LEH JADI TENGOK JE???

17 November 2012

Beriadah Di Taman Tema Legoland Malaysia




Sebanyak 15,000 struktur model dibuat daripada kira-kira 30 juta keping Lego dan lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan interaktif akan menjadi ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia (Legoland Malaysia Theme Park).





Taman Tema Legoland Malaysia adalah pusat tarikan Medini Lifestyle, hub gaya hidup dan hiburan di Medini Iskandar Malaysia yang turut termasuk pusat membeli-belah, pembangunan komersil dan bangunan pejabat.




Ia adalah taman tema Legoland pertama di Asia dan yang keenam di seluruh dunia. 





Legoland Malaysia telah dibuka di Nusajaya , Johor , Malaysia pada September 2012, dan ia adalah Legoland pertama di Asia.










Cara Sebenar Dan Mudah Untuk Buat Duit Percuma Di Internet (USD). 






 
Pada mulanya, terdapat tujuh kawasan bertema tarikan untuk semua peringkat umur iaitu Miniland, Permulaan, Tanah Pengembaraan, imagination, LEGO Kingdom, LEGO Teknik, dan LEGO City.





Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai permainan dan aktiviti yang disediakan anda boleh lawati laman web rasmi Legoland Malaysia.





Di tengah-tengah taman adalah Miniland, di mana hampir semua mercu tanda Asia telah dibina menggunakan bata LEGO.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...