LEH JADI TENGOK JE???

31 October 2011

Income From Your Web Site

affiliate program

EARN INCOME FROM YOUR WEBSITE

Turn your valuable site visitors into money. Work online and join our free money making partner program. We offer the most payment rate to help maximize your cash stream.

Join our income making program absolutely free and 100% risk free.

Sign Up...

Mountain a steady stream of cash

Our money making program enables you to generate a constant stream of income, all around the clock. Giving you more time to focus on the things you love.
You'll even be making income while you sleep!

Begin collecting serious affiliate revenue

Our free money program really can make you income on the same day. Begin receiving steady affiliate revenue with almost no investments at all. This is a serious business opportunity, the chance for you to build a steady, trustworthy, long-time profitable business.

FREE INVESTMENT PROGRAM

We designed this earning money program specifically for NO COST methods, to make hundreds, if not millions of dollars, without spending money.

Discover Tuscany Villa Rental Stay On Your Italy Vacations | Fam Family Vacations


time for salah
Read more >>

30 October 2011

Siapa Imam Mahdi?

Sifat-sifat peribadi beliau ada dinyatakan sama ada oleh hadis-hadis, mahupun oleh para tabiin dan juga para ulama yang kemudian daripadanya. Keterangan yang berterabur di sana-sini itu bolehlah disusun semula sehingga menjadi satu keterangan yang jelas. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa beliau lebih banyak sifat bangsa Timurnya (Ajam) daripada bangsa Arabnya. Ini disebabkan tempat lahirnya adalah di negeri sebelah Timur, keturunannya memang telah bercampur dengan bangsa Timur, adat istiadatnya sedikit sebanyak bercampur dengan adat istiadat bangsa Timur dan bahasa yang digunakannya juga adalah bahasa bangsa Timur itu. Pendek kata, Timurlah yang lebih menonjol pada diri beliau, sama ada sebelum munculnya atau pada ketika munculnya kelak. 

Timur yang dimaksudkan di sini adalah Malaysia dan Indonesia. Tidak ada kawasan lain di dunia ini yang lebih layak dipanggil Timur selain daripada Asia Tenggara inilah. Sebabnya, jika Khurasan kita katakan Timur, Nabi SAW sudah pun menyatakan dengan jelas dalam beberapa buah hadis nama Khurasan, dan tidak ada pula sebarang hadis yang menyatakan Khurasan itu sebagai Timur. India, Afghanistan dan Pakistan juga tidak boleh dikatakan Timur kerana kerana dalam hadis-hadis yang berkenaan juga disebutkan bahawa raja India akan diperangi dan dikalahkan oleh Pemuda Bani Tamim semasa DALAM PERJALANAN mereka mencari Imam Mahdi. Jadi, mustahillah benua kecil India dapat dikatakan Timur, sebab India akan diperangi dalam perjalanan beliau menuju ke Makkah. 

Iran dan Iraq juga lebih-lebih lagi tidak layak dipanggil Timur kerana negara berkenaan disebut dengan jelas dalam beberapa buah hadis, dengan nama Kufah dan Ma Wara an-Nahar, juga kadang-kadang disebut Parsi. Jadi, mana dia negara lain yang benar-benar boleh dikatakan Timur? 

Secara logiknya, tidak mungkin Thailand, Hong Kong dan China itu boleh dikatakan Timur, kerana di negara-negara berkenaan, umat Islam adalah amat minoriti dan tidak akan mampu bangun menjadi kuasa pemerintahan untuk Imam Mahdi. Jika demikian, jelaslah bahawa tidak ada kawasan lain lagi yang lebih patut dikatakan Timur, selain kawasan kita inilah sahaja dan merupakan satu-satunya kawasan yang paling layak digelar Timur. Dalam sebuah hadis sahih (riwayat Imam Muslim) disebutkan bahawa Timur adalah kawasan yang paling hujung bumi ini yang manusianya menerima Islam sebagai agama mereka. 

Amat jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan hujung bumi ini adalah Asia Tenggara kerana di sinilah kawasan terakhir yang manusianya beramai-ramai menerima Islam sebagai agama mereka. Kawasan selepas Asia Tenggara ini, tidak ada yang menerima Islam secara beramai-ramai sehingga bangsa yang beragama Islam itu mampu memerintah negara. Jika ada yang Islam pun, hanyalah golongan yang amat minoriti. Lihatlah contohnya di Korea, Jepun dan negara-negara Kepulauan Pasifik. 

Maknanya, Imam Mahdi itu boleh pula dikatakan Ahlulbait yang berbangsa Melayu, memakai adat istiadat Melayu dan bercakap dalam bahasa Melayu. Jika demikian, alangkah bertuahnya bangsa Melayu pada akhir zaman ini! Sama seperti bertuahnya bangsa Arab zaman dahulu kerana memiliki Nabi SAW, yang lahir dari bangsa mereka, bercakap dalam bahasa mereka dan memakai adat istiadat mereka. 

time for salah
Read more >>

27 October 2011

Siapa Muammar Gaddafi?

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya di bawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan di dalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi setiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk di dalam khemah;

5. Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak di bawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh lebih kecil berbanding Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur NATO, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redha dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi.


time for salah
Read more >>

23 October 2011

My Happiest Moment

Join now and you could stand a chance to win the Olympus PEN Lite E-PL3 or the Olympus PEN mini E-PM1!

 1st prize – Olympus PEN Lite E-PL3 Kit
2nd Prize – Olympus PEN mini E-PM1 Kit
3rd – 5th Prize – Olympus PEN Leather carry-all bag

This is my Happy Photography.
Link Post...

Olympus PEN Lite E-PL3

PEN Lite! It promises the same high DSLR image quality the PEN series provides, comes with 34 art filter variations which make artistic expression oh-so-easy, and the best part? It’s the first PEN series camera which is equipped with a 3.0-inch flip-out widescreen LCD monitor which helps you out with all those shots you need to take at tricky angles!


Olympus PEN mini E-PM1

PEN mini! Available in four colour variations, it’s the perfect accessory to your lifestyle on-the-go. It’s got all the things that make the PEN cameras awesome – superb image quality and features like the ever popular art filters – but packed into an ultra-compact lightweight body, weighing only 217 grams.

Choose one of the colour variations and include it in your blog post as well.

Submit your entry NOW!

Read more >>

17 October 2011

PENTING! Tolong Sebarkan. Moga Allah SWT Akan Membalas Jasa Baik Anda.


Yang pasti, ini bukan ayat al-Quran. 

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita. 

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR. Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject). 
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. 

Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. 

Tengok keseluruhan. 
Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah. 
Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. 

Sebenarnya ayat dari kitab Bible. 

time for salah
Read more >>

13 October 2011

Untuk Para Isteri

1. Isteri Siddiqin Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa. 

2. Isteri Muqarrobin Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya. 

3. Isteri Solehin Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh. 

4. Isteri Fasik Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan. 

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.. 

time for salah
Read more >>

23 September 2011

Berbual Tentang Kehebatan Handphone


Hafidz dan Haikal sedang membanggakan HP ayah diaorang semasa 
Chatting di Laman Twitter .
Mana boleh tahan asyik kena ajer…
 
Haikal   : “HP ayah aku tahan air.”
Hafidz   : “HP ayah aku tahan api.”
Haikal   : “HP ayah aku touch screen, semua guna jari.”
Hafidz   : “La, touchscreen jer? HP ayah aku tak payah guna jari, guna lidah pon boleh.”
Haikal   : “HP ayah aku ada full channel astro”
Hafidz   : “Mesti bayar lebih. HP ayah tak macam tu, Macam Dream Box bayar kurang 
tapi full channel juga”
Haikal   : “HP ayah aku ada garaj.”
Hafidz   : “Dasyat lagi HP ayah aku, ada ruang tamu!”
Haikal   : “HP ayah aku boleh terbang, esok kami nak pergi ke Thailand, naik HP ayah aku la…”
Hafidz  : “Hmm, HP ayah aku ada Airport. Korang mesti mendarat di HP ayah aku.”
Haikal  : “HP ayah aku dah 3.5G . Kalau browsing internet tak putus”
Hafidz  : “3.5G jerrr??? HP ayah aku pulak 4G. Bluetooth radius 5km.”
Haikal  : “HP ayah aku pernah jadi Juara Renang Peringkat Kebangsaan!”
Hafidz : “Eleh setakat Kebangsaan jer…, HP ayah aku pernah juara Olimpik,
Angkat Berat”
Haikal  : “HP ayah aku sejuk bro, ada aircond.”
Hafidz  : “Grrr… dah la, Esok kita sambung, banyak lagi
kehebatan HP ayah aku kalu kau nak tau”

Padahal sebenarnya HP ayah diaorang hanyalah Nokia 3310 aje… hehehe…
Moralnya       : Memasing berlagak tanpa periksa asal dan usul sendiri.

time for salah
Read more >>

16 September 2011

Wittmann Robot Technical Symposium 2011

The Symposium will be held from 13th to 14th September 2011 at GMI Bangi.

time for salah
Read more >>

09 September 2011

Pakat Bela Burung Merpati.


Nak tau x sume telco kat Malaysia sebenarnya tanggung dah bayar untuk user sume 
sejak januari 2011? 
Leh Caya ke?
Sejak govt naikkan tax 6%.. 
Kita nak salahkan telco 100% x ley.. 
Sebab dorg pon dah x tertanggung dah subsidi yg makin meningkat.. 
Dah la pengguna bertambah dan persaingan yang kompetetif, 
So beban tau kat telco. 
Dan lagipon bukan ke kita dah dapat plan rate yg murah2 + bonus2 yg telco bagi. 
Xckup lg ke?? 
Kalau tak mau kene cukai, moh la ramai2 bela burung merpati.. 
Pakat anta surat guna burung merpati!! 

time for salah
Read more >>

07 September 2011

Cek Dari Nuffnang

 

Haaa... Ini dia cek pertama dari Nuffnang... 
Tak le banyak... 
Tapi cuma nak kongsi info bersama kengkawan blogger... 
Untuk yang belum daftar Nuffnang ini LINKNYA...
Tapi anda terlebih dahulu mesti memiliki blog...
Segala arahan ada disana...
Tempohari terima cek pertama dari Churp-Churp. 
Begitu juga kepada yang masih belum memiliki akaun churp-churp...
Begitu juga ada arahan dan cara-caranya...
Ini LINKNYA untuk mendaftarnya...
Tunggu...
Lepas ni pasti ada lagi cek yang akan menyusul...


time for salah
Read more >>

01 September 2011

Di Pagi Raya 2011.

time for salah
Read more >>

Berbuka Di Mahkota Century Melaka.






time for salah
Read more >>

Bunga Api Raya 2011.

Bunga api di Durian Daun.
Sekotak mercun mancis di Alai.
Mercun mancis di Alai.
Berkotak Bunga api kertas.
time for salah
Read more >>

30 August 2011

Salam Aidilfitri dan Hari Merdeka

Ke hadapan Ayahanda, Ibunda, Anakanda, Cucunda, Kakanda, Adinda serta
'Anda'
seperti tajuk di atas, 

Kawananda ingin mengucapkan  
 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 

&

Selamat Hari Merdeka
 
Salam Aidilfitri dan Hari Merdeka...

Ketupat Sahaja Yang akan disediakan... Rendang Sila Bawa Sendiri...
Mohon Maaf 
Sekiranya ada
Tersilap kata-kata
Terkasar bahasa
Tersepak tak sengaja
Mengutuk dengan kata-kata
Terperli-saja saja
Atau apa-apa saja 



HARAPLAH SANGAT DI AMPUNKAN!!!
 
YAAA AMPUUUNN...



HUBUNGI RAKAN DAN SANAK SAUDARA DENGAN

LINK INI

 

time for salah
Read more >>

Sticky Post : Jom tambahkan FOLLOWER!

Assalamualaikum rakan2 sekalian. 
Dalam usaha untuk meluaskan suara blog yang ditulis, 
Mari join segmen yang menarik ini, 
Marilah kita semua join ya. 
Selamat join segmen INI, 
Selamat menambah rakan2 
dan 
Selamat follow saya 
dan 
Saya follow anda semula. 


time for salah
Read more >>

28 August 2011

Hukum Dan Pengertian Faraid

Walaupun hukumnya adalah jelas WAJIB, namun realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (Laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Begitu juga mengikut laporan KWSP, lebih daripada RM70 juta wang KWSP tidak dituntut oleh waris. Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan mereka yang berhak dan layak tidak mendapat bahagian mereka. Ini juga bermakna sistem faraid tidak berjalan dengan baik pada ketika ini. Timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini? Adakah imam, ustaz, ustazah atau diri kita yang harus dipersalahkan dan seterusnya menanggung dosa????

Di samping itu begitu banyak kes berlakunya pertelingkahan dan perselisihan di kalangan umat Islam kerana merebut harta pusaka sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah di atas. Lebih malang dan amat menyedihkan ada yang menyebut bahawa ALLAH tidak adil dalam menentukan bahagian faraid.
PENGERTIAN FARAID
Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

HUKUM BERKENAAN FARAID
Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.
Di dalam surah An-Nisa' ayat 11-13 telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.
Maksud surah An-Nisa' (ayat 14):
"Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentuan-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan".
Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH, maka ALLAH akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.
Peringatan:
Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:
  • Memakan harta anak yatim
  • Memakan harta saudara-mara
  • Memakan harta Baitulmal
time for salah
Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...