LEH JADI TENGOK JE???

16 December 2011

Rumah Tradisional Melaka @ Kampung Alai.

Ukiran Kisi-Kisi Asli Yang Masih Dikekalkan
Pandangan Sisi Menghala Kedai Kak Y.
Tangga Batu Yang Begitu Sinonim Dengan Rumah Melaka
Tangga Rumah Bahagian Tepi Rumah
Tingkap Rumah Melaka
Pandangan Tebar Layar Dan Bumbung
Ruang Dalaman Tengah Rumah Melaka
Bahagian Hadapan Rumah
Jemput Masuk...Pintu Kayu Kecil... Rumah Hamba Nak Runtuh.


time for salah
Read more >>

14 December 2011

Cerita Selak Kain...

Melalui pembacaan saya, di zaman Rasulullah seorang wanita yang bernama Atiqa merupakan seorang wanita yang dikhabarkan oleh Rasulullah kepada puterinya, Fatimah sebagai berakhlak tersangat mulia sehingga membuatkan Fatimah teringin mengetahui bagaimana mulianya wanita itu. 

Lalu Fatimah mengunjungi Atiqa. 

Kali pertama mengunjungi Atiqa, Fatimah tidak dibenarkan memasuki rumahnya malah diminta pulang saja sebab suami Atika tidak ada dan keizinannya pun tidak diperolehi. Atiqa berjanji akan memberitahu hal itu kepada suaminya. 

Kali kedua, Fatimah membawa seorang anaknya Hussein@Hasan. Beliau juga tidak dibenarkan masuk kerana keizinan suami hanyalah untuk Fatimah seorang dan bukan bersama anaknya. 

Kali ketiga barulah Fatimah dibenarkan masuk. Beliau mendapati wanita itu menyediakan air minuman dan rotan sambil menunggu kepulangan suaminya. 

Apabila si suami balik, Fatimah mendapati dia menyambutnya dengan begitu baik sekali. Memberi minum sehingga sehingga hilang dahaga dan dia menyelak kainnya untuk tatapan suami. Bertanya pada suaminya sama ada inginkan dirinya. 

Fatimah tertanya-tanya apa guna rotan itu, katanya itulah bagi suaminya merotan dirinya jika layanan diberikan tidak memuaskannya. 

time for salah
Read more >>

08 December 2011

Memiliki Dirham.

  
Dilancarkan pada 12 Ogos 2010 namun baru kini memilikinya.

Kali pertama dalam 100 tahun yang lalu, sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, apabila sebuah kerajaan Islam memperkenalkan Mata Wang Syariah. 
*
*
*
Sesungguhnya telah empat generasi umat Islam yang tidak melihat Dinar Emas dan Dirham Perak.
 *
*
*
Empat generasi umat Islam yang telah dibahagikan ke dalam negara yang kecil dan dihukum rompakan pertama tetap oleh pihak, maka oleh Sarjana antarabangsa riba.
Empat generasi umat Islam yang tidak diketahui apa yang Deen mereka. 
*
*
*
Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak di negeri Kelantan tidak adalah idea baru atau eksperimen.
*
*
*
Ia kembali ke medium pertukaran yang telah dikenali selama 1400 tahun di seluruh Dar al-Islam sebagai Wang Syariah mengambil undang-undang.
Wahyu Allah dan Rasul, Sunnah. 

time for salah
Read more >>

Kisah Kena Sembelih Di Lebuh Raya.

Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, agama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka.

KISAH 1 - Sekitar Lebuh Raya Senawang.
Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.

Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.

Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadaan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju.

Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.

Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.

Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.

Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."

Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.

Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."

Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.

Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!
 

KISAH 2 - Sekitar Tol Gombak.
Kisah ni memang benar terjadi pada kawan saya semasa perjalanan pulang setelah selesai menggubal soalan. 

Setelah selesai mengisi minyak di Petronas Gombak. Tanpa di ketahui kawan saya ni telah diekori sebuah motor bersama pembonceng. Mereka ni telah memerhati sejak dari stesen minyak lagi.

Menunjuk dan memberi isyarat pada tayar kerata. Dalam kepalanya mungkin memikirkan tayar bocor ata ada apa-apa bahagian tertanggal lalu kawan saya pon berhenti keretanya. Tidak semena-mena sampai lagi 4 orang bersama 2 buah motor. Jadi jumlah kesemua 6 orang.

Sepantas kilat tayar kereta kawan saya telah tertanggal setelah tibanya 4 orang itu tadi.

GORENG PUNYA GORENG PUNYA GORENG KAWAN SAYA PON KENA SEMBELIH RM3000 MINTA ISTERI BANK IN.

Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog ANDA posting ni supaya orang lain tak kena tipu kerana modus operandinya seakan sama.

time for salah
Read more >>

18 November 2011

Suara Syaitan Yang Menggoda Keteguhan Iman.

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umar Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya. 

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu. 

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahawa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah sahaja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas.
time for salah
Read more >>

31 October 2011

Income From Your Web Site

affiliate program

EARN INCOME FROM YOUR WEBSITE

Turn your valuable site visitors into money. Work online and join our free money making partner program. We offer the most payment rate to help maximize your cash stream.

Join our income making program absolutely free and 100% risk free.

Sign Up...

Mountain a steady stream of cash

Our money making program enables you to generate a constant stream of income, all around the clock. Giving you more time to focus on the things you love.
You'll even be making income while you sleep!

Begin collecting serious affiliate revenue

Our free money program really can make you income on the same day. Begin receiving steady affiliate revenue with almost no investments at all. This is a serious business opportunity, the chance for you to build a steady, trustworthy, long-time profitable business.

FREE INVESTMENT PROGRAM

We designed this earning money program specifically for NO COST methods, to make hundreds, if not millions of dollars, without spending money.

Discover Tuscany Villa Rental Stay On Your Italy Vacations | Fam Family Vacations


time for salah
Read more >>

30 October 2011

Siapa Imam Mahdi?

Sifat-sifat peribadi beliau ada dinyatakan sama ada oleh hadis-hadis, mahupun oleh para tabiin dan juga para ulama yang kemudian daripadanya. Keterangan yang berterabur di sana-sini itu bolehlah disusun semula sehingga menjadi satu keterangan yang jelas. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa beliau lebih banyak sifat bangsa Timurnya (Ajam) daripada bangsa Arabnya. Ini disebabkan tempat lahirnya adalah di negeri sebelah Timur, keturunannya memang telah bercampur dengan bangsa Timur, adat istiadatnya sedikit sebanyak bercampur dengan adat istiadat bangsa Timur dan bahasa yang digunakannya juga adalah bahasa bangsa Timur itu. Pendek kata, Timurlah yang lebih menonjol pada diri beliau, sama ada sebelum munculnya atau pada ketika munculnya kelak. 

Timur yang dimaksudkan di sini adalah Malaysia dan Indonesia. Tidak ada kawasan lain di dunia ini yang lebih layak dipanggil Timur selain daripada Asia Tenggara inilah. Sebabnya, jika Khurasan kita katakan Timur, Nabi SAW sudah pun menyatakan dengan jelas dalam beberapa buah hadis nama Khurasan, dan tidak ada pula sebarang hadis yang menyatakan Khurasan itu sebagai Timur. India, Afghanistan dan Pakistan juga tidak boleh dikatakan Timur kerana kerana dalam hadis-hadis yang berkenaan juga disebutkan bahawa raja India akan diperangi dan dikalahkan oleh Pemuda Bani Tamim semasa DALAM PERJALANAN mereka mencari Imam Mahdi. Jadi, mustahillah benua kecil India dapat dikatakan Timur, sebab India akan diperangi dalam perjalanan beliau menuju ke Makkah. 

Iran dan Iraq juga lebih-lebih lagi tidak layak dipanggil Timur kerana negara berkenaan disebut dengan jelas dalam beberapa buah hadis, dengan nama Kufah dan Ma Wara an-Nahar, juga kadang-kadang disebut Parsi. Jadi, mana dia negara lain yang benar-benar boleh dikatakan Timur? 

Secara logiknya, tidak mungkin Thailand, Hong Kong dan China itu boleh dikatakan Timur, kerana di negara-negara berkenaan, umat Islam adalah amat minoriti dan tidak akan mampu bangun menjadi kuasa pemerintahan untuk Imam Mahdi. Jika demikian, jelaslah bahawa tidak ada kawasan lain lagi yang lebih patut dikatakan Timur, selain kawasan kita inilah sahaja dan merupakan satu-satunya kawasan yang paling layak digelar Timur. Dalam sebuah hadis sahih (riwayat Imam Muslim) disebutkan bahawa Timur adalah kawasan yang paling hujung bumi ini yang manusianya menerima Islam sebagai agama mereka. 

Amat jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan hujung bumi ini adalah Asia Tenggara kerana di sinilah kawasan terakhir yang manusianya beramai-ramai menerima Islam sebagai agama mereka. Kawasan selepas Asia Tenggara ini, tidak ada yang menerima Islam secara beramai-ramai sehingga bangsa yang beragama Islam itu mampu memerintah negara. Jika ada yang Islam pun, hanyalah golongan yang amat minoriti. Lihatlah contohnya di Korea, Jepun dan negara-negara Kepulauan Pasifik. 

Maknanya, Imam Mahdi itu boleh pula dikatakan Ahlulbait yang berbangsa Melayu, memakai adat istiadat Melayu dan bercakap dalam bahasa Melayu. Jika demikian, alangkah bertuahnya bangsa Melayu pada akhir zaman ini! Sama seperti bertuahnya bangsa Arab zaman dahulu kerana memiliki Nabi SAW, yang lahir dari bangsa mereka, bercakap dalam bahasa mereka dan memakai adat istiadat mereka. 

time for salah
Read more >>

27 October 2011

Siapa Muammar Gaddafi?

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya di bawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan di dalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi setiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk di dalam khemah;

5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak di bawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh lebih kecil berbanding Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur NATO, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redha dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi.


time for salah
Read more >>

23 October 2011

My Happiest Moment

Join now and you could stand a chance to win the Olympus PEN Lite E-PL3 or the Olympus PEN mini E-PM1!

 1st prize – Olympus PEN Lite E-PL3 Kit
2nd Prize – Olympus PEN mini E-PM1 Kit
3rd – 5th Prize – Olympus PEN Leather carry-all bag

This is my Happy Photography.
Link Post...

Olympus PEN Lite E-PL3

PEN Lite! It promises the same high DSLR image quality the PEN series provides, comes with 34 art filter variations which make artistic expression oh-so-easy, and the best part? It’s the first PEN series camera which is equipped with a 3.0-inch flip-out widescreen LCD monitor which helps you out with all those shots you need to take at tricky angles!


Olympus PEN mini E-PM1

PEN mini! Available in four colour variations, it’s the perfect accessory to your lifestyle on-the-go. It’s got all the things that make the PEN cameras awesome – superb image quality and features like the ever popular art filters – but packed into an ultra-compact lightweight body, weighing only 217 grams.

Choose one of the colour variations and include it in your blog post as well.

Submit your entry NOW!

Read more >>

17 October 2011

PENTING! Tolong Sebarkan. Moga Allah SWT Akan Membalas Jasa Baik Anda.


Yang pasti, ini bukan ayat al-Quran. 

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita. 

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR. Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject). 
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. 

Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. 

Tengok keseluruhan. 
Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah. 
Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. 

Sebenarnya ayat dari kitab Bible. 

time for salah
Read more >>

13 October 2011

Untuk Para Isteri

1. Isteri Siddiqin Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa. 

2. Isteri Muqarrobin Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya. 

3. Isteri Solehin Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh. 

4. Isteri Fasik Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan. 

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.. 

time for salah
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...