Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.
Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.
01 February 2011
Naik Lagi......................
Oleh JOM
mSaK
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.
Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.
28 January 2011
Satu Tahun Kenderaan Bahan Bakar Honda Cell Pertama Sewa Untuk Pelanggan
Oleh JOM
mSaK
29 Jun menandakan ulang tahun pertama kenderaan pertama yang dihidupkan oleh sel bahan bakar hidrogen. Bahkan, kenderaan ini adalah yang pertama dari jenisnya di dunia yang akan benar-benar disewakan kepada satu pelanggan runcit individu dan menyandang nama Honda FCX. Ini adalah pengumuman yang diberikan oleh American Honda Motor Co, Inc Honda merayakan acara ini.
Kenderaan disokong oleh sel bahan bakar hidrogen telah disewa oleh Honda Spallino keluarga yang sebenarnya berpusat di daerah Los Angeles. Jon Spallino adalah orang yang telah menandatangani untuk sewa dan menggunakan FCX." Dia berkomentar, "Saya terkejut sebanyak perhatian dan rubbernecking diterima semasa memandu FCX ini Walaupun menjadi teknologi yang berkembang,. Kita tidak menderita daripada masalah kebolehpercayaan dan kereta memiliki semua kemudahan dan kemudahan yang kita perlukan."
Keluarga Spallino menggunakan Honda FCX dalam pemacu sehari-hari mereka dengan kegiatan sehari-hari. Bahkan, kenderaan tersebut telah melakukan perjalanan ribuan batu beberapa sudah. Perjalanan telah banyak dilakukan untuk supermarket, untuk amalan sepak bola anak-anak Spallino itu, serta kesesakan sehari-hari untuk tempat kerja mereka. Keluarga telah dihentikan meskipun terus-menerus oleh masyarakat yang telah sangat tertarik tentang pengalaman mereka dalam memandu kereta tersebut. Beberapa orang bahkan terang-terangan minta naik dalam mereka Honda FCX. Tapi selepas dua belas bulan, keluarga tidak lagi terkejut dengan tindakan ini.
" Pada peringatan seperti sewa, Gunnar Lindstrom mengatakan, "sewa dari Honda FCX keluarga Spallino menunjukkan kelangsungan hidup di dunia nyata teknologi kenderaan sel bahan bakar dan kemampuannya untuk memenuhi keperluan keluarga secara berterusan. Honda akan terus berkembang dan memperbaiki teknologi hidrogen kenderaan berdasarkan maklum balas daripada pelanggan dunia nyata, dan kita akan melihat bahawa dinyatakan dalam model-model masa depan. " Lindstrom adalah pengurus senior Honda Jualan Bahan Bakar Alternatif dan Bahagian Pemasaran.
Read more >>
24 January 2011
06 January 2011
Bahaya Roti
Oleh JOM
mSaK
Jika anda baca laporan dari CAP Pulau Pinang, rasa takut nak makan roti keluaran syarikat-syarikat yang diberitahu selepas ujikaji keatas bahan pengawet yang tidak mengikut sukatan yang dibenarkan. Tetapi kebanyakan kita sudah bertahun-tahun makan keluaran ni! Belum ada apa-apa kesan setakat ini. Terima kasihlah kita ucapkan pada CAP kerana bagitahu bahayanya roti. Kita tak ada pilihan lain kerana inilah roti yang hanya terdapat dipasaran berdekatan rumah kita. Anak-anak suka, terpaksalah beli juga. Nak buat macamana! Nak suruh isteri buat roti sendiri, alamat kebuluranlah sebab-sebab bila isteri buat roti.... jadi lempeng pulak. Jangan marah ayang! Yang penting kenyang dan baca doa makan. InsyaAllah dipeliharaNya.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.
Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera) didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.
Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).
Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).
Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan Gardenia.
Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang.
Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).
Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.
High 5
Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005).
High5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005. Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.
Roman Meal
Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0kali lebih tinggi.
Roti Pasar Raya
Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang , dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.
Giant Roti Sandwich ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.
Tesco Wheat Bran Bread. Mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.
The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.
Rangkaian Makanan Segera
Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan Mc Donalds.
Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi.
Mc Donalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.
Kedai Roti Tempatan
Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. *Ismalia Bakery Coconut Bun* mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari *Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain.
Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.
Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju.
Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.
Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain.
Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak*. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.
Tiada Penguatkuasaan
Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.
Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita. Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.
Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.
APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?
• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat
• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang
• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik
Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.
Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari.
Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan membakar").
Roti hari ini juga menjadi semakin lembut mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi. Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.
"Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti."
29 December 2010
Pokok Mati Kerana WiFi??
Oleh JOM
mSaK
Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati.
Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.
Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.
Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.
Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.
Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.
27 December 2010
23 December 2010
Oleh JOM
mSaK
Promote to over 10 million users across the globe.
We advertise your company in worldwide network of partners websites, each with own narrow points of interests.
Our company gives you effective promotion strategies that helps your company profitable on the Internet.
We will give you real and visible results and take your website to the next level.
Get More Shoppers, Get More Sales!!!
With no constant current of visitors you cannot have reliable around the clock sales.
You cannot get sales if no one visits your web-site. You have to have visitors to see your products, every day, 24 hours!
We help more than 30,000 clients get more visitors online.
You will get more income by receiving thousands of real targeted customers to see your web-site.
Increase your web-site search engine rank
Showing up on search engines is one of the most important strategy to increase web-site traffic and show your content or service to customers who might be looking for your product.
Most of the major search engines use a software to calculate your website ranks.
Search engines know the number of web-sites are referring to your website; more referrers and visitors higher rank for your web site.
17 December 2010
08 December 2010
10 November 2010
09 November 2010
Ciri-Ciri Seorang Sahabat Yang Baik
Oleh JOM
mSaK

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; (Umpamanya di Pejabat atau hanya melihat yang berkopiah atau berjanggut je.....)
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; (Umpamanya di Pejabat)
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; (Bukannya menambahkan kekusutan yang tak sepatutnya)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; (Bukannya meminta keizinan tetapi sekadar memberitau aje)
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; (Bukan menyusahkan lagi)
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; (Bukan hanya dengan nada suara yang tinggi)
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
27 October 2010
12 October 2010
Perangai Anak
Oleh JOM
mSaK
Setiap perangai anak anda adalah unik. Ia memang tidak akan sama. Perangai dan cara anak anda berfikir adalah tidak sama. Anda tidak boleh menganggap anak pertama rajin belajar, anak kedua juga akan rajin belajar. Ia berbeza untuk setiap individu. Sudah pasti anda juga mempunyai perangai yang berbeza dengan adik beradik anda yang lain.
Anda perlu gunakan dua elemen dalam mendidik anak iaitu kawal dan kasih sayang. Perangai anak-anak adalah berbeza, anda juga mempunyai persepsi berbeza, maka, cara terbaik adalah anda kawal emosi anda dan beri kasih sayang kepada mereka.
Untuk anak yang pemarah, anda perlu pandai menenangkan mereka. Untuk anak yang sensitif, anda perlu berhati-hati ketika berkata-kata. Untuk anak yang degil, anda perlu disiplinkan mereka.
Ia adalah berbeza untuk setiap anak. Anda perlu berhadapan dengan anak-anak menggunakan cara yang berbeza berdasarkan perangai mereka.
Ketika kecil memang mudah untuk anda memahami mereka, tetapi apabila mereka meningkat dewasa, mereka akan berjumpa dengan ramai orang dan tanggapan mereka mengenai kehidupan akan berubah.
Seorang remaja selalunya sangat memberontak, mereka akan menunjukkan kepada dunia bahawa mereka adalah berbeza dan bagus.
Kawal perasaan memberontak anak-anak anda dengan membimbing mereka ke arah yang betul. Cakap dengan anak anda, beri cadangan kepada anak anda bagaimana hendak mencapai impian dia. Setiap anak akan memberontak dengan cara yang berbeza. Anda perlu mengawalnya sebelum terlambat.
Menjadi ibu bapa adalah salah satu pengembaraan anda di dunia ini. Kita hidup hanya sekali dan berilah yang terbaik untuk anak anda. Hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Anda perlu tenang dalam mendidik anak anda kerana mereka adalah anugerah yang sangat bernilai dari tuhan. Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam.
08 October 2010
05 October 2010
04 October 2010
Tips Menangani Anak
Oleh JOM
mSaK
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...
" Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan . Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama , latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah.. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka ". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
Subscribe to:
Posts (Atom)













