyang..minum pati delima ni perut rasa selesa..period pun lawas tak macam dulu..- Nik Suria, Guchil Kelantan.
KULIT BERSERI
Mantap kak...tq.suami aza puji2,dia kata muka aza berseri.skrg aza bg dia cuba minum jg sb dia kuat berdengkur.kak aza ada suggest kt kwn aza dia tgl brunei gak - Aza, Brunei
KULIT LEMBUT DAN LICIN
Pati delima baru minum setengah botol..tapi kulit rasa lain..rasa lembut,licin.. - Rose, Kuala Krai.
TAMBAH ANTIBODI BADAN
Saya dah amal pati delima dah 1 botol dah..memang sejak awal lagi dah rasa khasiatnya..kulit cerah, haid lawas, keputihan pun dah takde dah..dan yang saya baru perasan, saya tak mudah dijangkit selesama/batuk. sebelum ni kalau anak-anak tak sihat, lepas diaorg baik, sure saya pulak yang kena..rasanya pasti PATI DELIMA ni dah tambah ANTIBODI dalam bdan saya..hehe..alhamdulillah..- kak sa, Pasir Gudang.
Cara paling mudah dan murah untuk menjaga kesihatan / kecantikan sekaligushanya tuang & minum...itu saje rasanya pun SEDAP ! Cubalah sebotol dan rasai sendiri khasiat PATI DELIMA ini
UNTUK PERINGATAN BAGI UMAT ISLAM.... SESUNGGUHNYA YANG MENYEMBUHKAN PENYAKIT HANYA LAH ALLAH S.W.T
Tiadalah memberi bekas (kesan) barang sesuatu tanpa keizinanNya, usaha,ihktiar dan doa Insyallah!!
17 January 2013
Adakah Kita Ini Penganut Islam Yang Lembik, Terlalu Bertolak Ansur Dan Terlalu Baik Hati!
Oleh JOM
mSaK

Coretan tahun baru. pelbagai cerita dan pelbagai kerenah gelagat. Apabila orang kata kita lembik tentu kita marah. Silap-silap, orang yang kata itu tak pasal-pasal makan penangan atau penerajang, kalau kita ini jenis yang panas baran atau pemarah. Kalau kita ini jenis yang tak panas baran pun, paling-paling tidak akan merah muka dan berdesing lubang telinga juga kalau ada yang kata kita ini lembik. Lembik itu mungkin bahasa yang agak kasar sedikit berbanding ungkapan yang lebih lembut, ‘terlalu baik sangat’ atau ‘terlalu bertolak ansur’. Terlalu baik sangat itu pun dalam erti kata sebenarnya adalah lembik juga. Terlebih baik atau baik yang melampau-lampau itu pun sebenarnya adalah salah. Terlebih baik itulah yang akan menjadikan kita lembik dan lemah. Apabila dah lembik dan lemah, maka mudahlah kita ditindas dan dipijak-pijak. Ditolak secara beransur-ansur dan dilenyek sesuka hati.
Tapi begitulah hakikatnya apabila bercakap tentang umat Islam di Malaysia yang rata-ratanya Melayu ini. Kita sebenarnya hanya ramai pada bilangannya saja, tapi seperti buih. Banyak, tapi tak ada kualiti. Tak kuat dan tak gagah. Sekali dilambung ombak, buih itu akan pecah berderai dan hancur berkecai. Kita sebenarnya terlalu bertolak ansur sangat, sampai dah jadi terlebih baik, atau dah sampai ke tahap lembik. Tak bermaya. Lemah semangat. Orang melampau-lampau terhadap bangsa kita pun, kita diam. Kita buat tak endah dan tak ambil pusing. Orang dah hampir pijak-pijak kita pun, kita hanya tengok-tengok dan duduk diam juga. Agama kita dihina-hina pun, kita masih diam tersengih-sengih juga.
Itulah menunjukkan betapa lemah dan lembiknya kita ini. Sudah banyak sebenarnya berlaku di depan mata kita, di dalam negara kita yang bernama Malaysia ini. Yang agama rasminya adalah Islam dan bahasa kebangsaannya adalah bahasa Melayu (BM), bukan bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia tidak tepat. Istilah yang sebenar dan tepat adalah bahasa Melayu. Biarlah PM popularkan 1Malaysia pun, tapi kita janganlah sampai terikut-ikut mengaitkan permasalahan BM dengan 1Malaysia. Kita tak marah PM mempopularkan 1Malaysia tapi 1Malaysia adalah satu hal yang lain dan bahasa Melayu adalah satu perkara yang lain. Kerana terikut-ikut dengan perkataan 1Malaysia yang masyhur, maka kita pun tukar bahasa Melayu jadi bahasa Malaysia; jangan. Bahasa Melayu tetap bahasa Melayu. Sampai bila-bila pun bahasa Melayu akan kekal sebagai bahasa Melayu.
Tentang lemahnya kita memperjuangkan bahasa Melayu kita ini, itu satu hal. Hal yang juga tersangat penting, malah lebih penting ialah agama kita yang berbangsa Melayu – iaitu Islam. ISLAM – ramai, malah majoriti rakyat Malaysia di kad pengenalannya ditulis kalimah ini, perkataan ini. Tapi, ramai juga yang Islamnya hanya di kad pengenalan itu sajalah. Islamnya hanya pada 5 huruf itu sajalah, tapi tuan punya yang memiliki kad pengenalan itu, tak berapa nak Islam pun. Malah ramai juga yang tak Islam langsung pun, perangai, tingkah laku dan keseluruhan hidupnya – dan yang Islam, cuma kad pengenalannya sajalah.
Kerana lembik dan lemahnya kitalah, orang-orang kafir yang senegara dengan kita ini mudah melenyek-lenyek kita. Dilanyak-lanyaknya agama kita dengan sewenang-wenangnya. Perkara ini sudah banyak dan acap kali pun berlaku dalam negara kita ini, tapi kita ini, kerana terlalu baik dan lembik inilah, masih juga tersenyum tersengih macam biasa juga, seperti tak ada apa-apa yang berlaku pada agama dan bangsa kita. Bila orang melampau-lampau terhadap bangsa kita dan pijak-pijak agama kita, kita hanya buat tak tahu saja.
Orang yang begitu banyak membela bangsa Melayu Islam yang lembik, terlampau bertolak ansur dan terlampau baik ini antaranya ialah Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Ramai yang maklum tentang hal ini. Sekian banyak tulisannya sebelum ini yang mendedahkan perangai jahat bangsanya sendiri yang bukan Islam dan membangkitkan semangat bangsa Melayu Islam agar sedar diri dan bertindak berani. Kalau sebelum ini beliau menjadi kolumnis akhbar Mingguan Malaysia, kini beliau menulis pula setiap minggu (pada hari isnin) dalam akhbar Sinar Harian. Kalau dah jemu membaca akhbar pro kerajaan yang asyik mencari kesalahan pembangkang dan jemu membaca akhbar pembangkang yang asyik nak kata yang kerajaan buat semua tak betul, ada baiknya membaca akhbar Sinar Harian, lebih-lebih lagi tulisan Dr. Ridhuan Tee dalam kolumnya ini.
Beliau nampaknya tidak memihak dan membuat teguran seimbang. Kerajaan dan juga pembangkang, kedua-dua belah pihak ditegur oleh pendakwah dan sarjana Islam terkenal ini. Antara rencana yang berjudul Apabila Penzina Menghina Islam (Rujuk: Sinar Harian, 12 Disember 2011), Dr. Ridhuan menegaskan tentang pentingnya kita umat Islam bersatu tanpa mengira parti dan idealogi, sama-sama berganding bahu mempertahankan agama Islam yang suci ini daripada dihenyak-henyak oleh puak-puak ultra kiasu termasuklah ultra kiasu yang ada dalam Barisan Nasional.

Dr. Ridhuan membuat teguran terhadap semua pihak termasuklah juga pihak Barisan Nasional sendiri yang ada dalam kerajaan. Kerana puak-puak ini juga ramai dalam Barisan Nasional. Mereka sebenarnya bukan lagi menghina Pas tapi kita kena sedar dan faham bahawa mereka sebenarnya telah menghina Islam, menghina Al-Quran dan menghina hukum Allah. Antara lain tulis Dr. Ridhuan, “Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.”
Tulis beliau lagi dalam perenggan yang lain, “Penzina ini juga berkata, sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa. Penzina ini juga meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti Nujum Pak Belalang. Kenapa negara China yang mengamal sistem komunis yang nampak lebih zalim tidak dikritik. Adakah pelabur lari daripada negara China? Apa yang saya tahu, semakin ramai yang melabur di negara komunis itu.” Dengan tegas Dr. Ridhuan meneruskan lagi, “Saya amat hairan kenapa kita sengaja memejamkan mata dengan strategi untuk ‘menghapuskan’ identiti Islam dan Melayu ini.”
Sebagai mengakhiri tulisan ini, elok saya petik sebaris ayat Dr. Ridhuan untuk sama-sama kita renungi dan fikirkan bersama, dengan sungguh-sungguh, “Sampai bila-bila pun ultra kiasu yang berada dalam Pakatan dan Barisan tidak akan menerima Islam, kecuali Umno dan Pas bersatu.”
22 November 2012
Benarkah Wanita Puas Seks Lebih Jelita.
Oleh JOM
mSaK
DIKATAKAN hubungan seks
mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan
ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata
mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah,
menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap
imunisasi badan.
Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.
Wajah berseri
Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?
Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.
Bentuk tubuh yang menarik
Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu.
Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama.
Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

Hilangkan lenguh-lenguh badan
Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.
Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.
Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh.
Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.
Kitaran haid yang teratur
Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.
Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.

18 November 2012
Singgah Di Johor Premium Outlets
Oleh JOM
mSaK
Johor
Premium Outlets, yang terletak di persimpangan Lebuhraya Utara-Selatan
dan Lebuhraya Link Kedua, dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011. Pusat adalah sangat diakses kepada semua lalu lintas pergi ke dan dari Johor dan Singapura.
Ia adalah kira-kira sejam dari Kota Singapura, kira-kira 3 jam dari
Kuala Lumpur dan hanya jarak yang singkat dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai.
Johor
Premium Outlets adalah koleksi 80 pereka dan kedai-kedai outlet nama
jenama memaparkan penjimatan sebanyak 25% hingga 65% setiap hari. Pusat itu dipegang oleh "Genting Simon Sdn Bhd" (GSSB), anak syarikat milik penuh Simon Genting Ltd ("SGL").
SGL seterusnya adalah usahasama 50:50 antara Ltd Azzon ("Azzon"), yang
merupakan anak syarikat milik penuh Genting Plantations Bhd, dan Premium
Outlets ®, bahagian keluar Kumpulan Hartanah Simon.
Premium Outlets ® adalah bahagian keluar Kumpulan Hartanah Simon dan adalah berdasarkan di Roseland, New Jersey. Premium Outlets ® portfolio termasuk 73 Premium Outlet Pusat ®
termasuk 60 di Amerika Syarikat, satu di Puerto Rico, lapan di Jepun,
dua di Korea, salah satu di Malaysia dan satu di Mexico serta pusat
soket tambahan untuk jumlah sebanyak 83 hartanah .
Johor
Premium Outlets, yang terletak di persimpangan Lebuhraya Utara-Selatan
dan Lebuhraya Link Kedua, dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011. Pusat adalah sangat diakses kepada semua lalu lintas pergi ke dan dari Johor dan Singapura.
Ia adalah kira-kira sejam dari Kota Singapura, kira-kira 3 jam dari
Kuala Lumpur dan hanya jarak yang singkat dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai.
11 November 2012
Iman Semut VS Iman Manusia.
Oleh JOM
mSaK

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan
bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" . Wallahulam.
Subscribe to:
Posts (Atom)